Pages

Tuesday, December 29, 2009

AKU XX, ENGKAU XY




Kita takkan pernah sama
Baik sekepala, mahupun satu rasa.
Apatah lagi untuk punya satu hati, satu jiwa.

Sebab sudah terbukti kita telah berbeza dari segi jenis kromosom nya

Aku XX manakala engkau XY.
Masakan kita boleh sama?

Aku dikatakan kuno,
Hanya kerana diriku mempertahankan apa yang kufahami dari agama aku.
Aku diperlakukan olehmu seolah-olah aku sudah ketinggalan zaman,
hanya semata apa yang aku perjuangkan selama ini.

Engkau katakan aku tidak matang, perlakuanku seperti anak kecil,
hanya kerana bila aku tidak mahu menuruti kemahuanmu.

Aku diperkatakan oleh engkau sebagai seorang perempuan yang berfikiran tertutup,
tidak 'world' dan kononnya aku ini perempuan berlagak baik
kononnya aku ini 'jual mahal'

Namun, aku tidak akan boleh menghalangmu dari berfikiran sebegitu,
kerana ku tahu engkau mungkin tidak tahu
kerana aku tahu engkau mungkin belum faham.

Aku mahu engkau ketahui tentang keadaan diriku
Diriku telah dididik oleh Tuhanku dengan pendidikan tak terkira hebatnya
Diriku yang telah dijaga seperti menatang minyak yang penuh oleh emak dan ayah,
ditarbiyah oleh para guru tercinta
supaya menjaga maruahku
Supaya memelihara kehormatan diriku.
Supaya aku dapat menjadi wanita yang tegas dalam mempertahankan prinsipnya

Prinsip tetap prinsip
Syariat tetap syariat

Bahawa lelaki dan perempuan itu takkan punya alasan untuk ada perkaitan
melainkan bila ada urusan, melainkan keadaan sangat-sangat darurat
melainkan keadaan sangat-sangat memerlukan untuk kita berhubungan.

Antara aku dan engkau, tidak akan punya ikatan
takkan boleh ada hubungan antara hati-hati
melainkan bila takdir Tuhan menetapkan bahawa kita bakal disatukan.

Benar, hanya itu yang benar-benar halal
buat diriku dan dirimu jua.


Oh ya, aku telah lama menetapkan bahawa antara kita punya jurang yang sangat luas
antara kita punya hijab fizikal yang sudah aku tanam sejak sekian lama
Dan bila ku dapati hijab luaran ini semakin teguh berdiri,
maka hatiku juga sudah terhijab dengan sendirinya

Benar, hatiku telah terhijab agar tidak punya sebarang hubungan dengan dirimu

Kerana aku sudah faham,
maka ku harap suatu hari nanti engkau dapat memahaminya juga

Kerana aku mahu mencintai Dia dahulu, utamakan Dia dahulu
Kerana aku lebih mahu mendahulukan Tuhanku melebihi yang lain.


p.s: Semua ini adalah untuk cik XX(baca=CIK bukan ENCIK) Sila tabahkan hati. Sila jadi kuat dalam mempertahankan prinsipmu.


dicopy-paste dari sister Cairo;
http://fathiyyah.blogspot.com/2009/12/aku-xx-engkau-xy.html

1 comments:

ars1422 said...

Jzkk, satu perkongsian yang amat bermanfaat.
Anak-anakku, teguhkanlah pendirian ini kerana kamu berpengan kepada al Haq yang hakiki.
Ingatkan kisah Ikrimah yang amat menarik di ceritakan oleh utz zahazan. Beliau adalah anak Abu Jahal, dan telah di asuh utk memerangi Islam. Hingga ayahnya gugur di Badar, maka semakin kuat tekadnya utk memerangi Islam bersama Abu Sufian.
Waktu di uhud, ikrim bersama khalid al walid telah melumpuhkan pasukan Muslimin hingga menimbulkan kecelaruan di barisan muslimin.
Musrikin quraisy telah bergembira dengan kejayaan ini dan mengangapnya telah menebus kekalahan di Badar.
Anak-anakku, tahukah kita Ikrimah di akhir hidupnya telah menjadi seorang sahabat yang amat Mulia dan tokoh ketika peperangan Yarmuk.Hingga Khalid al Walid berkata kepada beliau lantaran melihat kesungguhan luar biasanya dalam menebas, menerkam musuh yg amat ramai itu ( ada riwayat mengatakan 200 000 )."wahai ikrimah jangan kamu berbuat begini, kerana aku bimbang jika engkau gugur pasti ia akan melemahkan semangat tentera muslimin yang lain". Jawab ikrim "wahai khalid, biarkanlah daku,aku lebih kemudian memeluk Islam dari engkau.Biarlah ia menjadi penebus dosaku kerana lari dari Muhammad s.a.w sewaktu beliau hidup":- anak-anakku perhatikanlah kata-kata ikrimah ini,alangkah indahnya.....begitu teguhnya iman Ikrimah,begitu menyesalnya terhadap kesalahan lampau.Moga kita mencontohinya walau dimana kita berada.
Di sinilah kita menemukan kisah yang masyhur; iaitu, ikrimah telah mendapat luka yg parah ia telah di rawat.Sewaktu kehausan ia meminta air, maka terdengar Haris ( pak ciknya ) meminta air maka ia berkata berikanlah kepada Haris, sewaktu air samapai kemulut Haris, terdengar Dhirar memimta air maka di suruhnya memberikan kepada dhirar, akhirnya ketiga-tiganya meninggal tanpa sempat meminum air tersebut".....jzkk