Monday, May 25, 2009

kandang jua nafsumu..


Assalamualaikum wbt.

Semoga dalam keadaan sihat fizikal, mental dan rohani..

Artikel yang sangat menarik bagi ana untuk dibaca oleh para nuqaba’ sekalian..moga diambil istifadhahnya ya..jom bace!..

cam ade bender je yang lupe…hihi…

seorang murabbi yang mahir faham bahawa dalam urusan tarbiah ia sebenarnya berhadapan dengan tindak-tanduk nafsu anak buahnya. Ia harus memiliki kemahiran bagaimana selok belok mengendalikan tindak tanduk yang lahir dari berbagai tindakbalas nafsu. Jika ia tidak faham atau tidak punya pengalaman mustahil murabbi itu akan berjaya dalam tugasnya mentarbiah anak buahnya.

Nafsu adalah unsur terpenting dalam proses tarbiah Islamiah. Ia adalah paksi kejayaan orientasi tarbiyah manusia keseluruhannya. Silap cara mentarbiah nafsu manusia akan jadi lebih menarik dari sebelumnya, kerana nafsu yang diberi ilmu tetapi tidak ditarbiah lebih tahu menipu daripada nafsu yang jahil.

“Kita dapati ada orang melaksanakann tarbiyah yang berbentuk pengisian maklumat tetapi sangat memanjakan nafsu. Maka lahirlah manusia yang kalimah takwa meniti pada lisannya sahaja tetapi tidak berpijak pada hatinya. Maksudnya lisan berbahasa taqwa tetapi tidak-tanduknya sepenuhnya dicorakkan oleh nafsu yang bebas merdeka tanpa tambatan”.

“Ada juga yang bermetode ruhi atau sentuhan jiwa tetapi sentuhan itu lebih dalam bentuk memujuk dan memanja-manjakan jiwa. Jadi lahir manusia yang tidak “real” dan cuba menunjuk-nunjuk dengan penampilan takwa, menangis, sensitif dan cepat terasa dalam dengan kata-kata ruhi walhal dalam muamalat masya Allah liarnya seakan-akan nafsunya tidak pernah terusik atau pun terdidik”.

Then..

Tarbiah akhirnya ialah cara bagaimana kita berintraksi dengan nafsu. Nafsu perlu dididik, disergah dan dita’dib. Seseorang yang melalui tarbiah harus melalui detik-detik pedih dalam tarbiah nafsu. Bagi ana, seorang yang melalui tarbiah tetapi tidak pernah melalui detik-detik seperti itu, sebenarnya ia belum lagi melalui proses tarbiah yang sebenarnya.

Nafsu sifatnya menipu, munafik, malas, putar belit dan sebagainya. Ia mesti diketuk dan disanggahi dengan tegas. Ia mungkin pedih dan menangis bila disanggah atau dikasari dengan taujih rabbani atau teguran murabbi yang sadiq. Itulah orientasi tarbiah yang membentuk dengan bentukan Islamiyyah yang sebenar sehingga nafsu menjadi lurus dan patuh dengan arahan dan reda dengan ketentuan Allah s.w.t.

“Tidak beriman sesaorang kamu sehingga hawanya mengikut apa yang aku bawa” maksud hadis.

Ikhwah dan akhawat yang ana kasihi,

Murabbi yang benar akan membawa anak buahnya kepada Allah, menikmati ketenangan abadi yang tidak ada tolak bandingnya. Ia merupakan satu pendakian menuju rida dan itmi’nan (rela dan ketenangan hati). Dari satu nafsu yang ammarah dan munafik kepada nafsu yang rela dan tenang.

Ya akhi, saya ulangi ketenangan bukan dengan memuaskan nafsu tetapi dengan mendidiknya sehingga ia faham bahawa kebahagiaan ia pada pergantungan sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Tinggalkan (buang dari dalam hati) pergantungan kepada manusia, harta benda, wang ringgit, segala makhluk dan lain-lain, yang benar hanyalah Allah s.w.t sahaja.

Moga diketuk hati yang kian keras..teguran buat diri sendiri..

adul jr.

jom senyum.end.