Pages

Wednesday, July 18, 2012

SEMANIS UKHUWWAH teH sUSu

"Ish, geram betul la duduk dalam rumah ni! Bersepah-sepah ja. Kalau rumah ikhwan tak kata la. Tapi, ni rumah akhawat. Macam sarang tikus ja," bebel Aufa sambil tangannya ligat mengemas meja makan di ruang tamu.
"Kenapa tu Aufa? Tak baik tau mengungkit-ungkit ni. Kalau tak puas hati, pergi cakap terus kat orang tu. Jangan cakap belakang, OK?" tegur Balqis dalam nada yang lembut. Suasana sepi seketika. Masing-masing memikirkan masalah sendiri.
"Ye la ...asyik nak minum teh susu ja, pastu, malas basuh. Nampak sangat ni kerja sapa..." ujar Aufa lagi masih tidak mahu mengalah.
"Aufa, sudah-sudah, Kak Balqis tak nak dengar lagi Aufa cakap macam tu. Kita kan duduk satu rumah, dah ibarat macam satu keluarga dah. Yang Aufa marah tadi tu ibarat adik-beradik Aufa sendiri tau. Aufa sanggup dengar tak kalau ada orang mengata adik-beradik Aufa sendiri? Aufa, kita duduk serumah ni, kita kena banyak bersabar dan mengalah tau. Aufa faham, kan, maksud kak Balqis ni?"
Nasihat Balqis sampai ke hati Aufa, membuatkan lidahnya kelu tidak terkata. Barangkali, Aufa sedang memikirkan kebenaran kata-kata Balqis.
Balqis memerhati gelagat Aufa yang dari tadi masih mengemas seluruh ruang tamu rumah. Pergerakannya selincah mulutnya juga. Sambil menggeleng kepala, Balqis tersenyum nipis. Macam-macam gelagat manusia rupanya. Tanpa berkira, Balqis turut membantu Aufa mengemas.
                                                                     **********
"Adik-beradik semua, jom makan! Sarapan dulu tau sebelum keluar rumah," seperti biasa, Husna memekik memanggil ahli rumahnya makan. Suaranya yang lantang boleh membangunkan orang yang sedang nyenyak tidur. Memang kebiasaan setiap pagi, Husna menyiapkan sarapan, kemudian, mengajak semua ahli rumahnya makan bersama. BERJAMA'AH.
Husna memang seorang yang tegas. Dan juga, amat mementingkan soal kesihatan. Dia sangat mengutamakan sarapan pagi dan sanggup menyiapkan sarapan setiap pagi. Satu lagi, Husna ni memang pantang kalau ada sesiapa yang pergi kelas atau keluar rumah sebelum sarapan.
"Ala, asyik-asyik teh susu ja. Laila dah la tak berapa suka minum susu. Esok buat la air lain pulak," komen Laila dengan selamba. Semua mata memandangnya tepat. Diam.
"Laila, Alhamdulillah tau sebab kita dapat juga makan dan minum. Kita kena banyak bersyukur," kata-kata Balqis seperti seorang ibu yang sedang menasihatkan anak, membuatkan semua orang tertunduk. Akur dan patuh.
Balqis yang sudah dianggap seperti kakak dan juga tempat bergantung sentiasa menegur dan menasihatkan salah silap mereka. Kata-katanya juga sangat berhikmah dan penuh dengan kelembutan serta kasih-sayang. Sememangnya faktor umur Balqis yang lebih tua setahun daripada mereka semua membuatkan mereka amat menghormatinya.
"Kalau tak suka minum teh susu, lain kali bangun tidur awal sikit. Pastu, buat la air sendiri. Banyak songeh pulak. Orang dah tolong buatkan ni, berterima kasih je lah," perli Aufa dengan lancangnya. Sengaja hendak menyedarkan Laila. Sedikit sebanyak, marah yang dia simpan untuk Laila terhambur keluar juga.
Ruang meja makan menjadi sayu seketika. Aufa dan Laila memang ada berlaga angin sikit. Pantang berjumpa, ada sahaja yang tidak kena.
"Ok, terima kasih Husna, sebab dah buat teh susu yang sedap ni," Elya cuba untuk menceriakan suasana dengan senda guraunya. Dia memang periang dengan sifatnya yang manja membuatkan semua jatuh sayang. Padanlah, umurnya juga paling muda antara semuanya. Aufa, Husna, Laila, dan Elya sebaya, tapi, Elya yang muda sebab dia lahir pada bulan November lewat beberapa bulan daripada yang lain.
Memang tidak dapat dinafikan yang mereka semua sebenarnya suka minum teh susu. Walaupun awal-awal perkenalan mereka dulu ada yang tidak berapa suka, tapi hakikatnya dah suka pun. Cuma masih tidak mahu mengatakan kesukaan itu lagi. EGO.
                                                                        **********


"Kenapa pagi ni takdak teh susu?" Laila tertanya-tanya sendiri kehairanan. Dia terus duduk di kerusi di meja makan.
BERSAMBUNG...=)

0 comments: