Tuesday, March 17, 2009

adakah kita diantaranya?..



Ini adalah saringan bebas saya daripada buku karangan ulama Lubnan, Ustaz Fathi Yakan bertajuk “Bahtera Penyelamat”. Semoga bermanfaat untuk semua ikhwah dan akhawat.

Kadang-kadang di atas Jalan dakwah ini kita bertemu dengan gangguan daripada saudara seperjuangan. Seolah-olah mereka cuba menghentikan kita daripada beramal atas kefahaman kita yang sahih dan jelas. Mereka berusaha melakukan pelbagai cara dan taktik supaya kita duduk dan menganggur. Pendek kata, mereka mahukan kita ini keluar dari Jalan yang panjang ini. Dahsyat sungguh!

Rasulullah sudah berpesan kepada kita tentang perkara ini. Dalam sebuah hadis yang ditakhrijkan oleh Abu Bakar bin Bilal daripada hadith Anas di dalam kitab Makarim Akhlak :”seorang mukmin itu berada diantara lima ancaman:

1. seorang mukmin yang dengki padanya

2. munafiq yang membencinya

3. kafir yang membunuhnya

4. syaitan yang menyesatkannya

5. hawa nafsu yang menggodanya”

Para pendakwah yang ikhlas akan menghadapi semua ancaman ini. Golongan yang dengki ini sangat tidak selesa dengan pencapaian orang lain dalam amal dakwah. Mereka hanya inginkan semua kejayaan dan hasil yang diperolehi para pendakwah hilang dan lenyap. Hati mereka sengsara. Jiwa mereka sakit menderita. Mereka sanggup merancang tipudaya ke atas saudara-saudara mereka. Perumpamaan mereka seperti kisah Qabil yang dengki, hasad, dendam yang membuak-buak hingga akhirnya membunuh saudaranya Habil. Sepanjang sejarah dakwah sejak dahulu hingga kini dicatat dengan kisah hasad dengki bukannya dari orang asing bahkan dari kawan dan sahabat rapat! Ibnu Mu’taz pernah berkata:“Orang yang hasad itu marah kepada orang yang tidak berdosa, kikir terhadap sesuatu yang bukan kepunyaannya dan sentiasa mencari atau meminta sesuatu yang tidak akan diperolehinya.”

Golongan yang dengki ini akan menghalalkan semua yang dilarang dan diharamkan untuk mencapai tujuan dan cita-cita peribadi mereka seperti api yang membakar daun-daun hijua juga daun kering. Saya kongsikan di sini beberapa hadith untuk golongan ini mengambil iktibar dan pengajaran jika pintu hati mereka masih terbuka:

“Sesiapa yang menggembar-gemburkan (pada orang ramai) sesuatu perkara (perkataan) terhadap seseorang Muslim untuk menjatuhkan maruah orang tersebut di dunia pada hal ia tidak demikian, maka wajiblah Allah mencairkan pembawa fitnah tersebut pada hari Qiamat dalam api neraka sehinggalah ia dapat membuktikah kebenaran apa yang telah dikatakannya.” (Hadith riwayat Al-Thabarani)

“Barangsiapa yang memakan daging saudaranya di dunia (mengumpat) kelak pada hari Qiamat dibawakan kepadanya daging itu, dikatakan kepadanya “Makanlah daging bangkai ini sebagaimana engkau makan dagingnya ketika dia hidup dahulu”. Lalu ia pun makan memakan daging itu sambil berteriak-teriak”. (Hadith riwayat A1-Tabrani dan lain-lain)

“Mengumpat itu lebih buruk daripada zina. Sahabat bertanya bagaimana? Rasulullah menjawab: seorang yang berzina itu kalau bertaubat mungkin taubatnya itu diterima oleh Allah. Akan tetapi orang yang mengumpat tidak akan Allah ampunkan dosanya sehinggalah orang yang diumpatinya itu memaafkannya.” (Hadith riwayat Tabrani dan Baihaqi)

Mengapa mereka dengki?

Merasa dirinya lebih mulia berbanding orang lain. Dia tidak rela orang lain mengatasinya dalam apa jua perkara. Dia tidak boleh tahan dengan sikap mengatasi yang ditunjukkan oleh saingannya itu. Malah ia tidak boleh menerima apa yang dirasakannya sebagai sikap mengatasinya.

sumber sahih dari :

http://arrumy.wordpress.com/2009/03/17/dengki-dengan-orang-lain/

ikhwah dan akhawat yang ana kasihi dan cintai sekalian..

mungkin diantara kita pernah berdepan dengan masalah seperti diterangkan di atas..hasad dengki dari teman seperjuangan kita sendiri..menuduh kita dengan pelbagai tohmahan yang menipu..berusaha untuk menjatuhkan kita..tapi ingatlah ikhwah dan akhawat..inilah antara ujian kita sebagai seorang yang membawa risalah mulia..i.allah..moga kita terus thabat.

adul.

jom senyum.

3 comments:

pembaca said...

alhamdulillah, dapat ilmu baru. baru tahu setiap manusia ada 5 ancaman. hebatnya!

"mukmin yang kuat adalah mukmin yang mengambil kekuatannya drpd Allah"

...Tiada siapa yang dapat mengalahkan kekuatan Allah, berlindunglah dgnNya, agar kamu sabar dan kuat!

-dan Allah Lebih Mengetahui-

+akufobia+ said...

hu.kenapa kita dengki?kita dengki biasanya sebab kita ada kekurangan dari orang yang kita dengki tu.contoh?orang tu kaya.kita kurang kaya.so kita dengki.orang tu berjaya.kita kurang berjaya.so kita dengki.macam mana nak elak dari dengki.hu.kejap.nak fikir.ha.apa kata kita bersyukur dengan yang ada.nak dengki gak?bolehbolehboleh.dengki la dengan cara yang baik.kalau dia kaya.kita pun berlumbalumba nak jadi kaya.semakin kuat kita dengki,semakin kuat kita bekerja.boleh aplikasikan dalam jalan kita ni?hu.boleh sangatsangat.berlumba untuk keja banyak mad'u.boleh ke?haha.try la.

+akufobia+ said...

ngee.hanya pandangan dari orang biasa.maaf kalau rasa semua ni merepek je.hade.maafmaafmaaf.hanya ikut kata hati yang main lepas je kan.ok.smile.(tiru dr.adul.lalala.)