Pages

Sunday, November 29, 2009

Dakwah Nabi, tak jumud

Bismillah,

Tentang dakwah..

MAKNA DAKWAH

Dakwah manusia kepada Allah dengan hikmah dan pengajaran yang baik sehingga
mereka meninggalkan perkara taghut (melampaui batas) dan beriman kepada Allah
untuk mengeluarkan mereka dari kegelapan jahiliah kepada
cahaya Islam

ramai yang pernah dengar tentang dakwah,

Dah tahu...dan dah faham.

Tapi, sejauh mana kita faham, bagaimana dakwah bil hikmah tu.


Malah kita tidak perlu lari jauh, kerana pendekatan dakwah Nabi SAW juga kaya dengan cerita. Ketika baginda SAW berusaha membina jiwa yang kental di kalangan para sahabat untuk bertahan dengan tekanan dan penindasan yang dilakukan oleh Kuffar Mekah, baginda SAW tidak preaching semata-mata.

“Bersabarlah… sabar itu sebahagian dari iman”

“Jika tidak sanggup berkorban, jangan cakap tentang perjuangan”

Apakah itu nada Nabi SAW mentarbiyah sahabat?

Pendekatan baginda SAW sungguh kal ke jiwa sahabat, baginda SAW tidak hanya berceramah atau berdialog secara ‘ilmiah’. Baginda bercerita.

Untuk maksud dan faham sabar itu terserlah hidup. Sungguh manusiawi. Antara elemen penting, adalah pada memanfaatkan cerita.

Demi menerapkan maksud dan faham sabar ke jiwa para sahabat, baginda SAW mendatangkan misalnya kisah Ashab al-Ukhdud. Kisah yang membekas di jiwa setiap sahabat yang mendengarnya. Malah jiwa itu diketuk-ketuk pula dengan irama surah al-Buruj yang ‘merasuk’. Mesej untuk meneguhkan iman… disampaikan dengan lenggok bahasa yang tinggi, bermain dengan ragam bahasa, rhyme () secara efektif dan tidak menjemukan.

Mesej Rabbani itu disampaikan secara yang sungguh hidup lagi manusiawi, bukannya kaku, sejuk dan beku.

Nabi SAW sangat banyak menyampaikan cerita, tetapi cerita itu difaham oleh kita sebagai Hadith. Apabila cerita dilihat sebagai hadith, maka kita berfikir secara yang sangat teknikal, hingga unsur-unsur kemanusiaan dalam pendekatan Nabi SAW tercicir daripada proses pengambilan itu.

Dakwah yang dikatakan berteraskan sunnah jadi sungguh hambar, bosan, tidak lagi seperti dakwah Nabi SAW yang hidup, bertenaga lagi manusiawi.

Lihat, sebenarnya, dakwah ni tak membosankan pun...cuma kita yang tersilap membuatkan ianya bosan...

Dakwah tu akan jadi sangat teknikal, dan takkan terasa pun kat hati mad'u ,kalau kita tak betul-betul faham guna hati... akal bukan gerak sendiri je, tapi hati pun melakukan prosesnya serentak dengan akal.

*dipetik dari laman dakwah

3 comments:

The doctor Of Thugonomic said...

salam..menarik tulisan awak...cuma satu saya rasa saya dan awk selalu lupa..kadang kala bila kita usrah depan ramai org kita bagi nasihat adakah kita fikir kita dah lakukan ke belum?
kalau belum tu adalah nasihat percakapan nafsu
kalau sudah tu adalah nasihat dari yang maha esa dilalui dari kita...maaf kalau tulisan saya ini agak kasar.
saya nak tanya satu soalan pada awk..
apakah itu mursyid lagi siddiq?saya ingin tau pendapat dan apa yang awk paham tentang maksud tu..diharap awk dapat balas komen saya ini...terima kasih,,wassalam

ars1422 said...

Rasanya, mursyid maknanya penunjuk jalan atau dalam bahasa sekaran jawatan tersebut dipanggil "penasihat".Dalam konteks harakah Islam Mursyid adalah jawatan tertinggi. Adapun as siddiq itu mudahnya 'benar' tp jika di nilai secara terperinci maka ia terangkum dalam karakter seorang Sahabat Nabi saw yang mulia iaitu Abu Bakar as siddiq r.a...wa'alam...

ansar said...

"mursyid lagi siddiq"

mursyid=pembimbing/penunjuk
siddiq =benar

bagi konteks peribadi seorang dai', ia perlu mursyid dan siddiq. Ia perlu berperwatakan pembimbing yang membimbing dan menunjukkan kepada manusia erti sebenar hidup.

Dan ia mesti menjadi orang yang sentiasa bersikap benar kerana ia bawa kebenaran. Nilai-nilai yang dibawanya adalah benar kerana risalah yang dibawanya adalah benar.