Pages

Wednesday, December 30, 2009

SeRuAn iTu..



Bismillahirrahmanirrahim

Ku biarkan pena menulis

Ku biarkan kalam berbicara

Ku biarkan minda berfikir
Firman Allah:
"Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan diatas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka,mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan.Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.(al-Furqan : 63-64)

Alhamdulillah bersyukur kita sekalian kepada Tuhan yang tidak henti-henti memberikan kita kesempatan dan nikmat untuk teru hidup di atas muka bumiNya
Dalam ayat diatas dapat kita simpulkan bahawa sifat seorang dai ada 3 perkara :

1)Tawadhu'(rendah diri)
Ramai mungkin dikalangan dai yang asyik menceritakan kelebihan diri dan menganggap dirinya terbaik berbanding yang lain tanpa menyedari hakikat dirinya

2)Balasan yang baik
Sifat seorang dai itu apabila dicerca,dihina,dimaki hendaklah bersabar dan membalasnya dengan mengucapkan kata-kata yang hasanah dan mendoakan yang terbaik untuk madu'nya
"Apabila kita dibaling dengan batu,hendaklah kita membalasnya dengan buah" (al-Banna)

Begitu juga dengan kisah ketika di Taif diimana Baginda Ar-Rasul dibaling batu hingga berdarah sehingga datang malaikat bertanyakan kepada Nabi adakah Baginda mahu bumi Taif itu diterbalikkan,Namun Baginda menyatakan jika tidak mereke beriman dan menerima ajaran ini anak cucu mereka mungkin satu hari nanti kan menerimanya dan Baginda berdoa:
"Ya Allah berilah hidayah kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui"

3)Bangun munajat di malam hari
Perkara yang mungkin sukar bagi kita untuk melazimkan diri bangun bertahajjud di tengah malam.Namun persepsi ini perlu diubah khususnya bagi para duat kerana tahajud itu sendiri merupakan kekuatan bagi merapatkan lagi hubungan dengan Allah dan meneruskan perjuangan membawa amanah dan risalah yang berat ini.

Firman Allah :
"Sesungguhnya kami akan menurunkan perkataan(amanah) yang berat kepada kamu"
(al-Muzzammil:5)

Disini juga penulis menitipkan sebuah lirik nasyid perjuangan sebagai renungan untuk kita terus bersemangat dalam membawa risalah agung ini di lembaran yang baru bagi 1430 H/2010M..Selamat Tahun Baru ye semua...

Munsyid : Izzatul Islam
bersama ikhwah dalam LKD
Hai Mujahid Muda
Maju kehadapan
Sibakkan penghalang
Satukan tujuan
Kibarkan panji Islam dalam satu barisan
Bersama berjuang kita junjung keadilan
Jangan bimbang ragu
Tetaplah melaju
Hapus bayang semu
Di lubuk hatimu
Bergerak kedepan bagai gelombang samudra
Lantakkan tirani runtuhkan angkara murka
MAjulah wahai mujahid muda
Dalam satu cita tegak keadilan
Singkarkan batas satukan kata
Kebangkitan ISlam telah datang

Tuesday, December 29, 2009

AKU XX, ENGKAU XY




Kita takkan pernah sama
Baik sekepala, mahupun satu rasa.
Apatah lagi untuk punya satu hati, satu jiwa.

Sebab sudah terbukti kita telah berbeza dari segi jenis kromosom nya

Aku XX manakala engkau XY.
Masakan kita boleh sama?

Aku dikatakan kuno,
Hanya kerana diriku mempertahankan apa yang kufahami dari agama aku.
Aku diperlakukan olehmu seolah-olah aku sudah ketinggalan zaman,
hanya semata apa yang aku perjuangkan selama ini.

Engkau katakan aku tidak matang, perlakuanku seperti anak kecil,
hanya kerana bila aku tidak mahu menuruti kemahuanmu.

Aku diperkatakan oleh engkau sebagai seorang perempuan yang berfikiran tertutup,
tidak 'world' dan kononnya aku ini perempuan berlagak baik
kononnya aku ini 'jual mahal'

Namun, aku tidak akan boleh menghalangmu dari berfikiran sebegitu,
kerana ku tahu engkau mungkin tidak tahu
kerana aku tahu engkau mungkin belum faham.

Aku mahu engkau ketahui tentang keadaan diriku
Diriku telah dididik oleh Tuhanku dengan pendidikan tak terkira hebatnya
Diriku yang telah dijaga seperti menatang minyak yang penuh oleh emak dan ayah,
ditarbiyah oleh para guru tercinta
supaya menjaga maruahku
Supaya memelihara kehormatan diriku.
Supaya aku dapat menjadi wanita yang tegas dalam mempertahankan prinsipnya

Prinsip tetap prinsip
Syariat tetap syariat

Bahawa lelaki dan perempuan itu takkan punya alasan untuk ada perkaitan
melainkan bila ada urusan, melainkan keadaan sangat-sangat darurat
melainkan keadaan sangat-sangat memerlukan untuk kita berhubungan.

Antara aku dan engkau, tidak akan punya ikatan
takkan boleh ada hubungan antara hati-hati
melainkan bila takdir Tuhan menetapkan bahawa kita bakal disatukan.

Benar, hanya itu yang benar-benar halal
buat diriku dan dirimu jua.


Oh ya, aku telah lama menetapkan bahawa antara kita punya jurang yang sangat luas
antara kita punya hijab fizikal yang sudah aku tanam sejak sekian lama
Dan bila ku dapati hijab luaran ini semakin teguh berdiri,
maka hatiku juga sudah terhijab dengan sendirinya

Benar, hatiku telah terhijab agar tidak punya sebarang hubungan dengan dirimu

Kerana aku sudah faham,
maka ku harap suatu hari nanti engkau dapat memahaminya juga

Kerana aku mahu mencintai Dia dahulu, utamakan Dia dahulu
Kerana aku lebih mahu mendahulukan Tuhanku melebihi yang lain.


p.s: Semua ini adalah untuk cik XX(baca=CIK bukan ENCIK) Sila tabahkan hati. Sila jadi kuat dalam mempertahankan prinsipmu.


dicopy-paste dari sister Cairo;
http://fathiyyah.blogspot.com/2009/12/aku-xx-engkau-xy.html

Sunday, December 20, 2009

Why UsRaH no SuCCeSs???


Bismillahirrahmanirrahim

Mungkin post kali ini penulis ingin mengutarakan beberapa persoalan untuk kita renungkan
Sejak kebelakangan ini pelajar-pelajar HIDAYAH dilihat semakin mencabar dan pening kepala dibuatnya untuk mencari solusi yang terbaik untuk mengatasi masalah pelajar yang kian meruncing..Namun kita dapat lihat salah satu faktor utama kenapa pelajar-pelajar menjadi demikian adalah kerana usrah yang dijalankan adalah kurang muntijah(kurang berkesan)

Berikut adalah faktor-faktor kenapa usrah yang dijalankan kurang berkesan :

1)Naqib/naqibah tak ikhlas bawa usrah(bawa kerana sekolah suruh..tak de ruh)

2)Isu yang dibawa dalam usrah
(isu lapuk..dah lai n bosan dgn topik yg dibincangkan)

3)communication skill nuqaba' lemah

4)Tak faham lagi konsep urah yang sebenar adalah bermula selepas tasbih kafarah


5)Tak pandai buka hati anak usrah


6)Kurang mengenali anak usrah


7)Biarkan anak usrah masa cuti
(tak de follow up)

8)Anak usrah tak rasa macam dalam usrah


9)Naqib/ah tak yakin bawa usrah


10)Cuba tiru gaya naqib/ah lain tapi tak sesuai dgn diri sendiri

11)Anak usrah tak respect sebab:


-naqib/ah nampak tak bersedia

-naqib/ah jumud (sempit)fikiran

-naqib/ah tak tahu isu terkini

-naqib/ah tak dapat jawab banyak soalan yang ditanya

12)perangai/peribadi di luar usrah teruk
(tak cerminkan diri sebagai naqib/ah)

Sunday, November 29, 2009

Fahamilah usrah ini



Bismillah,

Ada sesuatu yang ana ingin kongsikan.


Awal tahun,Ana terjumpa satu blog ni: ustaz2engineer.blogspot.com

Dia adalah naqib usrah. Jadi, ana ambil kesempatan utk bertanyakan ttg kekeliruan utk bawa usrah. Sememangnya ana baru membawa usrah dan terus-terang, ana masih tak jelas lagi, kenapa perlu bawa usrah. Jadi, pada awal tahun tu, ana bagi testi kat ustaz tu.Ana tulis macam ni...(di bawah)


-----------------------------------------------

Ana adalah antara pengunjung blog ustaz.

banyak ana dapat pengisian melalui blog ustaz. Jazakallah.

Nampaknya, ustaz prnh melalui usrah dn ustz sndr pun adalah naqib, kan.

(melalui pembacaan ana ). Sebenarnya saya adalah masalah yg agak besar

ttg usrah, kalau boleh ana nk minta nasihat ustz mmndgkn ustz lbh ber

pengalaman dlm usrah.

sebenarnya, ana masih tak faham lagi kepentingan usrah dan bagaimana

mengendalikannya biarpun ana sndr adlh naqibah. Ana masih bersekolah

lagi ; form 4 dan ana jadi naqibah utk form 3. Sebetulnya, ana tlh

dilantik m¡¯jadi Pembimbing Rakan Sebaya di sekolah, sebab itulah ana

jd naqibah. tp sbnrnya ana masih tak mahir utk berusrah. Kesian adik2

usrah ana, naqibah sndr tek reti berusrah.

terima kasih bnyk2 ustz.

......................................................................................................................................

Salam ukhwah fillah buat adik ……

Maafkan saya kerana terlalu lambat untuk respon tentang permasalan yang dihadapi

oleh adik……maklumlah internet tiada di rumah.

Awwalan, seorang naqib sangat penting untuk memahami apa itu usrah.

Di sini saya highlightkan beberapa perkara penting yang perlu diketahui secara umumnya.

  1. Mengetahui makna usrah – keluarga, satu unit kecil terdiri daripada fardil muslim.

  2. Mengetahui matlamat usrah – memahami asas2 Islam, pembentukan individu muslim dalam menegakkan syiar Islam.

  3. Usrah bukan sekadar majlis ilmu semata-mata. Bincangkan isu semasa dll.

  4. Pelaksanaan biarlah fleksible (murunnah) supaya mad’u tidak bosan.

  5. Perlu memenuhi 4 elemen di dalam usrah (roh, hati, akal, nafsu).

  6. Perlu menghayati rukun usrah (taaruf, tafahum, takaful).

Setakat ini sahaja yang mampu saya coretkan. Adik perlu sentiasa merujuk masalah kepada yang lebih arif,

juga perlu hayati perkara yang saya highlightkan di atas.

Insyallah, moga success!

--------------------------------------

Yang kat atas ni pula, maklum balas dari ustaz tu.
Alhamdulillah, ana dapat secebis kefahaman ttg macam mana nak bawa usrah, dan sebenarnya kenapa ana bawa usrah.

Kepada adik-adik nuqaba', ana faham perasaan antum ttg susahnya nak bawa usrah. Dahla tetiba je dilantik jd prs, manalah kita tau nak bawa usrah macam mana dan kita sendiri pun tak faham kenapa kena usrah. Yang kita tahu, kita pergi mdp dan suka ambil ilmu dari naqib kita.Yang kita faham, mdp tempat kongsi ilmu yang kita tak tau. Tu je kan.

Tapi, sekarang, kita kena faham erti sebenar usrah. Kenapa kena bawa usrah. Ana nasihatkan, tanyalah nuqaba' senior atau ustaz ustazah tarbiah. Jangan dok diam je , tak tau.Kesian anak-anak buah kita.Jangan sampai usrah kita...kosong.

Dalam pemahaman ana, usrah bukan je tempat diskusi ilmiah, tapi juga satu kumpulan kecil yang kita dapat untuk bentuk mereka.Bimbing mereka. Bina diri mereka jadi orang yang faham agama. Jadi soleh dam musleh. Kenalkan mereka dengan pencipta. Bentuk mereka dengan 10 Muwasafat tarbiah.

Kita nak dirikan semula daulah islamiah di atas bumi ni. Jadi, mana boleh kita je yang dirikan. Kena ramai. Satu masyarakat kena fahama islam, baru boleh tertegak. Jadi, camne nak buat masyarakat faham, kenalah buat usrah. Macam tu...

Antum tahu kan, maratib amal:

individumuslim-baitulmuslim-masyarakatmuslim-daulahislamiah-khilafah-ustaziatulalam


Kalau betul kita faham tentang usrah ni, kita akan sedar, usrah bukan ketika ada mdp je. Bukan usrah dalam penyampaian je, tp usrah ni berakhir dengan al-fatihah, dan dimulakan selepas tasbih kifarah.

Usrah bukan sekadar penyampaian, tapi, usrah pun boleh dalam bentuk riadah, chatting, jaulah, dan macam2 lagi. apapun yang boleh bentukkan jiwa anak buah, pun boleh dikatakan kita sedang berusrah. Tengah bual2 kosong pun, adalah usrah.

Sebab, penyampaian ni sekadar memberi input tentang islam kepada anak buah, jadi bila di luar mdp, adalah praktikal hasilnya.kita bukan saja nak bentuk pemikiran anak buah, tapi bantu bentuk jasmani, rohani, emosi dan semangatnya. Sebabtulah dikatakan, usrah ada waktu riadah. Orang Islam nikan kena kuat jasmaninya, jadi kita boleh buat usrah dalam bentuk riadah.

Baiklah, insya-allah sampai di sini sahaja. Harap antum faham dan banyakkan baca buku tentang usrah. Supaya antum lagi faham, why we're taking and bringing usrah, okey.

Dakwah Nabi, tak jumud

Bismillah,

Tentang dakwah..

MAKNA DAKWAH

Dakwah manusia kepada Allah dengan hikmah dan pengajaran yang baik sehingga
mereka meninggalkan perkara taghut (melampaui batas) dan beriman kepada Allah
untuk mengeluarkan mereka dari kegelapan jahiliah kepada
cahaya Islam

ramai yang pernah dengar tentang dakwah,

Dah tahu...dan dah faham.

Tapi, sejauh mana kita faham, bagaimana dakwah bil hikmah tu.


Malah kita tidak perlu lari jauh, kerana pendekatan dakwah Nabi SAW juga kaya dengan cerita. Ketika baginda SAW berusaha membina jiwa yang kental di kalangan para sahabat untuk bertahan dengan tekanan dan penindasan yang dilakukan oleh Kuffar Mekah, baginda SAW tidak preaching semata-mata.

“Bersabarlah… sabar itu sebahagian dari iman”

“Jika tidak sanggup berkorban, jangan cakap tentang perjuangan”

Apakah itu nada Nabi SAW mentarbiyah sahabat?

Pendekatan baginda SAW sungguh kal ke jiwa sahabat, baginda SAW tidak hanya berceramah atau berdialog secara ‘ilmiah’. Baginda bercerita.

Untuk maksud dan faham sabar itu terserlah hidup. Sungguh manusiawi. Antara elemen penting, adalah pada memanfaatkan cerita.

Demi menerapkan maksud dan faham sabar ke jiwa para sahabat, baginda SAW mendatangkan misalnya kisah Ashab al-Ukhdud. Kisah yang membekas di jiwa setiap sahabat yang mendengarnya. Malah jiwa itu diketuk-ketuk pula dengan irama surah al-Buruj yang ‘merasuk’. Mesej untuk meneguhkan iman… disampaikan dengan lenggok bahasa yang tinggi, bermain dengan ragam bahasa, rhyme () secara efektif dan tidak menjemukan.

Mesej Rabbani itu disampaikan secara yang sungguh hidup lagi manusiawi, bukannya kaku, sejuk dan beku.

Nabi SAW sangat banyak menyampaikan cerita, tetapi cerita itu difaham oleh kita sebagai Hadith. Apabila cerita dilihat sebagai hadith, maka kita berfikir secara yang sangat teknikal, hingga unsur-unsur kemanusiaan dalam pendekatan Nabi SAW tercicir daripada proses pengambilan itu.

Dakwah yang dikatakan berteraskan sunnah jadi sungguh hambar, bosan, tidak lagi seperti dakwah Nabi SAW yang hidup, bertenaga lagi manusiawi.

Lihat, sebenarnya, dakwah ni tak membosankan pun...cuma kita yang tersilap membuatkan ianya bosan...

Dakwah tu akan jadi sangat teknikal, dan takkan terasa pun kat hati mad'u ,kalau kita tak betul-betul faham guna hati... akal bukan gerak sendiri je, tapi hati pun melakukan prosesnya serentak dengan akal.

*dipetik dari laman dakwah

Thursday, November 26, 2009

Rehlah 13/11/2009

Bismillahirahmanirahim....

alhamdulillah pada 14/10/09 lujnah kharijii dibawah org PRS telah mengadakan rehlah+da'wah(ReDha) di hutan bandar mutiara rini.(sori lambat). seramai 25+ peserta telah menghadiri program. amat menyedihkan (???) bbrp orang peserta yang sepatutnya hadir tidak hadir atas alasa2 tertentu. tapi tak pe.....


mungkin pada zahirnya program ini bermula pada 14 nov sebenarnya program ini telah bermula pada malam sebelumnya. pada malam tersebut peserta yang terdiri daripada PRS f3 & f4 telah di sajikan dengan pengisian yang diberikan oleh ustaz Abdul Rahman. apabila ustaz memulakan pengisianya, secara tak langsung peperangan bermula dianta mns dan syaitan a.k.a tidur. ade yang tewas, ade juge yang menang. adat peperangan. beruntunglaha mereka yang menang. selesai shj sajian pertama, maka datanlah pula pencuci mulut penambah selera yang telah di sajikan oleh abg f5. mereka telah menyajikan kami dengan nasihat hot n spicy lagi bermakna kepada kami generasi pelapis.( just kidding, jgn marah ye). semoga dengan nasihat itu dapat memberi impak yang besar kpd da'wah di sekolah...thnks...

seperti yang dirancang, pada pagi itu kami bangun qiam dlm pukul 5 kot. malang x berbau, hanya bbrp orang shj yang menang dlm pertarungan menentang nafsu tidur..huh...qiam diteruskan.

selesai shj ma'thurat, rohani kami dihidangkan sekali lagi dengan kuliah subuh ustaz. alhamdulillah semua menang dengan syaitan.

DI HUTAN BANDAR


menunggu...bdk2 lain

=.=
|
__



guru MPP bersama MPP. ketua dan timbalan ketua pelajar.

hmm...

2+3=5









unlucky, someone kick the the ball in to the lake. not him in the picture someone else. he just trying to save the ball by watching...

gaye 10/10

pak cik Roslan(ammar g11) memberi taklimat macam mana nak edarkan risalah to non muslim.
Berbekalkan 2 pempelet dan sekeping CD kami berpecah berpasangan. f4 dan f3. secara tak langsung timbul pelbagai cara untuk memancing non muslim ni. ade yang berjoging sampai mandi peluh, ade yang buat-buat tak tahu kawad(padahal staff sarjan) dan dll. seronok juga dapat pengalaman macam ni. ini adalah kami pertama kami menyebarkan risalah. thanks pak cik...



lets the challenge begin


ust Iswan



huhuh...

syihan the HEAD student



just like kampung boy...

ust Omar





diharapkan dengan selesai sudah program ini dapat meningkatkan tahap ukhuwah diantara kita supaya dapat memecut bersama-sama.













Sunday, November 22, 2009

bismillahirahmanirahim....

Pejam-pejam celik mata,rupanya musim persekolahan 2009 dah habis.Macam-macam ada,dari semanis-manis nostalgia kepada sepahit-pahit kenangan.

Baton kepimpinan PRS pun sudah bertukar tangan. ketua yg dahulunya di pegang oleh syafiq sudahpun betukar kepada syihan. semoga dengan kepimpinan yang baru ini kereta kebaikan dapat mendahului kereta jahiliyah yang semakin mmecut kehadapan. kalau nak dikira (final velocity - initial velocity) over time kereta jahiliyah semakin tinggi sedangkan kereta kebaikan tidak constant. mana taknya madah berhenti utuk betulkan kereta je. jumlah penyokong kereta jahliyah di grandstand semakin bertambah sedangkan penyokong2 kereta kebaikan semakin berkurangan. Persepsi mereka terhadap kereta kebaikan semakin meleset lantas penghijrahan beramai-ramai menggunakan active transport ke tempat penyokong kereta jahiliyah. pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh penyokong kereta jahliyah untuk menarik penyokong kereta kebaikan. campur tangan orang luar juga memainkan peranan penting dlm menarik mereka ini. walaupon di tempat penyokong kebaikan mereka telah merancang seribu satu perancangan slacknya perancangan mereka sekadar perancangan yang hebat tanpa diterjemahkan dalam bentuk amal. gaye 10.

begitu lah perumpamaan yg dapat diberikan, pelajar yang menyeru kepada kemungkaran dan mencegah kepada kemungkaran semakin berkurangan sedangkan pelajar yang menyeru kearah keburukan dan mencegah keburukan semakin bertambah. mengapa boleh terjadi begini. tu lah persoalan yang sering terapung dipikiran.

setelah beberapa tahun sokalah ditubuhkan, tahap 'kemarketan' sekolah bertambah. maka, ramai lah ibu bapa berpusu-pusu menghantar anaknya ke sekolah ni dengan harapan dapat merubah anak mereka kpd kebaikan. last resort. secara tak langsung pelbagai jenis ideologi masuk sekaligus seribu satu budaya muncul.

sedikit pengkongsian untuk kita semua terutamanya kepada mereka yang berstatus 'pelajar SMIH'. mungkin skopnya kecil tapi kalau yang kecil tak lepas, yang besar tak perlu nk cerita. diharapkan kita dapat mengamalkan perkara2 ini.



Islah Nafsaka,Wa Nad'u Ghairak
a)Ia bermaksud "Perbaiki diri kamu DAN serulah yang lain".
b)Manusia ciptaan Allah ini serba-serbi tak sempurna(melainkan Muhammad S.A.W),perlulah sentiasa membaiki kualiti diri:

* Hubungan dengan Allah[ibadah]
* Hubungan dengan manusia[ibu bapa,guru,rakan dll]
* Seimbang antara kepimpinan,akademik,kokurikulum & sahsiah[tanggungjawab sebagai pelajar]

c)Bertindak sebagai pemimpin pelajar a.k.a pendakwah,perihal memperbaiki diri mestilah berlaku seiring dengan gerakan dakwah.
d)Sebagai orang yang membawa mesej dakwah,tambahkan ilmu agama dalam dada dan perbaikilah akhlaq diri kita.

Perbetulkan Niat,Satukan Matlamat
a)Gerak kerja kita di muka bumi Allah ini pasti menuju ke arah matlamat yang utama,iaitu mencari REDA ALLAH.
b)Ikhlaskan hati dalam menyumbang ke arah pembangunan organisasi PRS ini,kerana bukan setakat sijil koku yang dicari,insya Allah keikhlasan itu bakal Allah ganjari.
c)Jika sepakat seluruh ahli PRS dalam mengejar matlamat utama ini(REDA ALLAH),insya Allah salah faham dan pertikaian dapat diminimumkan,prestasi dioptimumkan.
d)Perlu diingat,dalam melaksanakan tugas sebagai pendakwah,seimbangkan prestasi akademik dahulu,kerana ia amanah ibu bapa kita!


Kenali S.W.O.T[Strengths,Weaknesses,Oppourtunities,Threat]
a)Untuk mencapai matlamat @ pelaksanaan aktiviti,seorang pemimpin perlu sentiasa menganalisis 4 aspek ini[Kekuatan,Kelemahan,Peluang,Ancaman] baik analisis diri sendiri,analisis anak buah anda mahupun analisis aktiviti yang telah kita jalankan.
b)Tahu kekuatan dan kelemahan peribadi dan anak buah,penting dalam kecekapan proses mengagihkan tugas kelak.
c)Cekap menggunakan peluang yang ada dan mengatasi ancaman akan lebih memudahkan tugas.
Optimumkan Anak Buah a.k.a Pelapis Anda
a)Pengorbanan terbesar seorang pemimpin yang hebat ialah MENGHASILKAN PELAPIS LEBIH HEBAT DARI DIRINYA.
b)Setelah mengetahui kekuatan&kelemahan anak buah@pelapis anda,berikannya peluang terlibat dalam tugasan yang mengasahkan bidang kekuatannya atau tugas yang membaiki bidang kelemahannya.
c)Pada waktu yang sesuai,beri anak buah@pelapis peranan yang lebih penting seperti ketua projek bagi memberinya peluang untuk menonjolkan diri.

I'llAH tu shj yang dapat dikongsikan. teruskanlah menjadi orang yang menyuburkan Islam di dalam diri,membaja bumi SMIH dengan iklim diini.Niatkan semuanya Lillahi Taala. Salam perjuangan ...

p/s:Doakan diri penulis tidak berbual berapi.

Saturday, October 31, 2009

fahamilah-DUHAIQUDWAH


Aplikasi Computer Dalam Kehidupan

Hiasi interface wajah dengan menundukkan pandangan.
Jaga monitor pancaindera dengan perkakasan keimanan.
Defrage ketulan hati dengan asuhan Al-Quran dan zikrullah.
Scandisk amalan dengan uswatun hasanah.
Clean up partition dosa² lama dengan taqarrub padaNYA...
Scan virus hasutan iblis laknatullah dengan benteng iman dan keyakinan padaNYA.
Refresh lah kecintaan hakiki padaNYA dengan segera dan selalu memohon keampunan NASUHA.
Copy, Cut dan Paste akhlak mulia sahabat beriman.
Restart lah kehidupan sementara yg seakan-akan temporary internet files yang sebelumnya dibelenggu cookies kejahatan dan noda.
Clear history lama dalam recycle bin dunia...
Ayuh... restartlah atau ctrl + alt + delete segala kegelapan..

^^,

P/S: Duhai qudwah, bagaimana iman anda, ibadah anda? Yuk refresh iman yaumiyan!

Saturday, October 24, 2009

>>TaRbIyAtuNA<<

Nantikan kemunculannya pada minngu depan!!

Tema: Muhasabah Akhir Tahun & Persedian untuk Peperiksaan
Harga: RM 1.00

Dapatkannya daripada PRS Ting. 3,4,5 S.M. Islam Hidayah, JB.

Friday, October 16, 2009

SyAbAb HaRaPaN uMaT



Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana diberi juga kesempatan untuk kami nuqaba' tingkatan 5 untuk adakan slot bersama adik-adik pada Majlis Nuqaba' kali terakhir untuk kami..Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar

Sukanya untuk kami kami kongsikan bersama adik-adik sekalian sedikit lirik nasyid untuk santapan dan renungan kita semua.

Munsyid: Edcoustic
Tajuk: Remaja Peduli
Halo kawan, sahabat muslim tercinta
Kita sambut kemenagan bahagia
Mari kawan, ikutlah bersama kami
Membela risalah Islam di dunia

Remaja peduli, pintar dan mandiri
Giat berprestasi ku persembahkan untuk Ilahi
Bersatu berjihad dalam dakwah Islam
Diatas panji Al-Quran dan As-Sunnah.

hari-hari SPM semakin mendekati...
Kami mohon pd MU TUHAN agar permudahkan segala urusan kami...
Kau bantulah kami disaat genting ini...
Kau berilah ilham kepada kami ketika kami sedang berperang...
Kau berilah kemenangan kepada kami dengan memberi KEJAYAAN yang cemerlang
kepada kami....

Kami mohon kepada kalian yang sedang membaca post ini...
dapat mendoakan kejayaan diri kami ini...
agar dengan kejayaan diri kami dapat membantu menaikkan nama ISLAM diserata dunia...
inilah target kami 10A+ 11A+ 12A+ 13A+...
semoga dengan bantuan doa dari kalian dan diadunkan dengan usaha kami serta
digaul dengan pertolongan dari ALLAH...
diri kami dapat mencapai target yang dihajati..
selain itu, kami berharap kalian dapat mendoakan kami iaitu BATCH 11 SMIH
bagi mencapai target GPK kami iaitu 2.3...