Pages

Friday, June 05, 2009

salam ‘alaik.

(hari ni, bangun pukul berapa? belajarlah untuk jadikan setiap hari adalah hari yang terbaik buat kita selagi peluang masih kita kecapi.alhamdulillah!)


bismillah.teruja nak kongsikan sesuatu pada semua! post ini, tiada topik khusus.

alhamdulillah nikmat cahaya..(sehangat waktu dhuha) masih diberi peluang utk rasa buat hari ini.


1..2…3…4…5..9 ya s.e.m.b.i.l.a.n

masih ada 9 hari berbaki sebelum naik sekolah yang panjang. are you ready?

ting..ting..


sayu bila dengar:

Iman tak dapat di..warisi… dari seorang ayah yang bertaqwa…

maksudnya,walau hebat mana ibu bapa kita, belum tentu kita boleh merasai nikmat iman yang mereka rasai.masyaAllah. hibanya bila lihat harapan mereka pada kita.

apa strategi kita utk melimpahi mereka dgn pahala anak soleh? yang berterusan walau mereka sudah tiada.ingatlah,mereka didik kita bukan mengongkong kita itu dan ini.bukan utk menyekat kebebasan dalam diri kita.tapi cara hidup Islam menjadikan kita hidup dengan penuh keistimewaan bila taat kepada Allah.serta mengajar kita supaya cuba menjadi insan yang berguna/bermanfaat terutama untuk Islam serta makhluq dunia seisinya.


Islam itu indah,Islam itu mudah! (teringat ustzh Hamidah pesan waktu form 3)

moga Allah terus kurniakan kita hidayah yang mampu mengatasi nafsu supaya lakukan perintahNya dan meninggalkan yang Allah murka.ameen..


solat?sembahyang. ada rahsia di sebalik kita sembahyang.ada hukama’ berkata:

manusia apabila mendirikan solat, maka Allah akan singkap tabir yang memisahkan antara Allah dan diri manusia itu.Lalu Allah berhadapan dengan manusia itu (mengikut selayaknya bagi Allah)

*bestnya kalau kita melihat Allah.tp nikmat utk di dunia bg org yg khusyu’ dpt berkata dgn Allah dlm jarak yang dekat.bila sujud…masyaAllah, bertambah hampir…


dan apa yang berlaku bila kita sedang menunaikannya?

bangun seluruh malaikat yang ada di langit mendirikan solat melalui solat (kita) itu, dan mengucapkan “aaa…mii..n” di atas segala doa (kita) ketika solat itu.seterusnya (kita) akan ditaburi rahmat kebajikan dari langit hingga ke kepalanya.subhanallah!

maksudnya, dalam masa yang sama= jika seseorang manusia itu solat,memudahkan pintu hatinya di buka utk dilimpahi cahaya hidayah.alhamdulilah…

dan,

segala pintu langit akan dibuka untuk orang yang solat, memudahkan kita memohon rahmat ketika pintu langit terbuka.

*berusahalah untuk mencapai khusyu ketika solat.kunci kejayaan umat Islam.

nak tambah yang lain pula:

tentang mujahadah terhadap diri kita sendiri.

-mintalah Allah pimpin hati kita juga indra yang kita ada utk tidak kufur nikmat.

fikirkan:

~menjauhi perkara2 yang haram (?)

~menjauhi tempat2 yang melalaikan/maksiat (?)

~memelihara pandangan dr anak panah beracun,anak panah iblis (?)

*nak tahu, barangsiapa yang menghindari pandagan yang dilarang kerana takutkan Allah, Allah akan hadiahkan kemanisan iman..bestnya!

ketahuilah:

celaka bagi lelaki kerana wanita,

dan celaka bagi wanita kerana lelaki.

dan…ada sedikit lagi perkongsian;


antara hikmah sebuah ujian yang tak putus2 Allah hadiahkan buat kita:

1.Ujian itu utk meninggikan darjat dan memantapkan kedudukannya bila kita rela,sabar malah memujiNya.

2.Ujian itu sebagai hukuman untuk menghapuskan sebahagian dosa yang kita lakukan

3.Ujian itu untuk menjaga agar kita tidak mencuba sesuatu yang tidak dibolehkan (peringatan)

4. Ujian itu menghalang kita dari musibah/penderitaan yang lebih besar yang kita tak tahu.

5.Ujian sebagai sumber pahala kita bila kita sabar seperti mengalirnya air dalam saluran getah.

yang terakhir,

peliharalah Allah, Allah akan memelihara kita dalam setiap perkara..insyaAllah.bila hidup bersama Allah, hidup terasa indah dan mudah!


wassalam.semuga dapat lawan kata nafsu yang merosakkan.


DO THE BEST FOR ALLAH,

BECAUSE HE ALWAYS GIVES THE BEST FOR US! (in every single thing)


1 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah,pengisian yg baik dan jelas...

jazakillah ukhti taqwaforever!