Saturday, April 07, 2012
Rindu 8#
12 Julai 2016.
Petang itu begitu hening. Angin bertiup lembut. Kelihatan dua orang
pelajar sedang tekun mengulangkaji pelajaran di taman . Maklumlah, PMR hanya
tinggal dua bulan.
“ Aah!! Husna, jom lah, kita jalan-jalan kejap keliling sekolah. Ana
mengantuklah.. Dari pagi asyik belajar saja.. Penat!”
“ Okey, Ayu. Jom.”
Husna dan Ayu berjalan-jalan sambil menikmati panaroma indah
persekitaran sekolah. Burung berkicau riang. Pokok bunga segar menghiasi laman.
Kucing tidur di kaki lima. Semuanya seakan tenang.
“ Alhamdulillah.. Cantiknya persekitaran sekolah kita, “ ujar Ayu.
“ Kita perlu berterima kasih kepada pekebun sekolah. Banyak yang telah
mereka bantu. Ana rasa, kalau tiada mereka, kita terpaksa melakukan tugas
kebersihan itu sendiri, macam pelajar-pelajar di Jepun. Tapi, ana tak faham,
kenapa sedikit sahaja di kalangan kita yang memberi salam atau bertegur sapa
dengan pekebun-pekebun sekolah. Majoritinya, kita akan lalu dengan muka penuh
selamba, “ balas Husna.
“ Betul. Perbuatan tu menggambarkan kita ini orang yang sombong dan
bongkak. Apa salahnya kalau kita menyapa pekebun itu. Kalau tak berbual panjang
pun, cukup dengan hanya salam.”
“ Betul tu. Ana teringat, satu hadis riwayat Abu Hurairah ra.; ia berkata:Rasulullah saw. bersabda: Seorang yang
berkenderaan hendaknya mengucapkan salam kepada pejalan kaki dan pejalan kaki
mengucapkan salam kepada orang yang duduk dan kumpulan yang kecil mengucapkan
salam kepada kumpulan yang besar.”
“ Budaya salam dah semakin hilang. Ana bimbang.” Ayu mengerutkan dahi.
Riak cemas tergambar jelas di wajah.
“ Jangan bimbang, Ayu. Kalau dah makin pupus, ertinya, kita perlu
hidupkan semula. Kalau kita nak budaya tu hidup semula, kita tak boleh
mangharapkan orang lain. Sebaliknya, biarlah kita yang memulakannya. “
Ayu sedikit terpujuk. Ya, kalau mahukan perubahan, kita tak boleh
mengharapkan orang lain yang lakukan untuk kita. Tapi, kita sendiri yang
sepatutnya terlebih dahulu menyinsing lengan, turun padang dan menuju medan
juang.
“ Terima kasih, Husna.”
Ayu menguntum senyuman. Sedikit sebanyak, dia kagum dengan Husna.
Sahabatnya yang seorang itu begitu positif menjalani hidupnya. Dia masih ingat,
kata-kata Husna sewaktu dia gagal meraih keputusan yang cemerlang dalam PMR.
“ Tiada istilah masalah dalam hidup ini. Yang ada hanya cabaran dan
ujian. Hadapi dengan tenang. Allah kan ada? Yakin, Dia lebih mengetahui yang
terbaik buat hambaNya. Yang penting, kita usaha. Natijahnya, kita serahkan
kepada Allah. “
Kata-kata itu nampak mudah, tetapi, ia menusuk ke qalbu tanpa sebarang
hijab. Kata-kata itulah yang memberinya semangat untuk bangkit selepas
kekalahan. Benar, yang ada hanya cabaran dan ujian.
“ Ayu..”
Ayu tersedar dari lamunan. Dilihatnya Husna sedang menghidu sesuatu.
Aneh.
“ Husna, kenapa?”
“ Bau rokok.”
Ayu terdiam. Seketika kemudian, receptor
di hidungnya seakan dirangsang stimuli.
Bau asap rokok menusuk hidung.
“ Bau. Rasanya, dari arah makmal itu.”
Ayu menundingkan jari ke arah bilik yang jaraknya tiga meter dari
mereka. Mereka menapak perlahan-lahan.
Setapak demi setapak. Tatkala tiba di muka pintu, alangkah terkejutnya
mereka apabila melihat sekumpulan pelajar sedang merokok. Namun,kehadiran
mereka berdua belum disedari.
“ Ayu!Husna! ”
Ayu dan Husna menoleh. Ustaz Zahazan mendekati mereka berdua.
“ Ustaz nak maklumkan.. Eh, bau rokok!”
Serentak, Ustaz Zahazan mengalihkan pandangan ke dalam makmal dengan
riak mukanya yang serius.
“ Antum buat apa kat sini? “
Suara tegas itu bagai halalintar membelah langit. Semua yang ada di
situ kaget. Husna dan Ayu berpandangan sesama sendiri.
“ Merokok? Dari mana antum dapat rokok? “ suara Ustaz Zahazan perisis
guruh yang berdentum. Semua yang berada di situ kecut perut.
“ Er.. Dari.. Abang Munawar,” jawab salah seorang daripada mereka.
“Hah? Munawar?!”
Pelajar itu mengangguk. Ustaz Zahazan seakan tidak percaya. Husna dan
Ayu juga kelihatan kaget. Bukankah Munawar itu ialah seorang yang
berkepimpinan, tampak kemas, begitu sederhana peribadi. Pendek kata, dia begitu
disenangi semua!
“ Ayu, Husna, panggil Ustazah Zalilah, guru disiplin. Dan minta sesiapa
panggilkan Munawar. Yang lain, ikut Ustaz ke bilik kounseling, sekarang! “
Serta-merta, arahan itu dipatuhi. Bermula detik itu, terbongkarlah
seribu satu rahsia! Siapa sangka, Munawar selama ini menjadi mastermind dan ketua dalam agenda
penyebaran rokok di sekolah!
bersambung..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment