Pages

Sunday, November 28, 2010

Pentingkah peraturan dalam kehidupan..?


[Kebenaran tanpa peraturan akan dikalahkan kebatilan dengan peraturan]
Assalamualaikum warahmatullah..pernah dengar ungkapan di atas?? pasti yang ikut nadwah pernah. yang x ikut xpe. Ungkapan ini ada yang menyandarkan kpd Saidina Ali, ada pula yang menyandarkan nye kpd saidina Umar, ada pula kpd hukama'..apa2 pon, xkira siapa yg ucapkan, kita ambil sedikit sebanyak pengajaran drpd ini.

Peraturan, disiplin, atau perancangan adlh perkara yg sangat penting, terutama tugas kita manusia sbg khalifah. tugas kita sbg org yang mengajak kpd kebaikan, dan mencegah kemungkaran.
tanpa peraturan, mudahlah apa yg kita buat itu akan gagal, apa yg kita laksanakan itu tidak mencapai objektif yg diinginkan.

Apa pun, dalam kehidupan kita perlunya peraturan. Sbb peraturan itu biasanya membawa kebaikan. Jika peraturan itu membawa kemudharatan, xpayah ikut pon xpe. Contoh peraturan yg membawa kemudharatan ialah: org yg dah umur 18 tahun ke atas bebas memilih agama. maknanya org islam yg dah umur 18> boleh murtad dan masuk agama lain. Sdg kan islam mengatakan org yg murtad darahanya adlh halal ditumpahkan. Ttpi peraturan yg dibuat org kafir utk negara "islam" malaysia sebaliknya. Jelaslah bhw peraturan ini membawa keburukan.

Dengan sbb peraturan ini ada yg digariskan Allah, dan ada juga diciptakan manusia. Maka sbb itu wujud bidang MASALIHUL MURSALAH. Sesuatu perkara yg dibuat manusia utk kemaslahatan@kebaikan manusia itu sendiri. Contoh peraturan jalan raya. agak2 klu kt malaysia tiada trafic light, pasti akan berlaku kemalangan, dah ada trafic light pon berlaku kemalangan kt junction.

Utk skop lebih kecil, peraturan sekolah. Tak ke haru biru sekolah klu tiada peraturan. murid boleh bawak handphone sesuka hati, guna kan sesukan hati, boleh pakai sesuka hati tanpa kekemasan dan kebersihan, boleh pakai kasut macam2 warna..ade yg warna warni, putih, hitam, pink dan lain2.

Jelas lah di sini bhw peraturan adlh bende yg sangat penting. Dan drpd ungkapan di atas, sesuatu kebenaran, apbila tidak disertakan dgn peraturan akan menyebabkan kebnerana ini dikalahkan kebatilan. Contoh klu umat islam nak pergi perang, tetiba tentera islam buat kepala sendiri, tidak dgr arahan ketua@panglima, maka tentera islam akan kalah. biar pun ramai nye tentera islam seramai 5 juta org, tetapi klu 5 juta ini xikut arahan, boleh jadi dikalahkan tentera musuh yg mungkin seramai 1.36 juta org.

Ambillah sedekit sebanyak pengajaran drpd post ini, segala salah silap harap dpt dimaafkan.
Segala yg baik dtg drpd Allah, segala yg buruk dtg drpd Allah dan disandarkan ke atas kelemahan diri ini.

"Dengan usaha yang sedikit, disusuli dengan keikhlasan , insya allah moga2 kita beroleh rahmat, taufiq, dan hidayah drpd Allah" -Syeikh Talhah Ajmain.

Friday, November 26, 2010

nadwah 2010; a memoir.

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

perjalanan nadwah bagaimana? maka, alkisahnya bermula.

perjalanan untuk mengisi perut.

akhirnya, jumpa pun tempat makan.

makan pagi di Restoran Pelita.

dalam perjalanan ke SMI al-Islah.

bertaaruf bagi mengisi masa kosong.

banat mendapat tempat penginapan yang selesa.

persediaan isi forum untuk dibentangkan.

wakil sekolah. dari kiri; Hidayah JB, Aman KB, al-Amin Gombak, al-Amin Bangi.

Nabila Huda, wakil daripada Hidayah JB untuk forum MPP.

manifesto kedua terbaik. Alhamdulillah.

Muhammad Haqqul Yaqin, pemidato manifesto Hidayah JB.

masjid yang Subhanallah indah.

ahli panel untuk forum 'Menjulang Kepimpinan Pelajar MUSLEH'.

bangunan SMI al-Islah yang gah.

bersedia untuk perhimpunan pagi.

peserta nadwah banat daripada Hidayah JB seramai 10 orang.

syabab harapan ummah.

fatayat yang juga kerananya jatuh bangunnya ummah.

sesungguhnya dengan beratur mengajar kami kesabaran.

bookmarks untuk sahabat sefikrah daripada Hidayah JB.

solat terakhir yang didirikan sebelum semua pulang.

perjalanan pergi dan pulang ke masjid.

S&S International belum bertolak rupanya.

kerana hujan, kami ditumpangkan oleh pakcik di masjid.

bas untuk trip yang kedua.

Alhamdulillah. semua selamat tiba di Johor.

moga dengan program nadwah ini mampu untuk memberikan impak maksima yang positif dalam diri masing masing. seterusnya, dipraktiskan di sekolah sebagai Transformasi Tarbiyah Hidayah bagi meningkatkan tarbiyah di sekolah. InsyaAllah.

Thursday, November 25, 2010

Nadwah Kepimpinan Pelajar 2010

Assalamualaikum shbt. alhamdulillah kontinjen SMI Hidayah JB selamat tiba di Johor setelah melalui pengelaman di Kedah. Nadwah yang bertemanakan "Menjulang Kepimpinan Pelajar MUSLEH"

3 hari 2 malam membawa pengalaman yg sgt byk dan prkongsian ilmu yg memenuhi buku2 dan hati2 setiap peserta. Bersama lebih 200 kepimpinan dari 15 buah skolah islam berkumpul dan bersama menghadapi kesukaran dan pengalaman.

Hari pertama

sampai2 dah pukul 9 kot, turun kt depan plaza tol S.P selatan, pi makan kat kedai nasi kandar. nasib baik ust iswan belanja sikit. jimat duit.bergerak ke PPAI dan bertemu shbt Al amin gombak. siap2 kemas2 main bola p2 rehat. smpai la lepas zohor program pun bermula.

bermula dgn taklimat, depa habaq mcm2..spnjg program 3 hari 2 malam itu kena pakai bj sekolah. sampai agak2 dah penat dan habis, penerang pon berhenti dan rehat. sementara tunggu org lain solat asar.

Malam tu ceramah tntg Kepimpinan Hasan Al Banna. ada refleksi dan bncg sikit manifesto. tdor dekat kol 1 lebih..

Hari kedua

Bermula slot ke dua dgn ceramah bertajuk.. macam mana nak pimpin masa?? atau tajuk yg lebih formal "Kepimpinan Masa". penceramah dia mmg best. dia bagi ceramah x ngantok tapi sebab penat sgt..ada sbhgn mujahid terlena dgn dilindungi rahmat dan di naungi malaikat. insya allah.

Lebih kurg pukul 11 ada pula forum MPP..alhamdulillah skolah kita dpt wakil kan banat utk menjadi ahli panel. Bersama jugak Kepimpinan dari al amin gombak, dan aman KB. [klu x silap]

Lepas solat zuhur ada pula pidato manifesto mpp. Hidayah JB diwakili Ustaz Haqqul Yaqin dan alhamdulillah dapat no. 2 utk manifesto nya. no. 1 al amin gombak.

malam ada Forum lagi skali dan dipenalkan akh zubair, ust sazali dan ustzh azizah. agak seronok juga forum nya.
skali lagi merefleksi diri dan bincg utk esok nya bersama kontinjen hidayah jb.

Hari ke-3

Siap2 and then ada perbincgn utk MPP musleh. buat surat kpd Musleh, perdana menteri .. kemudian ada majlis penutup... Yaqin jadi MC. ustaz megat bagi ucapan... then tamat la program nye..

Kami bincang utk orientasi f1, siap2 utk balik kol 5.. sbhgn naik bas awal, sbhgn yg lain gi jalan2 kt SP. kesian kpd yg naik bas awal tp bertolak kol 9.45 kot. then sampai lambat drpd yg bertolak kol 10.30. bas bawak xagak laju dia. air cond kuat nak menggigil. tp alhamdulillah drpd xada. dan semua slmt sampai rumah. insya allah.

moga bertemu lagi shbt nadwah dan semoga ukhuwah yg terjalin kekal di hati hingga ke syurga..

"dengan usaha yg sedikit, disusuli dgn keikhlasan, insya allah moga2 kita beroleh rahmat, hidayah dan taufiq drpd Allah" -Syeikh Talhah Ajmain.

Thursday, November 18, 2010

Hari Raya Qurban..Apa yg aDa??

Assalamualaikum.. alhamdulillah kita angkat setinggi-tinggi kesyukuran kpd Allah. mengizinkan kita hidup dan merasai nikmat iman dan islam.
membolehkan kita bersama buat qurban dan segala ibadah yg lain.

hensem jugak binatang ni..>>>

->Persoalan yg dikemukakan..Apa yg ade dgn Hari Raya Qurban.. Mercun xde, konsert xde, cuti xde, open house xde..senang cerita semua yg ada Hari raya puasa tidak terdapat pd hari raya qurban. Tp itu lebih baik..jika semua maksit yg dilakukan dulu tidak dibuat waktu ni.

->Alhamdulillah xde, insya allah Allah akan bagi rahmat kpd penduduk malaysia. Cuma nya raya qurban ini seperti tidak disambut dgn bersemangat. Umat islam DI Malaysia seolah-olah tidak ingin sambut hari raya ini. Sedangkan Hari Raya Qurban ini lebih besar nilainya.
klu hari raya puasa kita hanya takbir hari pertama je..tak boleh puasa pon pada hari raya pertama shj. Tp klu hari raya qurban, 4 hari xleh puasa..dan bertakbir pon selama itu juga.4 hari.

->Firman Allah:"Kerana itu dirikanlah solah dan berkorbanlah dengan ikhlas kerana
Tuhanmu." [surah al-kauthar:2]

->Apa kelebihan qurban ini???
1] dekatkan diri kpd Allah.
2] Melatih diri agar sentiasa bersedia untuk berkorban bila-bila masa diperlukan demi menegakkan agama Allah.
3] Memulia serta mengagongkan satu syiar dari syiar-syiar agama Allah sebagai memenuhi tuntutan Allah;
4] Utk melahirkan rasa syukur kepada Allah dengan nikmat yg diberikan.


-> Byk lagi hikmat dan pengajaran drpd kisah2 terdahulu, yg boleh kita ambil. dan ianya mempunyai banyak manfaat yg kita x jangka dan manfaat ini akan berguna pada masa2 tertntu. Insya allah.


Tuesday, November 16, 2010

transformasi.

alhamdulillah.

TRANSFORMED!

semoga transformasi blog ini menjadi pemangkin kepada transformasi tarbiyah hidayah.

takbir! ALLAHUAKBAR!

*untuk sesiapa yang mempunyai cadangan atau kurang berpuas hati dengan transformasi yang berlaku, mohon diluahkan ke email nuqabahidayah@yahoo.com.my. terima kasih.

Saturday, November 13, 2010

Bermula nya cuti.

assalamualaikum sahabat sekalian..moga sentiasa di rahmati Allah.. Alhamdulillah mulai hari ini kita akan bercuti selama sebulan lebih. harap-harap kita sentiasa di berkati Allah. dan istiqamah dengan amalan soleh kita. insya allah.

Ana bawa satu kisah. seorang sahabat nabi yang sangat hebat: Abu Zar Al-Ghifari. Saidina Ali berkata mengenai beliau : "Abu Zar ialah penyimpan jenis-jenis ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi oleh orang lain."

Bila dia dengar seruan kerasulan Nabi Muhammad..segera beliau menyiasat untuk mengetahui perihal baginda صلى الله عليه وسلم. Kemudian beliau segera berjumpa berjumpa dengan rasulullah di mekah menerusi Ali rad.
Mereka terpaksa berpisah untuk berjumpa dengan rasul sebab takut di syaki org kafir..

Dan beliau pernah di seksa dan di belasah org kafir kerana mengumumkan pengislaman nya. beliau diselamatkan oleh Abbas beberapa kali. Abu zar bekata: "Ya Rasullulah,aku bersumpah dengan nama Allah yang jiwaku di dalam tanganNya,bahawa aku akan mengucap dua kalimah syahadah di hadapan kafir-kafir musyrikin itu."

Sepatutnya kita mencontohi sifat sahabat ini yg sangat berani dan tidak gentar untuk menyebarkan islam.. Insya Allah sedikit sebanyak ada manfaat nya.

"Dengan usaha yang sedikit ini, kita selitkan dengan ikhlas, insya allah akan memperoleh rahmat dan barakah daripada Allah"