Pages

Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Saturday, December 24, 2011

PRS : Program Majlis Murobbi

Bismillah.

Salam ukhuwah buat semua PRS @ murabbi yang dikasihi. Moga dalam peningkatan iman dan amal. Di sini, kami ingin memaklumkan bahawa semua PRS baru dan lama dikehendaki menghadiri program berikut:-

Program : Persiapan Murobbi ( 27 - 28 Dis 2011 )
Bengkel Perancangan ( 29 - 30 Dis 2011)

Masa : Bermula jam 5.00 ptg hingga 6.30 pagi keesokan harinya. ( bagi 27 - 29 Dis )
Bermula jam 5.00 ptg hingga 11.00 malam ( bagi 30 Dis )

Tempat : Dewan Al-Qadisiyah

Sila bawa kelengkapan peribadi masing-masing. Jangan lupa juga untuk bawa bersama-sama idea-idea bernas bagi memantapkan gerak kerja tanzim dan dakwah kita di SMIH. Tolong sebarkan kepada sahabat-sahabat PRS yang mungkin tidak membuka blog ini. Sebarang masalah, boleh hubungi Ustazah Zunainah Jemenin.

Jazakumullah khairan kathira.

Thursday, December 01, 2011

Tuesday, May 10, 2011

Tarbiyyatuna


NAntikan keluaran TarBiyyatuna Edisi terbaru...Lajnah Penerbitan sudah berubah nama kepada Lajnah MEDIA INFORMASI.

Moga memberi sokongan.

Tuesday, April 19, 2011

Majlis Murobbi

Salam Alaikum..Moga sihat selalu :) Ada sedikit makluman ingin diberi. Insya Allah bermanfaat:-

Majlis Murobbi
Tarikh & Hari : 21/4/2011 [Khamis]
Masa : 4.45-10.30 pm
Tempat : Dewan Al-Qadisiyah
Agenda : Perbincangan Lajnah
Kehadiran : Mesti datang

Niatkan kerana Allah. moga2 memberi berjuta manfaat kepada kita dan yakin dengan janji Allah:

47:7
"O you who have believed, if you support Allah , He will support you and plant firmly your feet" [Surah Muhammad : 7]

Sunday, December 26, 2010

Pengumuman Terkini

Bismillah..

Salam perjuangan buat semua PRS @ Murobbi Hidayah. Di sini, kami sekadar mahu memperingatkan kembali agar bersedia untuk menghadiri Bengkel Perancangan PRS 2011. Harapnya, usaha dan pengorbanan kita ini mampu memantapkan biah solehah di SMIH.
Insya-Allah..

* Kepada PRS Tingkatan 4 (2011), antum dikehendaki menghadiri satu Sesi Perbincangan pada 28 Disember 2010 [ waktu : sepanjang kelas tambahan dijalankan ]. Makanan pada pagi 28 Disember tersebut disediakan. Sebarang soalan atau masalah, boleh hubungi Ustazah Norma atau Ustazah Zunainah.

Harap maklum. Wassalam..

Saturday, December 11, 2010

PENGUMUMAN PENTING: Bengkel Perancangan PRS 2011

Salam ukhuwah buat semua PRS @ murabbi yang ustazah kasihi. Moga dalam peningkatan iman dan amal. Di sini, ustazah ingin memaklumkan bahawa semua PRS baru dan lama dikehendaki menghadiri program berikut:-

Program : Bengkel Perancangan PRS 2011

Tarikh : 27 - 29 Disember 2010
Masa : Setiap hari hanya akan bermula jam 5.00 ptg hingga 7.00 pagi keesokan harinya.
Tempat : Dewan Al-Qadisiyah

Sila bawa kelengkapan peribadi masing-masing. Jangan lupa juga untuk bawa bersama-sama idea-idea bernas bagi memantapkan gerak kerja tanzim dan dakwah kita di SMIH. Tolong sebarkan kepada sahabat-sahabat PRS yang mungkin tidak membuka blog ini. Pendetailan tentatif program akan diberikan kemudian. Jazakumullah khairan kathira.

Daripada:
Ustazah Zunainah

Tuesday, November 16, 2010

transformasi.

alhamdulillah.

TRANSFORMED!

semoga transformasi blog ini menjadi pemangkin kepada transformasi tarbiyah hidayah.

takbir! ALLAHUAKBAR!

*untuk sesiapa yang mempunyai cadangan atau kurang berpuas hati dengan transformasi yang berlaku, mohon diluahkan ke email nuqabahidayah@yahoo.com.my. terima kasih.

Thursday, February 25, 2010

Sukan Piala Nuqaba'



.salam alaykum.insya Allah pada hari esok bersamaan 26 Februari 2010,akan diadakan Sukan Piala Nuqaba'.diharap nuqaba dapat memeriahkan program ini.ikhlaskan hati kerana Allah.anggaplah program sebahagian drpd tarbiah kpd diri kita dn anak buah kita.semoga antum semua dapat merasakan keindahan dan kemanisan Ukhuwwah fi sabilillah di kalangan anak usrah.gunakan wasilah ini sebaiknya utk rapatkan jurang antara antum dn anak buah antum.insya Allah.haza faqad minni.wassalam.

Sunday, January 10, 2010

Menjadi Murobbi Sukses~Promosi

Assalamualaikum,


Judul Buku : Menjadi Murobbi Sukses

Penulis : Satria Hadi Lubis
Penerbit : Pustaka Hamasah
Fizikal : 161 ms, softcover
Percuma : VCD Pelatihan
Harga : RM 28

Sinopsis

Menjadi Murabbi Sukses merupakan buku yang amat sesuai untuk para aktivis dakwah untuk menjadi murabbi sukses. Memiliki 114 tips untuk kegunaan para murabbi, naqib dan pemimpin kelompok binaan (halaqah) yang di sunting dari pengalaman peribadi penulis yang telah lama berkecimpung dalam dakwah. Penulis boleh dikatakan sebagai pemilik PhD (Pakar Halaqah dan Dakwah). Buku ini memang ana rekemen untuk antum sebagai kegunaan untuk berhadapan dengan pelbagai masalah di dalam MDP

*Buku boleh dibeli daripada Ustazah Normah....CEPAT...ada 4 je stkt ni~

Sebuah hadiah untuk antum...
Abdullah Munir

Saturday, October 24, 2009

>>TaRbIyAtuNA<<

Nantikan kemunculannya pada minngu depan!!

Tema: Muhasabah Akhir Tahun & Persedian untuk Peperiksaan
Harga: RM 1.00

Dapatkannya daripada PRS Ting. 3,4,5 S.M. Islam Hidayah, JB.

Tuesday, May 26, 2009

TaRbiyAtUnA...



Alhamdulillah

akhirnya TARBIYATUNA edisi ke-2 sudah dikeluarkan

MOTO KAMI:
"KE ARAH MEMAHAMI KESYUMULAN ISLAM"

Kepada semua pelajar SMIH apa tunggu lagi mari beramai-ramai kita beli..
Boleh dapatkannya daripada semua PRS
Macam-macam ilmu dan input berguna ada dalam buku ini..
Rasanya rugi kalau kita semua tak beli
Pada kali ini fokusnya ialah "MASA DEPAN"



Terima kasih dan tahniah bebanyak kepada unit penerbitan PRS kerana berjaya mengeluarkan buku ini meskipun sibuk dengan pelbagai urusan yang mendatang