Sunday, May 17, 2009

aku yang makin lemah


............kira kereta.......

Assalamualaikum wbt..pekaba sume?..da makan?..minum?..hihi

Alhamdulillah..dalam masa yang agak terbatas..dapat gk peluang untuk jenguk2 blog nih..moga para nuqaba’ masih terus bersemangat..

So..di sini..ana selitkan satu risalah yang ana sendiri ‘ter’ semangat untuk terus dalam jalan-Nya bile bace ..lebih memahami hakikat kita sebagai remaja yang makin membesar..makin banyak beban..dugaan dan ujian..kerja perlu dilipat ganda..usaha berterusan..dan istiqomah.. jom bace..terbanyak lak songeh..

er..da tajdid niat?..hihi..

You..who are you?..Anda…siapakah anda? Anda adalah pemikul risalah ini. Tandamu ialah benar dan amanah. Anda hendaklah dikenali sebagai seorang yang amanah dan benar.

1. Benarmu adalah pada lidah. Jangan sesekali berdusta kerana seorang beriman bukanlah seorang pendusta. Benarmu juga adalah pada benarnya niat. Jika kamu benar (niat) kerana Allah, nescaya Allah akan membenarkan kamu. Benarmu adalah pada amalan, maka janganlah terkeluar dari manhaj syara’ yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya.

2. Amanah anda adalah amanah dakwah. Janganlah abaikan tanggungjawab ini. Mudah-mudahan kita tidak culas daripada menunaikannya. Amanah ini telah ditolak oleh langit, bumi dan jua gunung apabila ditawarkan kepada mereka. Akhirnya amanah yang berat ini dipikul oleh manusia yang lemah.

Risalah yang kita dokongi ini ialah Islam dengan seluruh kandungannya yang terdapat di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw. Keimanan kita tidak membahagi-bahagikan Islam kepada juzuk-juzuk yang terpisah antara satu sama lain. Islam ini merangkumi aspek pentadbiran negara dan pembangunannya, ketinggian ilmu dan peradabannya, kekuatan ketenteraan dan pertahanan dari sebarang ancaman musuh, kedaulatan sebagai sebuah negara merdeka, kemajuan ekonomi dan sistem kewangan yang kukuh dan pelbagai lagi unsur ini ada di dalam Islam. Kita beriman dengannya sebagaimana kita meyakini Aqidah dan Ibadah di dalam Islam. Semuanya adalah sama.

Bertitik tolak dari kefahaman yang jelas dan terang ini kita bergerak menyebarkan Islam kepada seluruh bangsa manusia di muka bumi ini bermula dari tanah air kita yang tercinta. Semua Nabi-Nabi yang diutuskan Allah swt memulakan perjuangan mereka dengan berdakwah kepada kaum mereka. Nabi Syu’aib untuk kaum Madyan, Nabi Soleh untuk kaum Thamud. Ungkapan dakwah yang diucapkan mereka sangat lembut. Ya Qaumana…Wahai Kaum dan bangsaku. Itulah seni mereka menunaikan perintah Nubuwwah oleh Allah swt ke atas mereka. Sebagaimana mereka diperintahkan, begitu juga kita semua turut diperintahkan menyampaikan risalah. (At-tabligh).

Saudaraku, anda adalah para utusan Rasulullah saw. Di tangan anda sebuah tanggungjawab kenabian yang perlu dilaksanakan dengan segera. Lengah dan leka bukan sifat para utusan agung ini. Ketahuilah lewatnya kita sedetik bermakna lewatlah tarikh kemenangan umat ini. Cuba renungi pengajaran yang terdapat di dalam kisah Lelaki yang dicatatkan dalam surah Ya Sin. ” Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya: Wahai kaumku! Turutilah Rasul-rasul itu”. (19:Ya Sin). Lelaki ini bersegera berlari pantas dari hujung bandar. Iman yang mendalam ke dasar mendorong dirinya untuk berlari seolah-olah masa sudah terlewat. Juga dia berlari dari hujung bandar bukannya dari tempat yang sama. Ini menandakan kesesungguhan lelaki ini melaksanakan amanah yang ada padanya. Dia ingin melepaskan dirinya daripada segala ancaman azab di hari Akhirat nanti. Akhirnya, usaha lelaki itu diganjari Allah swt. “(Setelah dia mati) lalu dikatakan kepadanya: Masuklah ke dalam Syurga. Ia berkata; Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui. Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan (25-26:Ya Sin). Lihatlah kesungguhan dan kecintaan seorang pendakwah kepada kaumnya tidak luntur meskipun dia telah masuk ke dalam Syurga!! Ma Sya Allah! Lelaki itu masih lagi berbicara terkenangkan kaumnya di dunia sedangkan dirinya sudah diredhai Allah dan mengecapi kelazatan nikmat taman-taman syurga.


moga diambil istifadhahnya dan diamalkan..terus semangat dan senyum selalu.end



0 comments: