Saturday, April 07, 2012
Rindu 3#
“ Kak Husna!”
Kami berpelukan.
“ Ish, Adik ni.. Dah naik form 4 pun tak
berubah juga ya.. Masih macam dulu, manja!” ujar Husna, mencubit pipiku.
“ Aduh! Kak Husna pun masih macam dulu, suka
cubit orang!” balasku, tersengih riang.
Husna turut tersenyum.
“ Ha, Adik duduk di dorm mana? Kelas? ”
“ Dorm Mahabbah. Kelas tak pasti lagi. Tapi,
cadangnya, aliran Sains Tulen. ”
“ Oh, I see. Hm.. Dah dapat kawan, belum?
Sejak tadi, sorang-sorang saja kat sini.”
“ Hm..”
“Hm apa?”
Belum sempat aku membuka mulut, tiba-tiba,
Kak Husna dipanggil Ustazah. Husna meminta maaf. Katanya, ada hal penting. Dia
kemudiannya tergesa-gesa pergi. Aku menjuihkan bibir. Huh, semua nak tinggalkan aku! Hatiku menjerit.
***
Pejam
celik-pejam celik, sudah genap sebulan aku berada di sekolah kampung ini. Aku
tak faham macam mana aku boleh tahan sekolah kat sini. Aku kini menuntut di
kelas 4 Ibn Sina, satu-satunya kelas sains tulen di sekolah itu. Banyak perkara
berkenaan sekolah ini sudah kukenal. Dengan erti kata lain, aku sudah punya
certificate untuk menjadi tourist-guide dalam mengelilingi sekolah! Sebut
sahaja, pasti aku boleh tunjukkan jalan!
Selain itu,
aku juga sudah betah mendengar istilah Tarbiyyah. Apa itu? Entahlah, aku
sendiri tidak memahaminya. Yang pasti, seluruh warga sekolah asyik
mencanang-canangkan perkataan itu. Sana , Tarbiyyah. Sini, Tarbiyyah. Segalanya
adalah Tarbiyyah! Aduh, pening kepala aku fikir. Apa yang aku tahu, aku tidak
begitu berminat dengan program tarbiyyah ini. Bosan dan terlalu formal! Cubalah
santai sikit. Okey, berhenti cakap pasal Tarbiyyah. Di sekolah ini, aktiviti
yang paling aku suka ialah Quranic Circle (QC) , atau nama rasminya, Majlis Diskusi
Pelajar. Ia diadakan setiap minggu, pagi Jumaat. Aktiviti ini paling seronok! Ala, macam sesi
borak-borak dengan kawan-kawan, dan ada seorang kakak atau guru yang teman. QC
aku terdiri daripada lima orang pelajar. Qamarina,Farhana,Khalilah,Zakiah dan
aku. Kami ni, satu geng tau! Tapi, aku paling akrab dengan Qamarina.
Kakak yang lead QC ni namanya Kak Ayu. Aku tak
pasti, apa nama sebenarnya. Orang kata, Kak Ayu ni garang macam singa. Tapi,
dia ini cukup sporting dan caring! Cerita dia semuanya best-best. Kalau kami
tengah sedih, mesti dia orang yang first datang pujuk. Tak hairanlah kalau kami
sayang Kak Ayu.
Cuma satu
yang aku tak faham tentang sekolah ini. QC ini dikatakan program Tarbiyyah.
Tapi, aku tak rasa pun macam tu. Sebab QC ni best, santai. Tak macam
Daurah,Nadwah tu semua. Satu lagi soalan yang asyik bermain di fikiran aku ini,
camping pun program Tarbiyyah, kah? Aku pelik. Lagi satu, banyak sangat budaya
pelik di sekolah ni. Salam lah, Ana-enti lah.. Apa-apa sahaja… Aku..
“ Zul!”
Aku tergamam lalu menyorokkan diariku di
bawah bantal.
“ Oh, Kak Ayu. Buat terkejut orang saja. Zul
ingat siapa tadi.Eh, duduklah sini.Dah lama tak bual dengan Kak Ayu. ”
Kak Ayu tersenyum, menghenyakkan punggung di
sisiku.
“ Sorry lah kalau buat enti terkejut. Ana tak
sengaja. Eh,dah lama tak bual? Macam pelik je ayat tu. Bukan pagi semalam kita
sembang di kantin, ke? Ni mesti rindu ana, ya tak? “ ujar Kak Ayu, mengenyitkan
mata kirinya.
“ Atau
Kak Ayu yang rindukan Zul?” ajuku, tersengih. Seronok berbual dengan Kak Ayu!
“ Memanglah ana rindu Zul. Adik ana , kot. “
Aku tersenyum mendengar butir bicara Kak Ayu.
Sungguh, aku begitu senang dengannya! Bagi aku, Kak Ayu adalah satu-satunya
insan yang aku percaya di sekolah ini. Kak Husna? Dia terlalu sibuk dengan
urusan organisasinya. Pendek kata, apa jua berkenaan aku sama ada baik atau
buruk, Kak Ayu tahu mengenainya. Namun, dia tetap menerima aku apa adanya.
Katanya, hidup ini pelu sentiasa positif dan optimis!
“ Kak Ayu, Zul nak tanya sikit, boleh?”
“ Tanya je.. Insya-Allah, ana cuba jawab. “
“ Kenapa Kak Ayu memilih untuk bersekolah di
sini, ek? “
Kak Ayu terdiam. Bibirnya tidak putus dari
senyuman. Lesung pipit di pipi kanan memaniskan wajahnya. Cukup mendamaikan
mata yang memandang.
“ Hm.. Sebelum ana jawab, ana nak tanya enti
dulu. Kenapa enti memilih untuk bersekolah di sekolah ini,Zul? “
Ternyata, soalanku dijawab dengan soalan.
“ Zul tak nak sekolah kat sini. Ibu dan ayah
paksa. Sebenarnya, Ayu dapat tawaran MRSM. Tapi, ayah sorokkan surat tu. Zul
dapat tahu tentang surat tu sehari sebelum datang ke sekolah ni. Mula-mula, Zul
memberontak jugak, tak nak datang sini. Tapi, ayah kata, ayah tak akan biaya
persekolahan jika Zul nak ke MRSM. Jadi, mahu tak mahu, Zul datang jugak
sini. Zul tak faham, kenapa ayah nak
sangat Zul sekolah kat sini! Kiranya, Zul ni anti-sekolah.. “
Entah mengapa, begitu mudah lidah ini
meluncurkan kata. Kak Ayu masih tersenyum.
“ Kisah kita berdua hampir sama.”
Aku tersentak.
“ Eh, tapi, Zul tengok Kak Ayu okey sahaja.
Siap jadi Qiyadah lagi...”
“ Zul.. Ni cerita antara kita saja ya.. Kalau nak tahu, ana lebih dahsyat dari Zul.
Ana pernah couple, tinggalkan solat, berlakon puasa sewaktu Ramadhan, free
hair..” ujar Kak Ayu, sayu.
Ana sedikit terkejut. Mana mungkin seorang
yang begitu tegas menjaga maruahnya, cantik bertudung labuh, boleh buat
sedemikian rupa. Benarkah ini Kak Ayu yang aku kenal?
“ Ana juga hampir-hampir tergelincir..”
“Maksudnya.. murtad?” terketar-ketar aku
menyoal.
Kak Ayu mengangguk. Aku kaget.
“ Gara-gara ikut boyfriend. Ya, itu zaman
Jahiliyah ana. Dahsyat, kan ana? Mujurlah Allah selamatkan ana dengan
mencampakkan ana masuk ke sekolah ni.”
“ Ertinya, Kak Ayu jadi baik gara-gara masuk
sekolah ni?” aju aku, semakin tertarik dengan ceritanya.
“ Tak,” Kak Ayu menggeleng.
“Habis tu? Apa yang buat Kak Ayu boleh
berubah jadi baik?”
“ Zul..” panggil Kak Ayu lembut. Bahuku
dirangkulnya.
“ Tarbiyah, Zul, tarbiyah. Kerana tarbiyah,
ana mampu berubah. Kerana tarbiyah, ana lebih menikmati hidup ana. Kerana
tarbiyah juga, ana boleh jadi zero to hero. “
Kerana tarbiyah, seseorang boleh jadi zero to
hero. Ayat itu seakan berlegar di kotak fikiran. Ish, tarbiyah ini bukan
sebarangan perkara rasanya. Ia bukan sekadar program atau ceramah nasihat ,
tapi lebih dari itu. Aku perlu selidik berkenaannya. Azam dibulatkan.
“ Kak Ayu, apa sebenarnya tarbiyah? “ .........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment