“ Ingat?” suara Ustaz Zahazan bergetar di cuping.
Munawar sejak tadi diam membatu. Ya, dia masih ingat. Kenangan itu segar
dalam ingatan.
“ Ingat, Ustaz.”
“ Habis tu, kenapa enta di sini? Zulaiqa, is there anything to tell? ”
Ustaz Zahazan mengerling ke arahku yang sejak tadi membatu.
Aku menarik nafas, dalam. Aku memandang Munawar sekilas. Dia hanya
menunduk.
“ Ya, dia… “ Dengan begitu mudah, aku menyusun kata, menceritakan semua
yang terjadi. Dari A hinggalah Z. Ustaz
Zahazan mengangguk-angguk.
“ Hmm.. Thank you, Zulaiqa, for the explaination. You can go now. And
Munawar, I think, we need to talk.” Nada Ustaz kembali tenang.
Aku melangkah keluar. Entah apa yang dibincangkan mereka, itu aku tidak
peduli. Itu bukan urusan aku. Yang penting sekarang, ana perlu jumpa Kak Ayu.
Mataku berkaca-kaca. Derapku laju menuju asrama.
***
“ Kak Ayu, ana minta maaf. Ana menyesal sangat.Ternyata, isu ‘adik angkat
dan abang angkat’ ni sama sahaja dengan couple. Tiada bezanya!”
“ Dah,yang lepas biarkan berlalu..” Kak Ayu mengusap bahuku lembut.
“ Tapi..” esak-tangisku semakin menjadi-jadi. Kak Ayu mendakapku rapat,
tanpa sebarang bicara. Terasa kasih dan sayang mengalir di segenap urat. Aku
menangis sepuas-puasnya. Setelah melihat tangisku semakin reda, Kak Ayu mula
berbicara. Nadanya lembut,tiada sedikit pun tanda marah.
“ Zul, ingat, masih ada peluang untuk bertaubat.. Jom, kita bangun, solat
taubat sama-sama..”
“ Tapi, Kak, adakah Allah terima taubat ana? Ana dah banyak buat salah.
Dosa ana bertimbun. Ana tak jaga maruah dan aurat ana sebagai muslimah. Ana
buat zina mata dan zina hati. Ana.. ana banyak dosa, Kak.. Allah ampunkan ke
dosa ana tu?” luahku. Air mata semakin mencurah-curah.
“ Zul.. Ingat, sebesar mana pun dosa kita, besar lagi rahmat Allah. Allah
itu Maha Pengampun. Allah sendiri berfirman dalam alQuran yang bermaksud;
Dan
hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik),
kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Dia memberi kamu
nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang
tertentu, dan (di akhirat pula) Dia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang
mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya
itu dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka
sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar
(huru-haranya). (Hud : 3)
Dan
apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang “Aku” maka (jawablah)
bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a
apabila berdo’a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala
perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu
berada dalam kebenaran ( Al Baqarah: 186). “
Hatiku seakan cair. Jiwa seakan kembali bermotivasi untuk meneruskan hidup.
Rasa tenang menyelubungi. Tenang yang luar biasa. Ya, sebenarnya, Allah itu
dekat. Aku sahaja yang berlari menjauhinya. Tapi, semakin aku menjauh, semakin
kuat Allah memanggil. Kenapa aku ego sangat untuk menyahut panggilan Allah?
Hatiku menggerutu.
“ Kak Ayu, terima kasih. Terima kasih kerana membawa ana kembali kepada
Allah. Kak Ayu jangan pernah tinggalkan ana tau!” ujarku, mengesat air mata
yang masih bersisa.
“ Zul,” Kak Ayu memaut bahuku, “ Ana manusia biasa yang akhirnya, akan
tinggalkan Zul. Tapi, Zul kena ingat, Zul tetap berada di hati ana, sebab enti
adik ana dunia dan akhirat, insya-Allah. Dan, enti perlu tahu, Allah yang akan
jaga enti, Zul.. Allah..”
Manik jernih tumpah. Cuma kali ini, ia mengalir dari insan yang sangat
aku sayang, Kak Ayu. Kami berpelukan erat. Terasa aura harmoni menyebar ke
segenap penjuru bilik. Itulah, natijah ukhuwwah fillah. Semua di sekitar juga
akan merasa kesannya. Cuma, mereka belum menikmatinya.
“ Jom, solat taubat. Allah dah rindu dengan rayuan hambaNya ini.”
Kak Ayu tersenyum. Aku juga ikut menguntum senyum. Bersama, kami
beriringan, berjalan menuju Tuhan Yang Maha Kuasa. Allahhu ghayatuna.
***
“ Zul… Is anything alright?”
Lamunanku tersentak. Di tubir mataku, jelas terpampang Yana sedang
tercegat, memerik jarinya beberapa kali.
“ Are you day-dreaming, sis? ” soalnya lagi.
Aku masih membisu. Ah, cepatnya masa berlalu. Rasanya, baru semalam aku
menjejak sekolah kampung itu. Kini, aku sudah di bumi salji, United Kingdom!
Ternyata, sekolah kampung itu bukan sekolah biasa-biasa. Ia punya suatu yang
hebat lagi unik. Tarbiyah, itulah yang uniknya. Dan hakikatnya, aku rindu
tarbiyah. Ya, Tarbiyah.
Mentari sudah menampakkan wajah cerianya. Sinarnya memberi harapan kepada
seluruh dunia dan penghuninya. Harapan bahawa semua mampu berubah dan melakukan
perubahan.
“ Ya, semua orang mampu menjadi hero.” Kata-kata itu terlepas di mulut
tanpa sengaja.
“ Apa? “ Yana bertambah hairan.
Ana mengukir senyuman di bibir. Ya, Zero
to hero, dengan tarbiyah! Hatiku berbicara, penuh yakin.
0 comments:
Post a Comment