Pages

Wednesday, December 30, 2009

SeRuAn iTu..



Bismillahirrahmanirrahim

Ku biarkan pena menulis

Ku biarkan kalam berbicara

Ku biarkan minda berfikir
Firman Allah:
"Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan diatas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka,mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan.Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.(al-Furqan : 63-64)

Alhamdulillah bersyukur kita sekalian kepada Tuhan yang tidak henti-henti memberikan kita kesempatan dan nikmat untuk teru hidup di atas muka bumiNya
Dalam ayat diatas dapat kita simpulkan bahawa sifat seorang dai ada 3 perkara :

1)Tawadhu'(rendah diri)
Ramai mungkin dikalangan dai yang asyik menceritakan kelebihan diri dan menganggap dirinya terbaik berbanding yang lain tanpa menyedari hakikat dirinya

2)Balasan yang baik
Sifat seorang dai itu apabila dicerca,dihina,dimaki hendaklah bersabar dan membalasnya dengan mengucapkan kata-kata yang hasanah dan mendoakan yang terbaik untuk madu'nya
"Apabila kita dibaling dengan batu,hendaklah kita membalasnya dengan buah" (al-Banna)

Begitu juga dengan kisah ketika di Taif diimana Baginda Ar-Rasul dibaling batu hingga berdarah sehingga datang malaikat bertanyakan kepada Nabi adakah Baginda mahu bumi Taif itu diterbalikkan,Namun Baginda menyatakan jika tidak mereke beriman dan menerima ajaran ini anak cucu mereka mungkin satu hari nanti kan menerimanya dan Baginda berdoa:
"Ya Allah berilah hidayah kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui"

3)Bangun munajat di malam hari
Perkara yang mungkin sukar bagi kita untuk melazimkan diri bangun bertahajjud di tengah malam.Namun persepsi ini perlu diubah khususnya bagi para duat kerana tahajud itu sendiri merupakan kekuatan bagi merapatkan lagi hubungan dengan Allah dan meneruskan perjuangan membawa amanah dan risalah yang berat ini.

Firman Allah :
"Sesungguhnya kami akan menurunkan perkataan(amanah) yang berat kepada kamu"
(al-Muzzammil:5)

Disini juga penulis menitipkan sebuah lirik nasyid perjuangan sebagai renungan untuk kita terus bersemangat dalam membawa risalah agung ini di lembaran yang baru bagi 1430 H/2010M..Selamat Tahun Baru ye semua...

Munsyid : Izzatul Islam
bersama ikhwah dalam LKD
Hai Mujahid Muda
Maju kehadapan
Sibakkan penghalang
Satukan tujuan
Kibarkan panji Islam dalam satu barisan
Bersama berjuang kita junjung keadilan
Jangan bimbang ragu
Tetaplah melaju
Hapus bayang semu
Di lubuk hatimu
Bergerak kedepan bagai gelombang samudra
Lantakkan tirani runtuhkan angkara murka
MAjulah wahai mujahid muda
Dalam satu cita tegak keadilan
Singkarkan batas satukan kata
Kebangkitan ISlam telah datang

0 comments: