Pages

Saturday, November 13, 2010

Bermula nya cuti.

assalamualaikum sahabat sekalian..moga sentiasa di rahmati Allah.. Alhamdulillah mulai hari ini kita akan bercuti selama sebulan lebih. harap-harap kita sentiasa di berkati Allah. dan istiqamah dengan amalan soleh kita. insya allah.

Ana bawa satu kisah. seorang sahabat nabi yang sangat hebat: Abu Zar Al-Ghifari. Saidina Ali berkata mengenai beliau : "Abu Zar ialah penyimpan jenis-jenis ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi oleh orang lain."

Bila dia dengar seruan kerasulan Nabi Muhammad..segera beliau menyiasat untuk mengetahui perihal baginda صلى الله عليه وسلم. Kemudian beliau segera berjumpa berjumpa dengan rasulullah di mekah menerusi Ali rad.
Mereka terpaksa berpisah untuk berjumpa dengan rasul sebab takut di syaki org kafir..

Dan beliau pernah di seksa dan di belasah org kafir kerana mengumumkan pengislaman nya. beliau diselamatkan oleh Abbas beberapa kali. Abu zar bekata: "Ya Rasullulah,aku bersumpah dengan nama Allah yang jiwaku di dalam tanganNya,bahawa aku akan mengucap dua kalimah syahadah di hadapan kafir-kafir musyrikin itu."

Sepatutnya kita mencontohi sifat sahabat ini yg sangat berani dan tidak gentar untuk menyebarkan islam.. Insya Allah sedikit sebanyak ada manfaat nya.

"Dengan usaha yang sedikit ini, kita selitkan dengan ikhlas, insya allah akan memperoleh rahmat dan barakah daripada Allah"

0 comments: