Saturday, April 07, 2012
Rindu 4#
“ Kak Ayu, apa sebenarnya tarbiyah? “
Kak Ayu tersenyum manis. Belum sempat dia
membuka mulut untuk menjawab, tiba-tiba, seseorang datang mengahampiri kami.
“ Assalamualaikum, Kak Ayu. Maaf mengganggu.
Ustaz Zahazan mahu berjumpa dengan enti , Sumayyah dan Zinnirah, sekarang. Dia
ada di bilik mesyuarat Yusuf alQardhawi . Katanya, penting. “
“ Oh. Terima kasih, ya. Maaf menyusahkan enti
mencari ana sampai ke sini, “ ujar Kak Ayu kepada pengirim berita itu.
“ Tak susahkan, pun. Okey, minta diri dulu. Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam.” Pengirim berita itu
berlalu pergi.
Kak Ayu mengembalikan perhatiannya kepadaku.
“ Zul, ana minta maaf sangat-sangat. Kita
sambung sembang nanti , boleh? Waktu makan malam ke? Boleh?”
“ Okey, kita sambung waktu makan malam nanti.
Janji, tau!” ujarku, tersengih. Namun, terselit sedikit kecewa di sudut hati.
“ Insya-Allah, janji. Hmm.. Cuma, ingat satu
perkara, tarbiyah itu indah apabila dilalui bukan diketahui. Okey, pergi dulu.
Assalamualaikum.”
“ Waalaikummussalam..”
Kak Ayu berlalu pergi. Aku merebahkan badan
ke katil.
“Kerana tarbiyah, seseorang boleh jadi zero
to hero . Tarbiyah itu indah apabila dilalui bukan diketahui.”
Ayat-ayat itu seakan berdesing di telinga.
Apa maknanya? Tarbiyah itu indah apabila dilalui? Melalui tarbiyah? Macam mana
nak melalui tarbiyah? Zero to hero? Bertalu-talu soalan menjengah minda. Tak
kusangka, perlahan-lahan, mataku terpejam. Aku terlena.
***
Tuk,tuk,tuk. Bunyi pintu diketuk.
“ Masuk.”
Ayu , Sumayyah dan Zinnirah melangkah masuk,
menuju meja Ustaz Zahazan. Kelihatan Husna dan Hana’ sudah berada di situ. Turut
bersamanya beberapa pelajar banin yang merupakan ahli majlis mesyuarat
perwakilan pelajar(MPP) .
“ Assalamualaikum, ustaz. Ustaz panggil kami,
ya? “
“ Waalaikummussalam. Ya, ustaz panggil antum.
Hm.. sebenarnya, Ustaz nak bincang sedikit, berkenaan program Upgrade Your Iman
yang akan berlangsung tak lama lagi.”
“ Oh.. kempen itu.. Ya, ada apa-apa yang
boleh kami bantu, Ustaz? “ soal Hana’, yang merupakan timbalan presiden BADAR
sekolah.
“ Ya, cadangnya, kita nak aktifkan blog,
Facebook,website,Twitter atau mana-mana wasilah alam maya. Fokus kita menjurus
kepada biah solehah. Pendek kata, kita mahu mengislah wadah-wadah siber ini
agar lebih soleh dan musleh. Senang cakap, kita mahu menghidupkan suasana dan
budaya Islam di alam maya,” jelas Ustaz Zahazan.
Semua yang hadir mengangguk-angguk.
“ Okey. Lagipun, biah itu rukun tarbiyah.
Bila adanya murobbi,mutarobbi dan manhaj, dilengkapi pula dengan biah,
insya-Allah, tarbiyah akan subur kembali di madrasah ini, “ ujar Umayr penuh
berkaliber. Tidak hairanlah jika dia menyandang jawatan ketua pelajar di
sekolah. Memang jawatan itu sesuai dengan peribadinya!
“ Itu, untuk alam maya. Kalau alam realiti
pula, bagaimana?” aju Fateh, presiden KRSM sekolah.
“ Rasanya, kita boleh adakan beberapa
aktiviti. Contohnya, pertandingan poster. Poster tu diberi dalam bentuk
softcopy, supaya kita boleh print banyak-banyak dan gantung keliling sekolah.
Selain tu, boleh juga buat pertandingan video,reka lagu, ubah lirik lagu,
pementasan, berlakon, nasyid..” Begitu bernas cadangan Mus’ab, presiden BADAR
sekolah. Orang kata, pemikirannya ibarat komputer. Kemampuannya untuk merancang
dan memikirkan idea baru menjadi antara asbab dia dikagumi ramai.
“ Hm.. Bagus idea tu.. Banat ada cadangan?”
celah Ustaz Zahazan, sambil mencatat sesuatu di bukunya.
“ Apa kata, kalau kita buat TazLiM (Tazkirah
Lima Minit) setiap kali sebelum solat? Kita juga boleh hidupkan suasana alQuran
di sekolah. Contohnya, kita on lagu
atau ayat alQuran sewaktu rehat,” Husna mengusulkan pandangannya.
“ Kita juga boleh buat pertandingan ala-ala
Imam Muda dan Ustazah Pilihan. Cuma, kita buat berasingan, tak campur banin
banat. Rasanya, fashion show juga perlu untuk kita dedahkan pemakaian yang
sewajarnya. “ giliran Hana’ pula untuk menambah. Sememangnya, dia begitu bijak
memanipulasikan sesuatu agar boleh dimanfaatkan.
“ Betul tu. Kita juga boleh adakan jualan
buku dan produk Islam. Rasanya, kita boleh aktifkan juga tazkirah whiteboard di
kelas-kelas. Dan, kempen sunnah dan amar makruf nahi mungkar pun kita boleh
aktifkan, “ ujar Sumayyah yang merupakan
timbalan presiden KRSM sekolah.
“ Hm.. Bagus idea tu.. Zinnirah dapat catit
semuanya?” soal Ustaz Zahazan.
Zinnirah, setiausaha MPP mengangguk.
“ Hm.. Rasanya, kita bincang sekadar itu
dahulu. Dah nak azan Asar. Nanti, lepas Asar, kita detailkan apa yang patut.
Boleh? Kita tangguhkan mesyuarat kita dengan tasbih kafarah dan surah al-‘Asr.
Kemudian, semua boleh bersurai.”
Mesyuarat bersurai. Masing-masing mula
membuka langkah, menuju musolla. Meskipun urusan mereka penting, tetapi,
hubungan dengan Allah, jauh lebih utama! Bak kata Upin Ipin dalam filem Geng;
“ Solat utama,tiang agama!”
***
Dewan Hudaibiyah gamat dengan dengan
dendangan nasyid yang diputarkan oleh DJ yang bertugas. Hiasan dan belon
bewarna-warni menceriakan suasana. Di pentas utama, kelihatan banner besar
tersergam indah. Padanya, tertera tulisan Karnival Upgrade Your Iman.
Ya, baru sebentar tadi, program tersebut
dirasmikan. Usai tamat upacara perasmian, para pelajar diberi peluang selama
satu jam untuk meninjau booth dan pameran yang disediakan oleh pihak penganjur.
Turut diadakan jualan di kawasan luar dewan.
Aku dan rakan baikku, Qamarina, berjalan
sambil meninjau-ninjau kawasan pameran.
“ Ah, ana cukup senang dengan program di
sekolah ini, “ luah Qamarina.
Aku memandangnya pelik.
“ Kenapa? Biasa-biasa saja..”
“ Programnya menusuk ke hati. Senang cakap,
program itu punya ruh yang tersendiri. Mungkin, kerana penganjurnya ikhlas
melaksanakan program. Kerana itulah, kesan daripadanya berbekas. Hanya hati
yang ikhlas mampu menyentuh hati, “ ujar Qamarina.
Aku hanya menadah telinga, malas untuk mengulas.
Jauh di sudut hati, aku sebenarnya mengakui hakikat itu. Program di sekolah ini
sedikit sebanyak memberi kesan dalam diriku. Jika dahulu, aku begitu janggal
dengan budaya ‘ana-enti’ atau ‘ana-enta’. Apa bezanya ‘ana’ dengan ‘aku’ atau
‘saya’ ? Kedua-duanya merupakan kata ganti nama pertama. Tiada bezanya. Itulah
pendirian aku suatu ketika dahulu. Namun, pendirian aku berubah apabila
mendengar Kak Husna memberi tazkirah, tempoh hari.
“ Orang selalu pertikaikan, kenapa kena guna
‘ana-enti’. Jadi, sebelum ana mulakan, ana ingin tanya beberapa soalan. Yang
pertama, siapa yang mengaku dia adalah rakyat Malaysia, angkat tangan.”
Hampir semua angkat tangan. Hanya beberapa
orang yang tidak mengangkat tangan memandangkan mereka adalah pelajar luar
negara. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Kak Husna tersenyum.
“ Okey, terima kasih semua. Hm.. Sekarang,
angkat tangan bagi sesiapa yang mengaku dia orang Melayu!”
Sekali lagi, hanya segelintir kecil yang
tidak mengangkat tangan memandangkan mereka berbangsa Cina atau India. Senyuman
Kak Husna melebar.
“ Okey, terima kasih. Sekarang, angkat
tangan, siapa yang mengaku, dia adalah orang Islam! “
Akhirnya, semua yang hadir mengangkat tangan.
“ Okey, boleh turun tangan. Hm.. Nampak tak,
sebenarnya, Islam yang menyatukan kita semua. Memang tak salah dan tak berdosa
kalau kita guna ‘saya-awak’ atau ‘aku-kau’ atau ‘gue-lu'. Allah tak hukum.
Tapi, kita nak hidupkan semula bahasa Arab yang merupakan syiar Islam. Secara
tak langsung, kita akan izzah dengan Islam. Ana teringat filem Ip Man. Ada satu
babak, Jeneral Jepun tanya kepadanya; ‘Siapa awak?’ Nak tahu Ip Man jawab apa?
“
“ Dia jawab; ‘ I’m only a Chinese.’ “
seseorang mencelah.
“ Ya, dia jawab; ‘I’m only a Chinese.’ Kenapa
dia tak jawab; ‘I’m Ip Man, a Chinese.’ ? Kenapa? Sebabnya, dia begitu izzah
dengan Cina-nya. Malah, dia lebih bangga dengan bangsanya berbanding namanya
sendiri! Kita? Cuba bayangkan, orang tanya kita; ‘Siapa awak?’ Kita pun jawab;
‘I’m a Muslim’. Tak bangga ke? Daripada jawapan kita sahaja, orang tu dah tahu,
kita ini mempunyai jati diri Islam yang teguh, kukuh. Tidak kisah kita guna
bahasa apa sekali pun, tetapi, orang tahu, kita izzah dengan Islam. Sebab Islam
itu syumul, untuk seluruh manusia, tak mengira bangsa. Hm.. Jadi, bahasa Arab
adalah syiar Islam. Jadi, bila guna ana-enti, secara tak langsung, kita dapat
pupuk rasa izzah terhadap Islam. Kalau tak banyak, sikit pun jadi lah.. Sebab
ana ana teringat satu ungkapan; Aqim Daulatal Islam fi Qalbika, Taqum fi
Ardhika. Maksudnya,tegakkanlah agama di hatimu, nescaya tertegak di bumimu. Jadi,
bila kita izzah dengan Islam, insya-Allah, kita Islam akan tertegak di muka
bumi.. Jadi, kita semua nak Islam kembali memerintah dunia, ya tak? “
“Ya!” semua yang hadir menyahut, diiringi
dengan laungan takbir penuh semangat.
“ Jadi, jom, kita sama-sama izzah dengan
Islam. Bermula dengan guna ‘ana-enti’… “
Begitulah tazkirah Kak Husna. Ternyata, usai
sesi tazkirah itu, ramai yang sudah mula menggunakan ‘ana-enti’. Malah, terasa
senang mendengarnya. Aku? Hm… Belum tiba masanya lagi, barangkali.
“ Zul! Ha, menung apa tu! “
Aku kembali ke bumi nyata. Kelihatan Qamarina
tercegat di tepat di hadapanku, sambil tangannya melambai-lambai.
“ Ish, apa ni.. Ana tak menung apa-apa lah..”
ujarku, menepis tangannya.
“ Zul, enti sebut... Enti sebut.. “ Qamarina
tersenyum.
“ Ana sebut apa? “ ajuku, hairan.
“ Enti sebut ‘ana’! Tahniah! Enti dah mula
izzah dengan Islam. Islam dah mula tertegak di hati enti,” terang Qamarina,
riang.
“ Eh, ye ke? Ana tak.. “
“Ha, enti sebut ‘ana’! “
“ A’ah lah.. Ana sebut ‘ana’! “
Aku seakan tidak percaya. Ya, kalimah ‘ana’
mula meniti di bibirku. Alhamdulillah.. Tetapi, mengapa? Barangkali, kerana
sudah biasa mendengarnya. Ya, suasana sekitar banyak mempengaruhi.
“ Eh, jom lah , Zul.. Kita ke kelas. Lima
minit lagi, kelas akan bermula.”
“ Okey, ana ikut enti. Jom! “
Kami berdua beriringan keluar dari dewan.
Islam sudah mula tertegak di hatiku. Inikah tarbiyah? Aku berbicara sendiri.
Tanpa kusedari, ada sepasang mata mengikut
setiap gerak-geriku.
“ Zulaiqa, tunggu ana...”
***
bersambung..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment