Pages

Sunday, May 17, 2009

Leptospirosis dan selsema babi VS Penyakit Haaaaaaaaaaatiiiiiiiiiii!!!!!

Tengah lepak-lepak study Akaun, tetiba ana tertarik untuk membaca akhbar semalam. Tak disangka-sangka ternampak pula leptospirosis. Pada mulanya agak bengong kepala bila baca penyakit ni tapi rupanya penyakit ini bawaan haiwan. Penyakit ini disebabkan air yg tercemar kepada najis haiwan contohnya air kencing tikus.



Apa benda pula kaitannya dengan penyakit hati...?Jawapannya, antum pikirlah sendiri.... Ala gurau je. Penyakit hati ni disebabkan oleh pengaruh persekitaran yang kurang enak lakunya. Bukanlah maksud ana penyakit hati tu ada kaitan dengan terlebih toksik ke atau racun dalam badan tetapi penyakit suka kepada maksiat yang merasuk jiwa masyarakat sekarang ini. Jangan lah asyik sebut remaja sahaja yang terkena penyakit ini akan tetapi bahananya telah mengenai semua peringkat umur seperti penyakit selsema babi yang menyerang tanpa mengira bangsa,agama,warna kulit dan negara.Seperti mana yang kita dapat lihat budaya syaitanisme yang mula menyusup masuk kedalam hati-hati masyarakat kini. Bukan setakat mula nak masuk bahkan sudah menular seperti kanser tahap 4. Semakin banyak maksiat berleluasa semakin hebat tahap penularan penyakit hati atau budaya syaitanisme dalam masyarakat.(Hypothesis awal) jap lagi (inference).



Penyakit hati tidaklah jauh bezanya dengan leptospirosis ataupun penyakit fizikal yang lain yang boleh diubati dengan hanya memberi ubat dengan sukatan yang tertentu, cumanya penyakit hati juga perlu diubat dengan ubat tertentu. Nak tahu bagaimana untul mengubat hati? Rajin-rajinkanlah diri untuk membuka Al-Quran dan Hadis. Di dalamnya ada jalan penyelesaiannya.






The conclusion acceptable....





p/s: Penulisan kali ini lebih berbentuk santai dan bersahaja kerana minggu ini minggu exam dan agak tertekan.

1 comments:

Unknown said...

santai lagi best.