Saturday, April 07, 2012
Rindu 5#
Hari-hariku berlalu riang. Semakin lama, aku
semakin senang berada di sekolah kampung ini. Adakalanya, rasa ingin
capat-cepat kembali ke sekolah setelah lama bercuti. Malah, aku rasa aku telah
banyak berubah. Jika dahulu, aku sering meremehkan solat. Kini, solat di awal
waktu sudah menjdi rutin. Bukan itu sahaja, aku juga berasa lebih ringan untuk
bepuasa sunat Isnin dan Khamis. Barangkali, ia adalah penangan rutin asrama
yang mewajibkan penghuninya berpuasa seminggu sekali.Aku sendiri kaget dengan
perubahan diriku. Meskipun tidak ketara, ia cukup memuaskan hati.
Hari ini hari Jumaat. Pagi itu, seperti
biasa, semua pelajar akan menghadiri sesi QC. Semestinya, aku ternanti-nanti
saat ini. Aku bersama rakan QC-ku; Qamarina,Farhana,Khalilah dan Zakiah,
berkumpul di taman, tempat rasmi QC kami. Kami menanti Kak Ayu.
“ Pelik. Selalunya, Kak Ayu yang paling awal.
Kita belum datang, dia dah tunggu sini. Ke mana dia, ek?” ujar Farhana, si
hitam manis.
Kami hanya berpandangan sesama sendiri. Jauh
di sudut hati, aku merasakan sesuatu yang tidak kena. Tidak lama kemudian, kelihatan
Kak Husna datang menghampiri kami.
“ Assalamualaikum. Adik QC Kak Ayu,kan?”aju
Kak Husna, tersenyum.
Kami mengangguk.
“ Hm.. Hari ini, Kak Husna tiada. Dia balik
rumah, ada panggilan kecemasan. Neneknya meninggal dunia.” Begitu tenang Kak
Husna berbicara.
“ Innalillah.. “ Kami melafazkan istirja’,
serentak. Masing-masing agak terkejut mendengar khabar itu.
“ Habis tu, Kak Husna akan menggantikan Kak
Ayu untuk QC hari ini kah?” soal Zakiah, gadis kacukan Melayu-Belanda.
“ Ya. Kebetulan, Kak Ayu lead QC pelajar Tingkatan 3. Pagi ini, mereka ada sesi solat
hajat dan sesi bersama Puan Pengetua, “ terang Kak Husna.
“ Oh. Jadi, rasanya, kita dah boleh mula,
kan?” aku bersuara.
Kak Husna, mengangguk. Maka, QC kami
dimulakan dengan sesi tadabbur alQuran. Kami mentadabbur surah alHujurat, ayat 10
hingga 13.
Sebenarnya
orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua
saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu
beroleh rahmat. (10) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak
(dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain,
(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan
janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan
puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik
daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang
lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain
dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang
yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik
(kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak
bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
(11) Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya
kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian
dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari
kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya
yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah
mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh
itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada
Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (12) Wahai
umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya
di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan
kamu). (13)
“ Hm..
Okey, kita dah baca ayatnya dan terjemahan sekali. Daripada ayat ini, apa yang
antunna faham?”aju Kak Husna, tersenyum.
“ Ayat ini
berkisar tentang ukhuwwah. Allah jelaskan kat sini, kita semuanya bersaudara,
tak mengira bangsa. Dan, kat sini, ada beberapa hak yang perlu ditunaikan.
Pertama,kita dilarang mencemuh dan memperendahkan saudara kita itu. Kerana,
mungkin, dia lebih baik daripda kita di sisi Allah, “ ujar Khalilah.
“ Sini,
ana pula sambung. Yang kedua, kita dilarang memanggil sahabat kita dengan
panggilan buruk. Jadi, kita kena panggil saudara kita dengan panggilan yang
baik,” celah Qamarina.
“ Kak
Husna, tapi, macam mana kalau ana suka orang panggil ana Zul? “ ajuku.
“ Hm..
Terserah kepada individu. Tapi, pastikan, nama panggilan tu ada makna, sebab
nama itu merupakan satu doa buat diri kita. Yang penting,kita kena panggil
kawan-kawan kita ni, nama yang dia suka. Macam enti, enti suka orang panggil
enti Zul. Jadi, tak mengapa. Contohnya, orang panggil enti Iqa? Suka tak? “
“ Tak!
Geli je..” balasku, menjuihkan bibir. Rakan-rakan yang lain tergelak kecil.
“ Jadi,
Qamarina, Zakiah, Khalilah dan Farhana tak boleh panggil Zul dengan gelaran
Iqa. Malah, ana sendiri tak boleh, walaupun ana lebih tua dari antunna. Bahkan,
semua orang tak boleh! “ jelas Kak Husna, penuh ekspresi.
“ Ha, semalam, ana ada belajar
satu hadis ni,” Farhana bersuara.
“ Bunyinya
macam ni;
"Tidak sempurna
iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia
mengasihi dirinya sendiri." (Hadis riwayat Muslim). “
“ Betul
tu, Farhana. Kalau kita suka orang panggil kita dengan nama yang baik, kita
panggil orang dengan nama yang baik juga. Kalau kita suka orang hormat kita,
kita hormat orang juga. Okey, apa firman Allah yang seterusnya? " ulas Kak
Husna.
“ Yang
ketiga, jauhi sangka buruk. Ana pun teringat, peringkat ukhuwah. Yang paling
tinggi ialah ithar, iaitu mendahulukan sahabatnya berbanding dirinya. Yang
paling rendah pula ialah husnuzhon, iaitu berbaik sangka. Ertinya, kalau kita
buruk sangka dengan seseorang, kita tiada ukhuwah dengannya, “ kata Khalilah.
“ Hm..
Yang keempat, jangan mengintip. Yang kelima, jangan mencari aib orang. Yang
keenam, jangan mengumpat, sebab ia seolah kita makan daging saudara kita yang
telah mati, “ giliran Qamarina berbicara.
“ Ha,
cakap pasal mengumpat ni.. Sebenarnya, dah ada satu kajian Sains. Menurut
kajian itu, apabila seseorang itu mengumpat, struktur atom tubuh dia akan
menjadi seperti bangkai, sangat buruk. Gelombang negatif daripada perbuatan
mengumpat itu memberi kesan kepada si pengumpat dan juga pendengar umpatan, “
aku bersuara.
“ Oh.. Ya
ke? Ilmu baru tu? Hm.. Jadi, peliharalah hak saudara-saudara kita, atau lebih
tepatnya, sahabat dan orang di sekitar kita. Dan jangan rasa menyesal apabila
bertemu dengan seseorang, sama ada baik atau buruk. Sebaliknya, hargai dia. Berbeza
pendapat itu adat dalam bersaudara. Tapi, kalau kita betul-betul berukhuwah
kerana Allah, ia tidak akan putus, “ ulas Kak Husna.
“ Macam
mana nak berukhuwah kerana Allah , Kak Husna? Ana selalu dengar orang
menyebutnya. Tapi, tak pernah ada orang yang menerangkan praktikal secara
jelas, “ kata Khalilah, ingin tahu.
“ Mudah.
Pertama, niatkan dalam hati, aku bersahabat dengan dia kerana Allah. Tajdid
niat ini bukan sewaktu kita first time kenal dia, tapi, sepanjang kita berkawan
dengan dia. Sebab syaitan akan selalu mencucuk hati kita agar bermusuhan.
Jangan pernah biarkan syaitan bertepuk tangan dan bersorak kerana kita
bermusuhan. Bila kita selalu tajdid niat, kita akan lebih jelas akan tujuan
kita berkawan dengan seseorang itu. Hargai kelebihannya, tegur kesilapannya.
Tetapkan dalam hati, satu impian, bahawa satu hari nanti, antunna akan
bersama-sama sahabat antunna akan beriringan bila melangkah ke syurga. Paling
utama, doakan sahabat kita itu. . Sahabat yang baik ialah sahabat yang membawa
kita kepada Allah. Bila kita tengok wajahnya, tengok akhlaknya, kita tengok
gerak langkahnya, dengar butir bicaranya, hati kita ingat kepada Allah, “ ujar
Kak Husna, menatap setiap satu wajah kami.
Suasana
hening seketika. Hanya kicauan burung yang kedengaran.
“ Tapi,
Kak Husna, bukan mudah nak jumpa sahabat yang bawa kita kepada Allah,” luah
Farhana.
“ Kita tak
boleh terlalu mengharap agar kita dikurniakan sahabat begitu. Sebaliknya,
jadilah sahabat yang sebegitu dulu. “
“ Maksud
Kak Husna, kita kena jadi sahabat yang membawa kawannya kepada Allah, begitu?
Susahlah, Kak.. It’s take a long period
of time, “ balas Zakiah, seakan tidak puas hati.
“ Ya, ia
memakan masa. Itulah Tarbiyah. It’s a
process. Tarbiyah ini memakan masa, Hakikatnya, semua yang kita lalui ini
adalah tarbiyah. Cabaran dalam hidup ini adalah tarbiyah supaya kita bersabar
dan tabah. Nikmat dalam hidup ini adalah tarbiyah supaya kita bersyukur.
Tarbiyah ini bukan suatu ynag ambil masa satu jam, dua jam, dengar ceramah,
lepas itu, terus berubah. No!“ terang
Kak Husna.
“ Habis
tu, apa gunanya kita pergi dengar ceramah , daurah, mukhayyam, QC, nadwah,
semua tu?” soal Qamarina.
“ Itu
semua sekadar wasilah atau cara untuk kita tahu teori dan ilmu. Macam mana nak
perbaiki diri kalau tiada ilmu? Ayat pertama yang turun dalam al-Quran juga
berkaitan tentang ilmu; Iqra’!” kata Kak Husna.
“ Oh..
Sekarang baru ana faham perumpamaan yang Kak Ayu pernah beri semasa ana tanya
apa itu tarbiyah, semasa awal tahun. Dia
kata macam ni, ‘ Tarbiyah itu umpama proses membuat burger.’ Ana blur sangat
masa tu,” ujar Zakiah.
“ Jadi,
apa yang enti faham?” aju Qamarina, ingin tahu.
“ Er..
Okey, begini. Contohnya, kita nak buat burger. Kita ada lembu. Untuk buat
burger, kita tak boleh campak lembu seekor penuh tu , termasuk kepala, tanduk
dan ekor semuanya, dalam mesin , tup-tap, keluar, terus jadi burger, siap ada
sos semua. Mustahil,kan? “
Kami
tergelak mendengar perumpamaan itu. Ia cukup menggelikan hati!
“
Sebaliknya,kita kena jumpa jabatan penternakan, eh ada ke? Ha, tak tau jabatan
apa, tapi, untuk pemeriksaan kesihatan, sama ada lembu tu sesuai disembelih
atau tak. Tak kan kita nak sembelih lembu yang kurus dan sakit, ya tak? Mau
kena penyakit kuku, kaki ,tangan dan mulut. Then,
kita kena jumpa penyembelih, minta dia ajarkan kita cara menyembelih lembu. Tak
pun, minta dia yang sembelihkan. Lepas tu, kena tanggalkan kulit, lapah lembu.
Kemudian, kena cuci daging lembu tu, selenggara betul-betul. Dah habis semua
tu, baru boleh masuk mesin. Untuk buat semua itu, kita kena ada kemahiran dan
bantuan daripada orang lain. Lepas dah proses daging jadi burger , kita kena
jumpa penjual roti, salad, sos dan sebagainya. Dah beli bahan-bahan tu,
barulah, kita boleh masak burger. Begitulah ceritanya..”
“ Susah juga nak buat burger,kan? Tak sangka,
ia memakan masa..” ujar Khalilah.
“ A’ah.
Tapi, hasilnya, cukup sedap!” kata Farhana pula.
“ Macam
tarbiyah juga. Lagi lama seseorang itu ditarbiyah, semakin ramai orang yang dia
jumpa, semakin bertambah ilmu yang dimiliki, semakin banyak pengalaman yang
ditempuh, lagi hebat produknya, atau lagi tepat, orangnya. Jadi, jangan pernah
rasa jemu dengan tarbiyah. Sebab tarbiyah ini akan membentuk peribadi insan
Rabbani, orang yang berjiwa hamba dan rasa hidupnya berTuhan. Hidup insan Rabbani
ini hebat , kerana semuanya adalah kerana Allah. Segala yang dibuatnya, adalah
kerana dia mahu menggapai cinta Allah. Jadi, bila kita jemu dengan tarbiyah,
ertinya, hati dan jiwa kita ini ada masalah. Bila hati dan jiwa kita
bermasalah, kita kena rawat. Nak merawat hati, itu juga tarbiyah, “ jelas Kak
Husna.
“ So,
tarbiyah ini bukan sekadar teori, tapi, proses praktikal juga, kan? “ kata
Farhana.
“ Ya.
Senang cakap, hanya orang yang pernah merasa gula, akan tahu manisnya gula.
Cuba kita tanya orang yang tak pernah rasa gula, dia tahu tak manis tu macam
mana? Terangkan sejuta kali pun, belum tentu dia faham, macam mana rasa manis
tu. Dia akan tahu bila dia rasa gula itu sendiri, “ Kak Husna memberikan
analogi.
“Oh..
patutlah, Kak Ayu pernah cakap, tarbiyah itu indah apabila dilalui bukan
diketahui, “ ujarku.
Kak Husna
mengangguk. Kami berlima tersenyum, puas. Meskipun QC kami kali ini agak formal
dan tidak seceria selalu, tetapi, inputnya tetap mantap. Sedikit sebanyak, aku
mula memahami, kenapa ayah berkeras mahu menyekolahkan aku di sini. Tidak lain
dan tidak bukan, adalah kerana tarbiyah.
***
bersambung...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment