Tuesday, May 26, 2009

KeRaNa CiNtA



Kerana Cinta
Album : Kerana Cinta
Munsyid : In-Team, Mestica

cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan kita pula
kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara

hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..

Ku dedikasikan lagu ini kepada semua yang sedang hangat dibuai mimpi cinta
Sesungguhnya cinta itu tak salah kerana ia adalah fitrah lebih-lebih lagi sebagai seorang yang meningkat remaja

Cuma ia perlu diletakkan pada tempatnya yang betul dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah dan tidak melanggar syariat Islam

Ku seru kepada semua duhai sahabat kembalilah kita meletakkan cinta kita pada tempat yang sepatutnya..hanya kepada yang Esa kerana itulah cinta yang hakiki

Belum masanya lagi untuk kita meluahkan isi hati kita kepada orang yang kita cintai itu kerana itu semua adalah mainan syaitan dan dunia

yang bisa menghanyutkan kita...
yang bisa mengelirukan kita...
yang bisa menghancurkan masa depan kita...

Ingatlah kita ada satu tugas yang lebih utama dan besar iaitu sebagai

hamba Allah...
khalifatul ard...
naqib n naqibah...
duat...
pelajar...
calon SPM 09...
anak...
abang...
kakak...
senior...



Sanggupkah kita biarkan masa ini dibazirkan untuk cinta yang tidak hakiki
sedangkan banyak tugas kita belum langsai lagi

Sanggupkah kita melihat ibubapa sedih melihat keputusan kita...
Sanggupkah kita melihat mereka kecewa dengan keputusan kita...
Sanggupkah kita melihat masa depan kita hancur begitu sahaja...
Sanggupkah kita melihat adik-adik kita semua hancur..
Sedarkah kita bahawa keadaan sekolah kita

makin teruk...
makin ramai pelajar menolak tarbiyah...
makin jauh dengan cara hidup Islam...
sampai bila ia akan berlaku...
adakah sekadar melihat...
apa peranan kita...
duhai abang dan kakak batch 11..
kononnya dikatakan sebagai batch terbaik...

segalanya hilang kerana cinta...
hilang kerana kita makin jauh dengan Allah...

adakah kita mahu meninggalkan sekolah tanpa melihat perubahan
perrubahan pada sekolah yang kita cintai ini

Oh Tuhan...
mengapa semua ini terjadi
pada diri kami
pada batch kami

Kembalikanlah kekuatan kami
Satukanlah hati kami
Tunjukilah kami hidayahMu
tunjukilah kami kebenaranMu
yang bisa membezakan yang hak dan yang bathil
Ampunilah dosa kami
Bersihkanlah hati kami dari dosa
Bukakanlah hijab dalam diri kami
supaya kami bisa melihat nilai cinta yang hakiki

3 comments:

Anonymous said...

salam..
sekadar pendapat peribadi..kadang-kadang bila seseorang pelajar itu bercinta,pembelajaran mereka semakin bagus..semakin hanyut dlm cinta semakin smgt mereka utk belajar..tapi 1 hal, mereka lupa kpd Allah swt..sering kali jika menasihatkan remeja ttg cinta,alasan belajar yg akan digunakan..jd mgkn kita kene tekankan benda lain utk menyedarkan mereka..

+akufobia+ said...

DIA nak terus sesatkan dengan cinta yang da salah tu.macam kafir dengan nikmat dunia mereka.semakin dimewahmewahkan untuk kehancuran mereka.untuk mereka tiada lagi hidayah.tapi masih yang belum berjauhan.semoga DIA tunjukkan jalan pulang untuk kalian.semoga DIA mengampunkan dosadosa kalian jika kalian jahil.

adul jr. said...

jom men bola...men cinta xbes..hihi..utk yg komen ats uh..istilah de..istidraj kot..xsilap ana..kne bkk balik bku PSI..xpon PQS..hihi..da lupe da..hade..bola2...