Pages

Sunday, November 22, 2009

bismillahirahmanirahim....

Pejam-pejam celik mata,rupanya musim persekolahan 2009 dah habis.Macam-macam ada,dari semanis-manis nostalgia kepada sepahit-pahit kenangan.

Baton kepimpinan PRS pun sudah bertukar tangan. ketua yg dahulunya di pegang oleh syafiq sudahpun betukar kepada syihan. semoga dengan kepimpinan yang baru ini kereta kebaikan dapat mendahului kereta jahiliyah yang semakin mmecut kehadapan. kalau nak dikira (final velocity - initial velocity) over time kereta jahiliyah semakin tinggi sedangkan kereta kebaikan tidak constant. mana taknya madah berhenti utuk betulkan kereta je. jumlah penyokong kereta jahliyah di grandstand semakin bertambah sedangkan penyokong2 kereta kebaikan semakin berkurangan. Persepsi mereka terhadap kereta kebaikan semakin meleset lantas penghijrahan beramai-ramai menggunakan active transport ke tempat penyokong kereta jahiliyah. pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh penyokong kereta jahliyah untuk menarik penyokong kereta kebaikan. campur tangan orang luar juga memainkan peranan penting dlm menarik mereka ini. walaupon di tempat penyokong kebaikan mereka telah merancang seribu satu perancangan slacknya perancangan mereka sekadar perancangan yang hebat tanpa diterjemahkan dalam bentuk amal. gaye 10.

begitu lah perumpamaan yg dapat diberikan, pelajar yang menyeru kepada kemungkaran dan mencegah kepada kemungkaran semakin berkurangan sedangkan pelajar yang menyeru kearah keburukan dan mencegah keburukan semakin bertambah. mengapa boleh terjadi begini. tu lah persoalan yang sering terapung dipikiran.

setelah beberapa tahun sokalah ditubuhkan, tahap 'kemarketan' sekolah bertambah. maka, ramai lah ibu bapa berpusu-pusu menghantar anaknya ke sekolah ni dengan harapan dapat merubah anak mereka kpd kebaikan. last resort. secara tak langsung pelbagai jenis ideologi masuk sekaligus seribu satu budaya muncul.

sedikit pengkongsian untuk kita semua terutamanya kepada mereka yang berstatus 'pelajar SMIH'. mungkin skopnya kecil tapi kalau yang kecil tak lepas, yang besar tak perlu nk cerita. diharapkan kita dapat mengamalkan perkara2 ini.



Islah Nafsaka,Wa Nad'u Ghairak
a)Ia bermaksud "Perbaiki diri kamu DAN serulah yang lain".
b)Manusia ciptaan Allah ini serba-serbi tak sempurna(melainkan Muhammad S.A.W),perlulah sentiasa membaiki kualiti diri:

* Hubungan dengan Allah[ibadah]
* Hubungan dengan manusia[ibu bapa,guru,rakan dll]
* Seimbang antara kepimpinan,akademik,kokurikulum & sahsiah[tanggungjawab sebagai pelajar]

c)Bertindak sebagai pemimpin pelajar a.k.a pendakwah,perihal memperbaiki diri mestilah berlaku seiring dengan gerakan dakwah.
d)Sebagai orang yang membawa mesej dakwah,tambahkan ilmu agama dalam dada dan perbaikilah akhlaq diri kita.

Perbetulkan Niat,Satukan Matlamat
a)Gerak kerja kita di muka bumi Allah ini pasti menuju ke arah matlamat yang utama,iaitu mencari REDA ALLAH.
b)Ikhlaskan hati dalam menyumbang ke arah pembangunan organisasi PRS ini,kerana bukan setakat sijil koku yang dicari,insya Allah keikhlasan itu bakal Allah ganjari.
c)Jika sepakat seluruh ahli PRS dalam mengejar matlamat utama ini(REDA ALLAH),insya Allah salah faham dan pertikaian dapat diminimumkan,prestasi dioptimumkan.
d)Perlu diingat,dalam melaksanakan tugas sebagai pendakwah,seimbangkan prestasi akademik dahulu,kerana ia amanah ibu bapa kita!


Kenali S.W.O.T[Strengths,Weaknesses,Oppourtunities,Threat]
a)Untuk mencapai matlamat @ pelaksanaan aktiviti,seorang pemimpin perlu sentiasa menganalisis 4 aspek ini[Kekuatan,Kelemahan,Peluang,Ancaman] baik analisis diri sendiri,analisis anak buah anda mahupun analisis aktiviti yang telah kita jalankan.
b)Tahu kekuatan dan kelemahan peribadi dan anak buah,penting dalam kecekapan proses mengagihkan tugas kelak.
c)Cekap menggunakan peluang yang ada dan mengatasi ancaman akan lebih memudahkan tugas.
Optimumkan Anak Buah a.k.a Pelapis Anda
a)Pengorbanan terbesar seorang pemimpin yang hebat ialah MENGHASILKAN PELAPIS LEBIH HEBAT DARI DIRINYA.
b)Setelah mengetahui kekuatan&kelemahan anak buah@pelapis anda,berikannya peluang terlibat dalam tugasan yang mengasahkan bidang kekuatannya atau tugas yang membaiki bidang kelemahannya.
c)Pada waktu yang sesuai,beri anak buah@pelapis peranan yang lebih penting seperti ketua projek bagi memberinya peluang untuk menonjolkan diri.

I'llAH tu shj yang dapat dikongsikan. teruskanlah menjadi orang yang menyuburkan Islam di dalam diri,membaja bumi SMIH dengan iklim diini.Niatkan semuanya Lillahi Taala. Salam perjuangan ...

p/s:Doakan diri penulis tidak berbual berapi.

4 comments:

Unknown said...

ok.katakata semangat macam da ada.jom gerakkan.nak mula dari mana?aa.sekarang ni da boleh kira apa yang ada kat sekolah hidayah tu la ada kat dunia luar.(boleh ke kata macam tu.bagi ku,apart la.)so,dapat islahkan yang kat hidayah,dapat la islahkan yang kat luarluar.dapat survive kat hidayah,dapat la survive kat luar.dapat istiqamah kat hidayah,IA dapat la istiqamah kat luar.kalau rasa korang bosan time cuti,time ni la nak buat planning untuk digerakkan time sekolah nanti.jom fikirkan bersama.ku+kalian.

ammar93 said...

mula dari mane??.. hmm kne rujuk ketua...

p/s semoga dpt bwt plan bersama..WE...huhu

syafiq yusof said...

penulisan yang bermakna

keluhan said...

ya...ke'market'an sekolah, dh makin meluas. sepatutnya pelajar masuk krn nak belajar ttg agama, suka dgn nilai islam.
tp, skrg ada yg masuk sbb mak ayah suruh dan juga sbb kononya sekolah ni bagus sangat,,,elit lah katakan. sbb tu tarbiyah kita nk tolong bagi, mereka bend macam tu je