Pages

Monday, December 08, 2008

iniLaH jALaN KiTa



DAKWAH SUATU KEWAJIPAN

Bacalah Dengan Nama Tuhanmu Yang Menciptakan

Bacalah artikel ini ketika hatimu terbuka

Assalamualaikum w.b.t.

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya kita masih lagi diberi nikmat IMAN dan ISLAM . Bersyukur juga kita kepada Allah kerana dengan tawfiq dan inayahNya Allah masih memilih kita untuk terus berada dijalanNya yang satu dan masih mengekalkan kita di dalam jalan yang mempunyai seribu satu cerita iaitu “TARIQUD-DAKWAH”.Firman Allah Taala yang bermaksud : “Seungguhya inilah jalan tuhanmu yang lurus maka ikutilah ia dan janganlah kamu memilih jalan yang lain, lalu kamu berpecah belah, demikianlah Allah mewasiatkan kepada kamu agar kamu bertaqwa “ (al-An’aam : 153)

Sebelum kita mengupas dengan lebih lanjut, marilah kita tanya pada hati sanubari bagaimana keimanan kita kepada Allah? Adakah semakin berkurang ? Adakah iman kita sama seperti keimanan pelajar biasa sedangkan kita menerima tarbiah yang jauh lebih baik dari mereka? Jikalau sama apa gunanya kita dilantik menjadi seorang naqib/naqibah kerana sepatutnya kita jauh lebih baik dari mereka.”Tegakkanlah daulah Islam dalam diri kamu nescaya akan tertegaklah daulah Islam dimuka bumi ini”.

Penggerak-penggerak dakwah sekalian,

Pernahkah kita tanya pada diri kita apa sebenarnya tujuan kita berdakwah? Kenapa mesti kita yang perlu memikul tanggungjawab ini? Adakah kita semua sedar akan tanggungjawab yang tergalas di kedua bahu kita ini? Jikalau kita sedar, sebenarnya tujuan kita adalah kerana Allah dan kita hanya melaksanakan perintahNya sebagai memenuhi tuntutan kita sebagai hambaNya. Firman Allah :”Maka segeralah kembali kepada Allah. Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata dari Allah untukmu”
(az-Zaariyat : 50)

Adapun dakwah itu suci, jadi orang yang hendak menggerakkannya perlu menyucikan hatinya dari segala noda. Ikhlaskan niat kita; kita berdakwah bukan untuk populariti, akan tetapi dakwah kita adalah untuk mengembalikan manusia kepada kebenaran. Adapun dengan keikhlasan itu akan menjadikan kita seorang tentera/mujahid yang setia dengan fikrah dan bukan yang tamakkan keuntungan dan kepentingan diri. Perbetulkan langkah dan ibtida’ kita demi membawa rakan-rakan kita jauh daripada taghut dan maksiat. Perkukuhkanlah iman kta dengan amal-amal soleh dan perbanyakkanlah amalan soleh kita. Kita sering menyuruh mad’u kita untuk perbanyakkan amalan soleh seperti solat dhuha,qiamullail,puasa sunat,tilawah al-Quran dan sebagainya akan tetapi kita sendiri yang tidak menjaganya...Jenis naqib/naqibah apakah kita ini? Hanya pandai cakap tapi tak pandai untuk melakukan seperti apa yang kita cakapkan.
Firman Allah : “Wahai orang yang beriman, mengapa kamu tidak melakukan apa yang kamu perkatakan, perkara itu sangat dibenci oleh Allah kerana kamu tidak melakukan apa yang kamu perkatakan” (as-Saff : 2-3)

Adapun kesungguhan untuk terus berdakwah amat-amat diperlukan kerana dikhuatiri Allah tidak memilih kita untuk mendapat syurga dan redhaNya. Lantaran itu Allah memilih hambanya yang lain sebagai pengganti untuk diri kita lantaran kelalaian dan ketidaksungguhan kita untuk berdakwah. Firman Allah : “Sesungguhnya Allah tidak membebani hambanya melainkan dia mampu” (al-Baqarah : 286)

Adapun mehnah di dalam jalan dakwah ini banyak ranjau dan duri.Ramai yang telah tersungkur di dalam jalan ini dan tidak kurang juga yang masih terus hammasah demi menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Firman Allah : “Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Alah, maka di antara mereka ada yang gugur. Di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah janjinya” (al-Ahzab : 23)

Juteru demi memastikan kita sentiasa berada di atas jalan Rasulullah maka wajiblah kita kembali semula memahami islam dengan kefahaman yang benar, kembali semula memahami al-Quran, memahami sunnah Rasulullah dan memahami sirah salafussaleh, atau angkatan muslimin pertama dengan menjauhi sungguh-sungguh dari segala kesalahan dan penyelewengan.



Akhir kalam, diketerbatasan ini bersamalah kita menyedari bahawasanya di bahu kita ada satu amanah yang besar yang perlu kita laksanakan dengan segera. Semoga nanti kita bisa menjawab segala soalan yang ditanya di akhirat kelak. Marilah bersama kira bersatu samada banin mahu pun banat kerana kita hidup dalam jemaah dan setiap elemen dalam jemaah tersebut memainkan peranan yang besar untuk menggerakkannya. “Ukhuwwah Digarap, Fikrah Disatu”. Segala yang baik datang dari Allah dan segala yang buruk datang dari Allah juga tapi disandarkan pada kelemahan diri ana sendiri.

“Jalan dakwah adalah jalan yang satu. Diatas jalan inilah Rasulullah dan para sahabat baginda berjalan demikian juga kita dan para pendukung dakwah berjalan dengan tawfiq dari Allah. Kita dan mereka berjalan berbekalkan dengan iman, amal, mahabbah dan ukhuwwah. Rasulullah menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka diatas dasar cinta dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman dan kekuatan aqidah dengan kekuatan persatuan. Jadilah jemaah mereka jemaah contoh tauladan. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya mesti menang walaupun ditentang oleh semua penghuni muka bumi ini

0 comments: