Monday, December 15, 2008

SiNdRoM cUTi



Alhamdulillah, selama hampir sebulan sudah kita melalui hari-hari yang sememangnya kita ketahui bahawa ia adalah ‘suasana yang tidak diatur’. ‘Suasana yang tidak diatur ‘ akan membuatkan kita mudah terlena dan berehat. Namun, bagi mereka yang ingin menyelamatkan diri perlu ada takhtit fardi(perancangan diri sendiri) untuk menjaga dirinya sendiri….

AMAL FARDI
Kebiasaanya di rumah kekuatan kita untuk menjaga amal fardi seperti solat di surau atau masjid awal waktu, qiam dan baca al-Quran setiap hari serta macam-macam kebaikan yang lain mungkin tidak sekuat di sekolah. Walau apapun kita perlulah ada 2 perkara dalam nak menjaga diri melakukan kebaikan iaitu kemahuan yang meluap-luap dan tidak menangguh dalam buat kebaikan. Rancanglah dengan ada keinginan untuk sekurang-kurangnya setiap hari 2 muka bacaan al-Quran serta qiam mungkin 3 kali seminggu. Manakala solat awal waktu di surau atau masjid 3 kali sehari(lebih elok subuh, maghrib dan isya’). Mungkin juga puasa 2 minggu sekali. Sebaiknya melakukan dengan istiqamah walaupun sedikit akan tetapi alangkah baiknya jika makin hari bertambah amal dan semakin baik. Bagi sesiapa yang mampu melakukan sebanyak-banyaknya, lakukanlah kerana amal kita bukan amal yang dilakukan pada tahap minima sahaja. Bukan hanya mencapai tahap minima sudah selesa tetapi bilamana kita usaha banyak, maka hasilnya juga akan banyak.

THAQAFAH ISLAMIYAH
Keperluan untuk kita memperluaskan pemikiran dan mendalamkan tasawur(gambaran) kita kepada I slam amat penting dicernakan dari sehari ke sehari. Takkan lahir perubahan tanpa keinginan, takkan lahir keinginan tanpa matlamat yang jelas dan takkan lahir matlamat yang jelas tanpa gambaran dan pengetahuan terhadap sesuatu perkara. Oleh itu perubahan Islam perlu bermula dari bawah iaitu adanya gambaran yang tepat dan jelas tentang Islam dan dakwah. Bacalah dalam sehari apa-apa berkaitan dengan pemahaman pada Islam dan dakwah serta lebih elok mengetahui keadaan terkini Palestin dan umat sekeliling dunia terutama Malaysia.

PELAJARAN
Dalam mengejar cita-cita Islam, perkara lain seperti pelajaran sepatutnya tidak diabaikan. Ada ust pernah berkata orang yang cemerlang dalam dakwah adalah mereka yang cemerlang dalam pelajaran tidak bermaksud cemerlang dalam pelajaran mereka yang skor A dan seumpamanya akan tetapi sebenarnya mereka yang ada kesungguhan yang membawa kepada perubahan sudah cukup untuk menggambarkannya. Lebih-lebih lagi setelah keluar keputusan peperiksaan akhir tahun masing-masing perlu membuat muhasabah dan perancangan supaya tidak menimbulkan lebih banyak masalah dalam zaman fitnah ini.

0 comments: