3 Januari 2017.
Kereta Mercedes Benz berplat
JJJ10 menderu laju,memasuki perkarangan sekolah. Aku mendengus, benci. Ah, sekolah kuno! Desis hati.
“Okey, dah sampai!” laung ayah
dari tempat pemandu. Riak wajahnya jelas menggambarkan keriangan. Begitu juga
dengan adikku dan ibu. Hanya aku yang punya wajah sekeruh air longkang. Kenapa seih, ayah hantar Zul ke sini? Dahlah
sekolah kampung! Keliling kebun kelapa sawit lah, kebun sayurlah. Seberang
pulak ada kandang lembu. Ish, bangunan pun ala-ala 80-an gitu. Ibu pun satu,
asyik setuju saja dengan ayah. Hish, ibu ni dah tak sayang aku, agaknya. Sampai
hati ibu dan ayah nak sekolahkan Zul di sekolah ni. Dahlah yuran mahal,
bangunan buruk! Ish, tak faham aku. Kot ye pun nak ajar anaknya ini berdikari,
hantarlah ke sekolah high-class sikit. KISAS ke, SBP ke, STF ke, MRSM ke.. Ini
tak, sekolah kampung jugak diaorang hantar aku. Haish…Ada ke patut budak
cemerlang , 9A PMR tersangkut ke sini? Huh! Hatiku merungut.
“ Zulaiqa, kenapa duduk termangu
lagi dalam kereta tu? Cepat, keluarkan barang. Takkan nak suruh Ibu yang
keluarkan,kot?” ujar ayah.
“Hmm..”
Perlahan-lahan,
aku keluar dari kereta, mendapatkan ibu yang sedang sibuk memunggah barang dari
bonet kereta.
“Ha, Ibu dah
siap keluarkan barang, baru nak keluar kereta. Kenapa ni?”
Aku membisu.
“ Mun, Abang
nak ke pejabat sebentar. Sementara itu, awak bertiga mungkin boleh ke asrama.
Hm.. Kalau tak silap, Zulaiqa dorm Mahabbah, katil nombor 004.”
“Baiklah,Abang.”
Aku
memandang langkah Ayah dengan pandangan kosong. Barangkali kerana terluka
dengan tindakan ayah menyorokkan surat tawaranku ke MRSM tempoh hari. Argh!!
“ Kenapa
tercegat lagi kat situ. Jom tolong ibu bawa barang ke dorm Zul tu.” Ajakan ibu
memecahkan lamunanku. Lantas, aku membuntuti ibu dan adik, Zaid. Langkahku
melaju, selaju desir hati yang mendengus benci.
***
“ Hmm.. Enti
cuba tengok senarai nama pelajar asrama tahun ni. Nampaknya, ramai pelajar baru
yang tiada latar belakang agama. Aduhai, mesti macam-macam hal mereka buat. “
“Tenang,
Ayu.”
“ Macam mana
nak tenang? Enti tak ingat ke isu tahun lepas? Kes yang melibatkan Mu..”
“Shh..
Cukup. Itu kisah dahulu, tak perlu dikenang. Sekarang, lain. Mereka itu umpama
logam. Logam yang perlu dibentuk, dikilatkan. Logam yang akhirnya boleh
dimanfaatkan buat ummah.”
“Logam? “
“Ya, logam.”
Tuk.Tuk.Tuk.
Perbualan dua sahabat itu mati dek ketukan pintu.
“
Assalamualaikum. Maaf mengganggu. Husna,Ayu, Ustazah Azida mahu berjumpa dengan
antuma di bilik tetamu, sekarang..”
“Kenapa Puan
Pengetua memanggil kami?” aju Husna, sopan.
“ Ustazah
pun tak pasti. Rasanya ada hal penting yang perlu dibincangkan. “
“Terima
kasih , Ustazah Sofea. Kami akan ke sana, sekarang,” ujar Ayu, tersenyum.
“ Baiklah. Kalau begitu, Ustazah
perlu beransur dulu. Ustazah mahu memantau kemasukan pelajar di asrama.”
Ayu dan Husna hanya mengangguk.
Lantas, mereka bergegas ke bilik tetamu.
“ Hebatnya, Ustazah Sofea, kan?
Begitu sabar melayan kerenah pelajar saban tahun. Ana teringin nak jadi orang
yang sabar macam Ustazah. Kadang-kadang, ana anggap Ustazah macam ibu kandung
sendiri, “ ujar Ayu.
“Betul tu. Dia sangat ikhlas dan
bersungguh menjalankan tugas sebagai ketua warden aspuri. Sifat keibuannya itu
mampu melembutkan banyak hati. Kasih dan sayangnya pula seolah tumpah dan
merebak ke setiap jiwa di aspuri ini. “
“ Ala… Enti pun apa kurangnya.
Siapa tak kenal Aisyah Husna binti Haritsah? Orang yang telah berjaya
menghidupkan suasana ukhuwah fillah di madrasah kita ni.. Begitu
berhikmah,persis Abu Bakar asSiddiq. ”
“Ish, orang tu pun apa kurangnya?
Rahayu Abdul Razak. Orang yang terkenal dengan tegasnya, tidak ubah seperti
Umar alKhattab.”
Mereka
berdua itu tertawa perlahan. Hanya tiga dekah, kemudian berhenti. Bukan apa,
mereka bimbang andai hati mereka gelap. Ketawa menggelapkan hati, bukan begitu?
"Ish anti ni, ketawa saja. Dah cukup, banyak ketawa di dunia, banyak menangis di akhirat, " ujar Ayu.
“ Betul tu. Allah ada berfirman
dalam surah atTaubah, ayat 82 yang berbunyi;
Giliran Husna pula menambah. Sememangnya, dia begitu petah berhujah. Setiap katanya pasti diiringi ayat Al-Quran atau Hadis. Pendek kata, bicaranya pasti berisi!
************
BILIK TETAMU. Itulah yang tertera di muka
pintu. Pantas, Husna dan Ayu mengetuknya
dengan sopan.
“Masuk! “
Kedengaran suara dari dalam
bilik. Lalu, daun pintu ditolak sedikit, seiring dengan ucapan salam.
“Assalamualaikum, Ustazah.”
“ Waalaikummussalam. Ha, Husna,
Rahayu! Ini, ada parents yang mahu
berjumpa dengan antuma. Parents
kepada pelajar baru, “ ujar Ustazah Azida sekaligus menerangkan sebab mereka
dipanggil.
“Assalamualaikum, Tuan, Puan.
Apa.. Hah! Uncle Amru , Auntie Munira? ”
Husna dan kedua-dua tetamu itu sedikit
terkejut. Ayu dan Ustazah Azida terpinga-pinga.
“ Husna kenal mereka?” aju
Ustazah Azida, hairan.
“ Ya, kenal. Mereka ibu dan ayah
angkat Husna.”
“ Ibu dan ayah angkat? “
“ Ya. Mereka pernah menjaga Husna
sewaktu darjah satu. Masa tu, Ummi dan Abi sedang belajar di luar negara. Waktu
itu juga , sistem untuk ke luar negara itu agak sulit dan kompleks. Jadi, Husna
tinggal bersama Uncle Amru dan Auntie Munira, “ terang Husna.
“ Sebab dah akrab, Husna
memanggil kami ibu dan ayah,” tambah lelaki yang berkemeja biru tua, atau lebih
dikenali dengan Uncle Amru. Wanita
yang di sisinya hanya mengangguk.
“ Oh, begitu rupanya.”
“ Ha, kenapa Aunt Munira dan
Uncle Amru nak jumpa kami? Hm.. Lagi satu, mana adik?” aju Husna , menatap kedua wajah insan itu.
“Sebab adik lah, kami mahu
berjumpa kamu berdua,“ kata Auntie Munira, dengan linangan air mata.
Husna dan Ayu semakin bingung.
Linangan air mata itu sudah cukup mengkhabarkan sesuatu yang tidak kena.
Pandangan mereka bersatu, seolah berbicara tanpa suara. Suasana menjadi hening
seketika. Masing-masing membisu.
“ Adik kamu, Husna, adik kamu
tidak seperti dahulu. Dia dah banyak berubah. Dia tidak lagi menutup aurat,
tidak lagi menjaga solat. Dia selalu keluar malam. Auntie dan Uncle sudah tegur
berkali-kali, namun tidak diendah. Adakalanya, kami ditengking semula, “ terang
Uncle Amru, cuba untuk bertenang. Dijelingnya Auntie Munira yang sedang
teresak-esak.
“ Maksud Uncle, Zulaiqa? ” Husna
seakan tidak percaya.
“ Ya. Sebab tu, kami hantar dia untuk
bersekolah di sini. Minta tolong Husna tengok-tengok kan, dia. Entahlah.. Budak
tu dah keras hatinya. Kami nasihat, dia buat pekak saja. Hah, Uncle pun tak
faham. Dia bukan Zulaiqa yang dulu, yang taat pada agama. Hampir-hampir sahaja
Uncle halau dia dari rumah. “
Husna terdiam seribu bahasa.
Lidahnya seakan terkunci. Bingung mendengar kenyataan Uncle Amru. Apa
sebenarnya yang terjadi? Mustahil Zulaiqa berubah begitu sahaja. Pasti ada
punca, dan aku perlu siasat punca itu. Getus hatinya.
“ Insya-Allah. Kami cuba bantu
sedaya upaya kami. Apapun, Uncle Amru dan Auntie Munira kena sentiasa doakan
Zulaiqa. “
Ternyata, jawapan Husna
membuatkan Uncle Amru dan Auntie Munira tersenyum.
“ Insya-Allah, kami mendoakan. “
“ Hm.. Rasanya, kalau tiada
apa-apa lagi, kami mahu mengundur diri. Ada kerja yang perlu diuruskan. Terima
kasih, Puan, Tuan. Oh, ya, terima kasih juga , Ustazah. Assalamualaikum,” ujar
Ayu, sambil memandang Husna sekilas.
Husna hanya tersenyum lalu
membuntuti Ayu, keluar dari bilik tetamu. Kemudiannya, mereka menapak pergi ke
Bilik Lembaga Pelajar. Ada perkara yang perlu diuruskan. Segera.
***
Dewan Hudaibiyah begitu sesak
dengan pelajar. Namun, suasananya begitu tenang, tidak huru-hara. Masing-masing
tahu menghormati majlis. Barisan pengawas kelihatan segak berbaris di kiri dan
kanan dewan, mengawasi pelajar. Sebentar sahaja lagi, Perhimpunan Rasmi Sekolah
akan bermula.
Di satu sudut, aku terpinga-pinga
sendirian. Pelajar spesies apakah ini?
Kat sekolah aku dulu, masuk dewan tu
macam masuk pasar. Huru-hara! Tapi, ini lain pula.. Pelik betul..Alien ke apa.
“ Assalamualaikum, Zulaiqa. ”
Lamunanku terhenti apabila
mendengar namaku disebut. Aku menoleh. Alangkah riangnya hatiku, hanya Tuhan
yang tahu!