Suasana
musolla sunyi, tidak seperti hari-hari biasa. Yang kelihatan hanya dua orang
gadis, berteleku, bertafakur sejenak. Husna dan Ayu baru selesai mengerjakan
solat dhuha. Maka, masing-masing mengambil masa untuk manadah tangan, berdoa,
bermunajat.
“..
Ya Allah, kabulkan.. Amin..” Husna meraup wajah. Terasa tenang menyelimuti
diri. Husna yakin dengan firmanNya;
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka
dengan "zikrullah".
Ketahuilah dengan "zikrullah" itu,
tenang tenteramlah hati manusia. (28)
Husna
menoleh, memandang Ayu yang sedang khusyuk berdoa. Wajahnya yang mulus sedikit
terlindung. Namun, tudungnya kelihatan basah. Ada suatu yang tidak kena pada Ayu, detik hati Husna.
Ayu
meraup wajahnya yang basah dengan air mata. Matanya agak sembam kerana asyik
menangis sebulan dua ini. Ujian yang datang bertimpa-timpa membuatkan dirinya
letih. Adakalanya, rasa putus asa hadir. Namun, cepat-cepat diubati dengan
zikir. Dia tetap yakin, Allah menguji mengikut kadar kemampuan. Cuma, dia hanya
manusia biasa, yang punya kelemahan.
“
Ayu, okey? “
Husna
menyentuh lembut bahu sahabatnya yang seorang itu.
“
Okey,” balas Ayu, cuba untuk melemparkan senyuman manis kepada Husna. Dia tidak
senang untuk berkongsi masalahnya dengan orang. Baginya, itu hanya membuatkan
orang lain susah hati. Pastinya, dia tidak suka menyusahkan orang.
“
Betul okey?” Husna menyoal, penuh lemah lembut.
Ayu
terdiam, menunduk. Air mata menitis, membasahi pipi.
“
Enti, Allah dah tak sayang ana,ke?” aju Ayu. Nadanya sedikit sebak, seolah
menahan tangisan.
“
Kenapa enti cakap macam tu?” begitu lembut Husna membalas.
“
Macam-macam ujian menimpa ana, Husna. Mak ayah ana bercerai semasa ana
Tingkatan 1, masing-masing pergi membawa haluan masing-masing dan meninggalkan
ana dengan nenek. Sekali setahun sahaja mereka menjenguk ana, Husna. Itu pun
masa raya. Neneklah tempat ana bergantung kasih, mengharap sayang. Tapi,
sekarang nenek ana dah tiada. Sekarang, ana nak tinggal dengan siapa? Bila
bercuti, ana menumpang di rumah saudara. Segan, Husna. Ana segan menyusahkan
orang. Yuran sekolah pun ditanggung Pak Su. Kasihan Pak Su, terpaksa menanggung
yuran pengajian ana yang tinggi, sedangkan gajinya sebagai pemandu teksi itu
tidaklah seberapa. SPM pun makin hampir. Tapi, banyak lagi silibus yang ana tak
boleh catch up. Periksa hari tu,
banyak yang fail. Entahlah, ana rasa
sia-sia ana ambil SPM. Result cemerlang pun, tak boleh nak ke mana-mana IPT
untuk sambung belajar. Pembiayaan sekarang bukannya murah. Adik-adik QC ana pun
entah kenapa… Ana rasa, apa yang ana sampaikan dalam QC sedikit pun tak sampai
ke hati adik-adik. Entahlah, Husna.. Ana rasa, ana hidup ni untuk menyusahkan
orang saja. Baik ana tak payah hidup.”
Ayu
kembali menangis. Husna sedikit terkejut. Dia tidak pernah menyangka sahabatnya
yang selama ini dilihat begitu kuat dan ceria, sebenarnya ditimpa
bermacam-macam masalah. Sebenarnya, dia tidak pernah tahu bahawa Ayu tinggal
bersama neneknya. Dia sedikit kesal dengan dirinya yang tidak begitu prihatin
dengan keadaan sahabatnya. Sedangkan, selama ini, dia bersungguh-sungguh
menghidupkan suasana ukhuwwah fillah di sekolah. Apa guna kesungguhannya itu jika dengan
sahabat sendiri pun ukhuwwahnya masih renggang. Husna beristighfar panjang,
kesal.
“
Ayu, Allah uji ikut kemampuan, kan? “
“
Ya. Ana tahu itu. Tapi, ini berat, Husna. Berat.”
“
Ayu, ada orang yang ujiannya lagi berat. Enti masih ada mak ayah dan enti kenal
mereka. Ada orang yang ditinggalkan mak ayah sejak kecil. Mereka tak kenal pun
erti kasih sayang. Enti masih ada nenek, Pak Su, keluarga yang menyayangi enti.
Malah, enti juga ada kawan-kawan dan guru yang sedia membantu. Enti beruntung,
Ayu. Enti beruntung sebenarnya..”
“
Apa yang untungnya ana, Husna? Ana tak beruntung..”
“ Enti
beruntung sebab sekurang-kurangnya, enti pernah merasai kasih sayang mak ayah
enti. Ana tak. Sejak kecil, ana duduk dengan keluarga Zul. Parents ana orang
sibuk, Ayu. Bila balik cuti, mereka selalu tiada di rumah. Ana sunyi duduk kat
rumah sorang-sorang. Adik-beradik pun tiada. Sebab itulah, ana lagi suka duduk
di asrama, walaupun rumah ana dekat. Apapun, ana tetap bersyukur, walaupun
hakikat itu terpaksa kita telan. Sebab ujian itu nikmat. Getir itu menyebabkan
kita tabah. Tapi, ana yakin satu hakikat. Rahmat Allah itu sangat luas, Ayu,
sangat luas.”
Suasana
duha itu hening. Matahari bersinar terang, tidak begitu terik. Husna dan Ayu
diam, larut dalam emosi dan memori masing-masing. Ya, semua manusia itu diuji
dan pernah merasa detik kegelapan dan kegagalan dalam hidupnya. Tanpa derita,
bagaimana mungkin seseorang itu memperbaiki dirinya.
“
Ayu, ana nak kongsi dengan enti satu sajak yang ana suka. Ana simpan dalam
dompet. Ke mana-mana ana pergi, ana bawa. Sebab baitnya memujuk ana untuk terus
kuat. Nah, cuba tengok ni, “ ujar Husna, menghulurkan sekeping kertas kepada
Ayu.
Dalam
esak tangisnya, Ayu mula membaca.
Puisi Warna Bahagia
Adakala
kita perlu kepada derita
Biar
dihargai erti bahagia
Bukanlah
senang seperti disangka
Adakala
jatuh itu adalah perlu
Biar
nanti terasa manisnya erti bangun itu,
Untuk
engkau terus usaha tanpa jemu.
Dunia
sepi tanpa itu semua,
Hidup
kaku hilangnya warna,
Kalau
yang wujud hanyalah warna bahagia.
Sedih,
jatuh, derita dan terluka,
Adalah
juzuk warna hidup kita,
Yang
dengannya,
Kita
belajar mensyukuri harga bahagia,
Yang
dengannya,
Kita
belajar untuk terus bangun mengejar syurga.
~[051211]~
Afdholul
Rahman CA
Irbid
Puisi
Warna Bahagia
1508
Langit
Illahi.
Ayu tersentuh. Dia terdiam sejenak. Tidak
semena-mena, dia bangkit menghadap kiblat, lalu mengerjakan sujud syukur. Husna
terpaku, bingung dengan tindakan sahabatnya yang seorang itu. Seketika
kemudian, Ayu bangkit dari sujudnya lalu menadah tangan berdoa. Husna turut
mengangkat tangan, meng-amin-kan doa sahabatnya itu.
“ Husna, terima kasih, “ ujar Ayu, menatap wajah Husna.
Matanya masih sembam. Tetapi, kelihatan ada sinar di situ. Bibirnya
juga mula mengukir senyuman.
“ Sama-sama. Maaf kalau ana tak menjadi sahabat yang baik buat enti.”
“ Tak. Patutnya, ana yang ucap terima kasih kepada enti. Sebab enti adalah
sahabat terbaik ana.”
“ Apa yang enti doa tadi?” soal Husna.
“ Nak tahu? Hm.. Ana doa, supaya Allah kabulkan semua permintaan enti.
Enti doa apa?”
“ Ana doa, supaya Allah izinkan kita sama-sama beriringan masuk ke
syurga nanti.”
Air mata Ayu menitik. Dia begitu terharu dengan sahabatnya yang
seorang itu. Husna hanya tersenyum. Matanya berkaca, namun, tidak tumpah.
“ Husna,” ujar Ayu.
“ Hm?” Husna menoleh. Pandangan mereka bersatu.
“ Uhibbukifillah.”
“ Uhibbukifillah aidhan.”
Sinar duha itu menyaksikan dua sahabat yang berukhuwah kerana Allah,
memperbaharui dan memperteguh hubungan mereka. Mereka berpelukan erat. Rasa
sayang itu mengalir, seolah memancarkan cahaya di segenap penjuru alam.
Burung-burung berkicau riang, menyanyikan lagu irama kehidupan. Ukhuwah, bukan
untuk diperjuangkan, tetapi, ia adalah natijah daripada iman. Jika ukhuwah itu
lemah, maka, yang perlu dikuatkan itu ialah iman. Ya, iman itu menjadi paksi!
***
Sudah hampir tiga bulan aku
menjadi adik angkat Abang. Selama itu jugalah, aku berasa hidupku sangat
bahagia. Senang kata, aku merasakan dunia ini aku yang punya! Segala
keinginanku dipenuhi. Pernah suatu ketika, Abang menurut apabila aku
mengajaknya menemani aku membeli-belah di Mall. Sebenarnya, Kak Ayu pernah
menegur tindakanku yang satu ini, entah mengapa, nasihat itu sekadar bermain di
cuping telinga. Ia tidak tembus ke hati.
“ Zul, isu abang angkat adik angkat ini sebenarnya tidak dibolehkan.
Ia jalan menuju zina. Sebenarnya, konsepnya sama dengan couple. Namanya saja
yang lain. Hubungan antara lelaki dan perempuan ajnabi, tetap tidak dibolehkan,
melainkan melalui perkahwinan yang sah. Ana pesan sekarang, supaya enti tak
menyesal nanti. Sebab bila seorang tu betul-betul sayang pada kita, dia akan
hormat kita. Lelaki yang gentleman takkan berani sentuh perempuan. Tapi lelaki
yang lebih gentleman takkan berani sentuh hati perempuan. ”
Begitulah pesanan Kak Ayu. Tetapi, bagiku, selagi aku tidak
bersentuhan, membuka aurat atau berzina, menjadi adik angkat Abang itu masih okey.
“ Assalamualaikum. Jauh menung, Zul.”
Aku tersentak. Kuangkat sedikit wajah. Setentang denganku, Munawar
sedang berdiri tegak, persis sedang berkawad. Di tangannya, ada satu bungkusan
berbalut kemas.
“ Waalaikumussalam. Eh, tak ada lah.. Bungkusan untuk siapa? Apa di
dalamnya?”
“ Hm.. Agak-agak?”
“ Ntah,” ujarku, mengangkat kening.
“ Rahsia.”
“ Hish, abang adik pun main rahsia-rahsia,ek?”
“ Ya.”
“ Sampai hati.”
“ Nak tahu?”
Aku mengangguk.
“ Isinya jubah. Abang nak bagi pada someone yang special buat Abang.”
Aku sedikit teruja. Jubah? Someone special? Aku mula merasa ada
sesuatu yang tidak kena.
“ Tapi, Abang memerlukan bantuan Zul,” sambung Munawar lagi, sedikit
tersenyum.
“ Huh?”
“Abang nak Zul bagi ni pada kakak Zul.”
“ Kakak?”
“ Ya, kakak angkat Zul.”
Aku semakin bingung. Setakat yang aku tahu, aku hanya ada abang
angkat. Tak pernah ada kakak angkat. Eh, melainkan…
“ Kak Husna? ”jawapanku membuatkan Munawar tersengih lebar.
“ Ya. Kalau Zul nak tahu, Abang dah lama jatuh hati pada dia.
Macam-macam Abang try untuk dekati dia. Tapi, satu haprak pun dia tak layan.
Dia hebat, macam mawar. Cantik, tapi, penuh dengan duri. Abang pernah ajak dia
untuk berjumpa, tapi, dia tetap enggan. Segala surat dan hadiah yang Abang
beri, dia pulangkan semula. Katanya,hatinya sudah dicuri dia. Tapi, Abang tahu
yang Abang tak boleh berputus asa. Masih ada peluang. Jadi, Abang perlukan Zul
untuk dapatkan Husna.”
Lidahku seakan terkunci. Rasa kecewa yang teramat sangat. Paling
utama, rasa dikhianati dan diperbodoh-bodohkan. Mataku mula berkaca.
“ Eh, kenapa nangis?” aju Munawar.
Aku masih membisu. Terasa kesal kerana tidak mengendahkan nasihat Kak
Ayu. Abang bukanlah lelaki gentlemen. Hakikatnya, dari segi zahir, semuanya
hebat. Tetapi, cuba ditanya soal iman, hm…
“ Zul minta maaf. Zul tak nak jadi adik angkat Abang dah. ”
Munawar resah. Dia sedar yang dia sudah terlepas cakap. Namun, apakah
daya? Terlajak kapal boleh diundur, terlajak kata, badan binasa. Cepat-cepat
dia memujuk.
“ Ala.. Abang gurau saja tadi. Nak tengok Zul cemburu ke tak. Cemburu
kan tanda sayang? Sebenarnya..”
“ Sebenarnya Abang nak gunakan Zul untuk rapat dengan Kak Husna ,kan?
No way, Abang, or I should say Mr M! Not even once! Enta mungkin boleh tipu ana
tentang adik angkat lah, abang angkat lah, terangkat-angkat lah. Tapi, tentang
Kak Husna, enta tak akan dapat dekat dengan dia walau setapak!”luah aku,
menggenggam penumbuk.
“ Hey.. Relax lah.. Ana tak buat apa-apa pada enti, okey? Ana tak
pernah pun cakap ana sayang enti sebagai adik. Enti yang berlebih-lebih anggap
ana sebagai Abang..”
“ Heh, wait a minute , sir. Bukan ke enta yang beria-ia memujuk ana
supaya jadi adik angkat enta?”
“ Bila masa ana beria-ia? Bukan
enti yang pilih untuk jadi adik angkat ana?”
“ Hish, dasar lelaki tak gentlemen langsung!”
“ Ana lelaki gentlemen,okey?”
“ Ya? Kak Ayu kata, lelaki yang gentleman takkan berani sentuh
perempuan. Tapi lelaki yang lebih gentleman takkan berani sentuh hati
perempuan.”
Munawar mendengus benci. Dia sedar bahawa dia di ambang kegagalan. Dia
gagal mengawal emosi dan amarah. Panas baran, itulah tabiatnya sejak kecil.
“ Ana sekadar berusaha untuk dekati Husna. Itu saja. Salah ke
berusaha? Allah sendiri suruh berusaha, “ ucap Munawar.
“ Ya, tapi, matlamat tak menghalalkan cara.”
Aku dan Munawar sama-sama menoleh ke arah pintu. Ustaz Zahazan
tercegat di situ. Perlahan-lahan, beliau melangkah masuk. Riak mukanya serius.
“ Er.. Ustaz, buat apa kat sini? “ aju Munawar, terketar-ketar.
“ Hm.. Sepatutnya Ustaz yang tanya enta Munawar, apa yang enta buat di
sini? ”
“ Er..”
“ Nak mengulang sejarah tahun lepas, kah? Tak serik lagi? “
Ustaz Zahazan merenung Munawar tajam. Aku terpinga-pinga. Apa kisah
tahun lepas? Ada sesuatu yang berlaku melibatkan Munawar kah?
***