Sunday, December 26, 2010

PERUTUSAN MURSYID AM IM

Salam semua.

Post hari ini berkisar tentang sebuah perutusan dari orang yan hebat.

Selamat membaca.

^_^

DR MOHD BADIEK

MURSYID AM IKHWAN MUSLIMIN

(KEWAJIBAN KITA BERAMAL, NATIJAH DARI ALLAH)

3/12/2010

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas Rasulullah , keluarga dan para sahabat baginda, serta siapa yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari Akhirat.

Tidak syak lagi bahawa dakwah kepada Allah dalam setiap aspeknya berdiri atas beberapa perkara asasi yang diceduk dari kitab Allah dan sunnah RasulNya (s.a.w). Allah mentaklifkan kita dengan dakwah kepadaNya. Allah mentaklifkan tanggungjawab penting ini lalu Dia menegaskan bahawa Dia tidak akan membebankan seseorang itu melainkan apa yang mampu ditanggungnya. Jika begitu, dakwah kepada Allah adalah wajib dalam setiap jenis dan wasailnya yang pelbagai. Firman Allah bermaksud:

“Serulah ke jalan tuhan kamu dengan penuh hikmah, nasihat yang baik dan berdailoglah kamu dengan cara yang terbaik”. (An-Nahl: 125).

Kewajiban dakwah ini wajib dilaksanakan mengikut keupayaan setiap individu samaada lelaki ataupun perempuan, di mana setiap individu wajib melakukan dan tidak dikecualikan walaupun sesorang itu mempunyai keuzuran. Firman Allah yang maksudnya: “Tiada menjadi kesalahan kepada orang-orang yang lemah, orang yang sakit dan orang yang tiada apa yang boleh mereka sedekahkan (untuk tidak pergi berjihad di jalan Allah) sekiranya mereka melakukan nasihat kepada Allah dan RasulNya, dan orang Islam tiada mempunyai alasan dari jalan Allah ini, dan Allah Maha Mengampuni dan Penyayang.

Ini kerana taklif ini merupakan kesinambungan dari tanggungjawab kita memikul amanah Islam itu sendiri, sejak kita menyerah diri kepada Allah tuhan sekalian alam. Firman Allah yang bermaksud:Katakan (Wahai muhamad) inilah jalanku yang aku dan siapa yang mengikutku seru kepada Allah di atas cahaya yang terang , Maha suci Allah dan tidaklah aku tergolong dari kalangan orang yang syirik (Yusuf:108).

Malah golongan jin telah memahami hakikat taklif ini apabila mereka dibacakan al-Quran oleh Rasulullah s.a.w.. Mereka terus melaksanakan taklif ini serta merta selepas itu. Firman Allah yang bermaksud:Apabila mereka hadir (ke tempat Rasulullah membaca al-Quran ini) mereka berkata (sesama mereka) : Diamlah. Apabila baginda selesai, mereka pulang memberi amaran kepada kaum mereka (berdakwah). (Al-Ahqaaf:29)

Kekasih Agung ini telah melaksanakan taklif ilahi dalam setiap keadaan dan suasana, mengambil peluang dari setiap peluang yang ada, hatta ketika baginda dan kaum muslimin berada di Mekah dalam keadaan dizalimi dan tertekan. Baginda bersabda yang bermaksud: Siapakah diantara kamu yang sanggup melindungi aku sehinggakan aku dapat menyampaikan dakwah tuhanku? Selepas itu baginda masuk ke Mekah di bawah perlindungan Mut’eim bin Adi, seorang musyrik.

Baginda mengambil peluang dari salah satu adat masyarakat jahiliah yang positif, yang menyatakan bahawa perlindungan seperti ini perlu dihormati. Malah baginda juga pernah bersekutu dengan pembesar-pembesar masyarakat walaupun ada perbezaan, demi matlamat yang baginda, iaitu untuk menghindar kezaliman dari setiap orang yang dizalimi. Dengan itu baginda masuk dalam satu Hilf (mamorandum) di mana setiap pihak akan komitmen dengan nilai-nilai mulia ini dalam Hilful Fudhul di rumah Uthman bin Jad’aan.

Baginda juga mengambil faedah dari perhimpunan seluruh qabilah arab di sekitar Baitullah yang mulia. Begitu juga perhimpunan di pasar-pasar samada pasar barangan ataupun pasar sastera dan syair. Perkara ini telah dilakukan oleh nabi-nabi terdahulu seperti Nabi Nuh yang disebut contohnya dalam al-Quran. Baginda menggunakan setiap wasilah dakwah dalam setiap suasana walaupun berhadapan dengan segala tekanan yang ada. Firman Allah:

Wahai tuhan, aku terlah menyeru kaumku siang dan malam (5) kemudian aku menyeru meraka secara terang-terangan (8), kemudian aku menjelaskan dakwahku lalu selepas itu aku berdakwah secara rahsia pula (9: Nuh)

Generasi muslimin terdahulu telah melaksanakan amanah risalah ini dan menyampaikannya kepada generasi demi generasi, sebagaimana yang diberitahu oleh Rasulullah: Ilmu ini akan dipikul oleh setiap generasi khalaf kepada kelompok yang selepasnya, dengannya dapat menafikan penyelewengan orang yang melampau, kesesatan orang kafir dan pentakwilan orang yang jahil. Baginda juga memberikan berita gembira bahawa contoh ikutan ini akan sentiasa memikul amanah dan risalah ini sehingga hari qiamat, walau apapun kesusahan , tekanan dan juga halangan dari syaitan jin dan manusia. Sabda baginda yang bermaksud:Sentiasalah ada kelompok dari umatku ini orang yang menzahirkan kebenaran , tidak merasa mudarat dengan orang yang menentang mereka danmengecewakan mereka sehinggalah datang keputusan Allah dalam keadaan mereka sedemikian.

Terdapat dua kalimah yang disebut oleh hadis Rasulullah yang mulia ini. Kedua-duanya bukannya sinonim bahkan setiap satu daripadanya memberikan maksud berbeza yang kita perlukan dalam jalan dakwah ini, dapat menyimpulkan masalah yang amat penting dihadapi oleh amal jamaie ini.

Kalimah pertama (khalafahum = bermaksud : orang yang menentang mereka) iaitu orang yang sedari awal tidak bersama mereka, melakukan penentangan terhadap jalan untuk menyampaikan dakwah tuhan mereka. Manakala perkataan kedua, (man khazalahum bermaksud orang yang mengecewakan mereka). Kalimahmemberi maksud bahawa ada orang yang bersama mereka beberapa ketika di jalan dakwah kepada Allah, kemudian menyeleweng dari meneruskan perjalanan ini samada kerana suasana tertindas yang amat kronik ataupun kerana fitnah kemewahan.

Ternyata apa yang diberitahu oleh Rasul yang benar dan dibenarkan ini telah benar-benar berlaku kepada jamaah yang diberkati ini , sepanjang jalan dan usianya yang panjang, samaada secara menegak atau melintang dan samada dari aspek geografi atau sejarah.

Ustaz al-Banna rhm telah mengikuti sumber yang mulia ini, lalu beliau memimpin pengikutnya ketika menjadi mursyid pertama jamaah ini, untuk mengikut manhaj Rasulullah. Beliau berusaha sedaya upaya bersama keikhlasan dan pengorbanan serta ikatan yang kukuh dengan setiap peribadi jamaah, sehinggalah mereka menjadi umpama satu bangunan yang tersusun , amat sukar untuk dirobohkan dan dibinasakan.

Namun perkara yang mesti kita fahami ialah: Allah ‘Azzawajalla tidak mentaklifkan kita untuk mendapatkan natijah kerana dalam banyak ketika, amal kita tidak mendapat natijah yang diingini walaupun selepas memberikan seluruh daya dan usaha. Justeru jiwa manusia akan merasa putus asa. Namun contoh sepatutnya telah ditunjukkan oleh Rasul Qudwah, ketika berhadapan dengan tekanan bahkan penindasan yang paling perit ketika di Taif. Walaupun baginda pergi ke Taif hanya untuk menyeru mereka kepada Allah dan redhaNya tanpa upah/ganjaran.

Baginda hanya menginginkan hidayah kepada mereka seperti dalam doanya: Ya Allah , berikan hidayah kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui. Juga sepertimana firman Allah yang bermaksud: Wahai kaumku, kenapa kertika aku menyeru kamu kepada kejayaan, kamu pula menyeru aku kepada neraka? (Ghafir 41) Juga firmanNya: Aku tidak meminta ganjaran (dengan dakwahku ini) kerana ganjaranku hanyalah dari Allah (Yunus 72).

Allah berfirman kepada baginda: Kami telah ketahui bahawa kata-kata mereka telah menyakiti kamu, tetapi mereka sebenarnya tidak mendustaimu sahaja bahkan mereka yang zalim ini ingkar dengan ayat-ayat Allah. ( Al-Anaam 33). Firmannya Juga:Sesungguhnya kewajiban kamu hanyalah menyampaikan (As-Syuraa:48)

Kita bersaksi bahawa baginda s.a.w telah menyampaikan risalah dan menunaikan amanah sebaik mungkin sepertimana yang ditaklifkan oleh Allah, moga-moga Allah memberikan ganjaran dengan sebab kita dengan ganjaran terbaik yang diberikan kepada seorang nabi kerana umatnya (yang mendapat hidayah). Rasulullah telah menceritakan kepada kita bahawa ada nabi a.s. yang dibangkitkan pada hari qiamat dalam keadaan tiada seorang pun yang menyahut seruannya. Lihatlah nabi Nuh, nabi Allah yang paling panjang umurnya dan seorang nabi Ulul Azmi. Baginda berdakwah dalam kaumnya selama 950 tahun dengan hanya segelintir sahaja yang menyahut seruannya.

Allah juga telah membezakan antara mengambil inisiatif dan sebab dengan mendapat natijah dalam firmannya yang bermaksud: Maka berjalanlah dipenjuru-penjuru (bumi untuk berusaha) dan makanlah dari rezeki-rezekinya (al-Mulk:15). Rasulullah dan para sahabatnya telah menggali parit ketika baginda tidak menguasai situasi pertembungan yang berlaku sekitarnya. Namun datang kemenangan Allah dengan bantuan angin dan itu bukan dalam jangkaan mereka. Rasulullah juga telah membuat strategi yang terperinci dan mengambil segala sebab musabab yang terdaya dalam peristiwa hijrah namun akhirnya pihak kafir sampai juga ke muka gua persembunyian baginda. Selepas itu datang kemenangan kepadanya dan sahabatnya itu diluar lakaran strategi baginda dengan pengaburan pandangan mata orang-orang kafir ketika itu.

Saudara mujahidin kita di Palestin dan seumpamanya di setiap tempat, menanggung kesusahan yang amat perit, namun pertolongan dan kemenangan dari Allah datang dalam apa yang mereka tidak jangkakan. Kemenangan ini datang selepas mereka mengambil seluruh sebab musabab yang patut. Banyak contoh-contoh dalam perkara ini, namun kesimpulannya kita mohon dari Allah agar memanfaatkan kita dengannya di dalam agama dan dunia kita dalam perkara berikut:

1. Ikhlas niat kepada Allah kerana dengannya kita diberikan ganjaran, kita mendapat kejayaan dan kemenangan

2. Jika kita mencapai apa yang kita inginkan, kita akan memuji Allah kerana kurniaan dan taufiqNya

3. Jika tidak, sesungguhnya pahala kita telah ada di sisi Allah, kita memohon kepadaNya agar mentaqdirkan kebaikan kepada dan meredhai kita.

4. Penerusan dalam menunaikan kewajiban dalam setiap keadaan selepas yakin dengan kelancaran sebab yang kita ambil, dan usaha sedaya mungkin . Ini menegaskan bahawa amal adalah kerana Allah kerana apa yang dilakukan kerana Allah akan berpanjangan dan berterusan.

5. Kita sentiasa mengingati pendirian ibu kita Hajar yang mengambil inisiatif dan asbab, dengan berlari-lari sebanyak tujuh pusingan untuk mencari air. Dalam setiap pusingan, apa yang dihajatinya masih tidak berlaku. Namun beliau terus berlari sehingga kehendak Allah iaitu kebajikan yang melimpah berlaku kepadanya.

6. Kita juga sentiasa mengingati wasiat Rasulullah s.a.w. kepada kita dalam sabdanya: Jika berlaku qiamat dan ditangan seorang dari kamu ada semaian, makatanamkanlah ia... Lihatlah, ketika dunia berada di penghujung, sementara semaian yang disemai hanya akan mendatangkan hasil selepas beberapa tahun yang panjang. Sememangnya tiada hasil yang dapat dijangkakan dari perintah baginda itu, kecuali meneruskan sikap positif, melaksanakan kewajiban dan mendapatkan pahala.

Wahai muslimin di segenap tempat, wahai anak-anak dakwah dari ikhwah dan akhawat! Allah telah memberi rezeki kepada kami dan kamu dengan keikhlasan dan amal yang berterusan sertaketekunan, pengharapan serta penerimaan yang berpanjangan. Berjalanlah dengan keberkatan dari Allah. Allah akan memberikan taufiq kepada kamu dan tidak akan mencuaikan amal-amal kamu. Allah akan beri ganjaran kepada kamu dengan izinNya dengan perkara yang lebih baik dari apa yang kamu ketahui.

Allahuakbar wa lillahil Hamd. Wassalamualaikum wrh wbh.

0 comments: