Bismillah,
Ada sesuatu yang ana ingin kongsikan.
Awal tahun,Ana terjumpa satu blog ni: ustaz2engineer.blogspot.com
Dia adalah naqib usrah. Jadi, ana ambil kesempatan utk bertanyakan ttg kekeliruan utk bawa usrah. Sememangnya ana baru membawa usrah dan terus-terang, ana masih tak jelas lagi, kenapa perlu bawa usrah. Jadi, pada awal tahun tu, ana bagi testi kat ustaz tu.Ana tulis macam ni...(di bawah)
-----------------------------------------------
Ana adalah antara pengunjung blog ustaz.
banyak ana dapat pengisian melalui blog ustaz. Jazakallah.
Nampaknya, ustaz prnh melalui usrah dn ustz sndr pun adalah naqib, kan.
(melalui pembacaan ana ). Sebenarnya saya adalah masalah yg agak besar
ttg usrah, kalau boleh ana nk minta nasihat ustz mmndgkn ustz lbh ber
pengalaman dlm usrah.
sebenarnya, ana masih tak faham lagi kepentingan usrah dan bagaimana
mengendalikannya biarpun ana sndr adlh naqibah. Ana masih bersekolah
lagi ; form 4 dan ana jadi naqibah utk form 3. Sebetulnya, ana tlh
dilantik m¡¯jadi Pembimbing Rakan Sebaya di sekolah, sebab itulah ana
jd naqibah. tp sbnrnya ana masih tak mahir utk berusrah. Kesian adik2
usrah ana, naqibah sndr tek reti berusrah.
terima kasih bnyk2 ustz.
......................................................................................................................................
Salam ukhwah fillah buat adik ……
Maafkan saya kerana terlalu lambat untuk respon tentang permasalan yang dihadapi
oleh adik……maklumlah internet tiada di rumah.
Awwalan, seorang naqib sangat penting untuk memahami apa itu usrah.
Di sini saya highlightkan beberapa perkara penting yang perlu diketahui secara umumnya.
Mengetahui makna usrah – keluarga, satu unit kecil terdiri daripada fardil muslim.
Mengetahui matlamat usrah – memahami asas2 Islam, pembentukan individu muslim dalam menegakkan syiar Islam.
Usrah bukan sekadar majlis ilmu semata-mata. Bincangkan isu semasa dll.
Pelaksanaan biarlah fleksible (murunnah) supaya mad’u tidak bosan.
Perlu memenuhi 4 elemen di dalam usrah (roh, hati, akal, nafsu).
Perlu menghayati rukun usrah (taaruf, tafahum, takaful).
Setakat ini sahaja yang mampu saya coretkan. Adik perlu sentiasa merujuk masalah kepada yang lebih arif,
juga perlu hayati perkara yang saya highlightkan di atas.
Insyallah, moga success!
--------------------------------------
Yang kat atas ni pula, maklum balas dari ustaz tu.
Alhamdulillah, ana dapat secebis kefahaman ttg macam mana nak bawa usrah, dan sebenarnya kenapa ana bawa usrah.
Kepada adik-adik nuqaba', ana faham perasaan antum ttg susahnya nak bawa usrah. Dahla tetiba je dilantik jd prs, manalah kita tau nak bawa usrah macam mana dan kita sendiri pun tak faham kenapa kena usrah. Yang kita tahu, kita pergi mdp dan suka ambil ilmu dari naqib kita.Yang kita faham, mdp tempat kongsi ilmu yang kita tak tau. Tu je kan.
Tapi, sekarang, kita kena faham erti sebenar usrah. Kenapa kena bawa usrah. Ana nasihatkan, tanyalah nuqaba' senior atau ustaz ustazah tarbiah. Jangan dok diam je , tak tau.Kesian anak-anak buah kita.Jangan sampai usrah kita...kosong.
Dalam pemahaman ana, usrah bukan je tempat diskusi ilmiah, tapi juga satu kumpulan kecil yang kita dapat untuk bentuk mereka.Bimbing mereka. Bina diri mereka jadi orang yang faham agama. Jadi soleh dam musleh. Kenalkan mereka dengan pencipta. Bentuk mereka dengan 10 Muwasafat tarbiah.
Kita nak dirikan semula daulah islamiah di atas bumi ni. Jadi, mana boleh kita je yang dirikan. Kena ramai. Satu masyarakat kena fahama islam, baru boleh tertegak. Jadi, camne nak buat masyarakat faham, kenalah buat usrah. Macam tu...
Antum tahu kan, maratib amal:
individumuslim-baitulmuslim-masyarakatmuslim-daulahislamiah-khilafah-ustaziatulalam
Kalau betul kita faham tentang usrah ni, kita akan sedar, usrah bukan ketika ada mdp je. Bukan usrah dalam penyampaian je, tp usrah ni berakhir dengan al-fatihah, dan dimulakan selepas tasbih kifarah.
Usrah bukan sekadar penyampaian, tapi, usrah pun boleh dalam bentuk riadah, chatting, jaulah, dan macam2 lagi. apapun yang boleh bentukkan jiwa anak buah, pun boleh dikatakan kita sedang berusrah. Tengah bual2 kosong pun, adalah usrah.
Sebab, penyampaian ni sekadar memberi input tentang islam kepada anak buah, jadi bila di luar mdp, adalah praktikal hasilnya.kita bukan saja nak bentuk pemikiran anak buah, tapi bantu bentuk jasmani, rohani, emosi dan semangatnya. Sebabtulah dikatakan, usrah ada waktu riadah. Orang Islam nikan kena kuat jasmaninya, jadi kita boleh buat usrah dalam bentuk riadah.
Baiklah, insya-allah sampai di sini sahaja. Harap antum faham dan banyakkan baca buku tentang usrah. Supaya antum lagi faham, why we're taking and bringing usrah, okey.
6 comments:
sepanjang penglibatan ana dalam usrah serta kesan usrah pada ana ketika di sekolah mahu pun di universiti...
Alhamdulillah ana masih setia dengan usrah sebab ana faham...kalau tak memang malas nak ikut...
ok, saje nak bagi secebis pandangan..
Usrah merupakan elemen terkecil tarbiyyah yang ada dalam sistem tarbiyyah kita. Walau pun ia elemen terkecil, ia tetap yang paling penting. Matlamatnya adalah mencapai puncak tertinggi maratib amal.
Ia berperanan membentuk individu muslim yang faham, ikhlas dan mampu beramal seperti dalam 10 muwasafat tarbiyyah. Usrah juga berperanan memantau perkembangan kefahaman dan amal yang dilakukan mad'u. Itu yang ada mutaba'ah amal.
namun demikian, usrah biasanya jadi bosan mungkin disebabkan naqib yang kurang memahami serta usrah tidak dinamik. Usrah juga sering difahami dalam konteks "sitting (halaqah, liqa')" sahaja.
Tapi hakikatnya, usrah bermula sebaik sahaja tamat tasbih kafarah dalam halaqah hingga lah bermula semula al-fatihah untuk halaqah minggu berikutnya.
dalam tempoh inilah naqib sepatutnya berperanan memantau amal mad'u serta melihat kefahaman mad'u tersebut. Dalam tempoh ini juga ukhuwah itu dibina bagi mengukuhkan ikatan usrah itu. Ziarah dilakukan, khabar di tanyakan. Semua ini bertujuan untuk membentuk individu muslim yang faham dan mampu beramal dengan ikhlas agar puncak tertinggi maratib amal tercapai.
Sepatutnya usrah itu menjadi dinamik dan maju agar mad'u yang lahir juga akan menjadi dinamik. Bila ummatnya dinamik, maka ummat ini akan jadi dinamik untuk menggerakkan dunia.
Walau pape pun, ini seklias pandangan daripada ana. Moga ia bermanfaat.
Antum juga boleh lihat blog seorang ikhwah UPM berkaitan usrah di sini. Menarik kupasan beliau. Moga boleh ambil ikhtibar.
Ana harap generasi baru hidayah boleh memperbaiki keadaan agar bila antum masuk IPT nnt, antum tak payah nak kena start balik daripada awal (bende nie biase berlaku kat budak SMI), tapi boleh terus menggerakkan dakwah bersama-sama ikhwah-ikhwah senior yang lain.
Wallahu'alam.
salam, suke ana utk kongsi satu quote, "usrah bukanlah medan menyampaikan materi ataupun silibus, tapi medium utk membentuk jundi"
barakallahufeekum.
"Usrah merupakan elemen terkecil tarbiyyah yang ada dalam sistem tarbiyyah kita. Walau pun ia elemen terkecil, ia tetap yang paling penting." -yamashita-
umpama pasir-pasir yang menbentuk gunung-ganang.. matlamat besar.. mencorak peribadi 'besar'..
erti usrah ni sebenarnya sangat meluas.
...kerana usrah adalah kehidupan...
seseiapa yang faham secara mendalam erti usrah ni, akan faham apa itu bahagia.
Naqibah ana pernah beritahu bahawa hakikat usrah bermula apabila kita baca tasbih kafarah dan surah al Asr(tutup majlis usrh). Kita perlu punya hubungan yg baik dgn mad'u..itulah yg berat rasanya..
Selemah macam manapun iman kita, jangan tinggal usrah..
Post a Comment