Pages

Sunday, October 03, 2010

Kemuliaan Bulan-Bulan Haram

salam alaik..x lama lagi nak masuk bulan zulkaedah..salah satu daripada bulan bulan haram yg dimuliakan Allah..sedikit artikel yg di copy..moga bermanfaat.

Al Asyhurul hurum adalah bulan Dzulqa'dah, Dzulhijjah, Muharram dan Rajab.Bulan-bulan ini di istimewakan oleh Allah Ta'ala dengan kesuciannya dan Dia menjadikan bulan-bulan ini sebagai bulan-bulan pilihan di antara bulan yang ada.Allah Ta'ala berfirman:


"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, antaranya empat bulan haram ..." (QS. At-Taubah: 36)


Ibnu Jarir ath Thabari rahimahullah meriwayatkan melalui sanadnya, dari Ibnu Abbas radhiallahu anhu berkaitan dengan pengagungan Allah terhadap kesucian bulan-bulan ini, beliau berkata, "Allah Ta'ala telah menjadikan bulan-bulan ini sebagai (bulan-bulan yang) suci, mengagungkan kehormatannya dan menjadikan dosa yang dilakukan pada bulan-bulan ini menjadi lebih besar dan menjadikan amal soleh serta pahala pada bulan ini juga lebih besar. "(Tafsir ath Thabari)


Orang-orang arab pada masa jahilyah mengharamkan (mensucikan) bulan ini, mengagungkannya serta mengharamkan peperangan pada bulan-bulan ini. Imam Ibnu Katsir rahimahullah mengatakan, "Bulan-bulan yang diharamkan (disucikan) itu hanya ada empat. Tiga bulan secara berururtan dan satu bulan berdiri sendiri (tidak berurutan) lantaran adanya manasik Haji dan Umrah. Maka, ada satu bulan yang telah diharamkan (disucikan) yang hampir sebelum bulan-bulan Haji, yaitu bulan Dzulqa'dah, kerana ketika itu mereka menahan diri dari perang. Sedangkan bulan Dzulhijah diharamkan (disucikan) karena pada bulan ini mereka pergi menunaikan ibadah Haji, dan pada bulan ini mereka menyibukkan diri dengan pelbagai ritual manasik Haji. sebulan selepas itu, iaitu bulan Muharram juga disucikan kerana pada bulan ini mereka kembali dari Haji ke negeri asal mereka dengan aman dan damai. Adapun bulan Rejab yang terletak di tengah-tengah tahun diharamkan (disucikan) kerana orang yang berada di pelosok Semenanjung Arabia berziarah ke Baitul Haram. Mereka datang berkunjung ke Baitul Haram dan kembali ke negeri mereka dengan keadaan aman. "(Tafsir Ibni Katsir)


Adapun dalil yang terdapat dalam al-Quran tentang bulan-bulan Haram ini adalah firman Allah Ta'ala:


"Mereka bertanya tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: 'Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar ...' "(QS. Al-Baqarah: 217)


Juga firman Allah:


"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syi'ar-syi'ar Allah, dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan Haram ..." (QS. Al Maidah: 2)


Al-Hafizh Ibnu Katsir menyatakan, "Yang dimaksudkan oleh ayat ini adalah pemuliaan dan pensucian bulan tersebut dan pengakuan terhadap kemuliaannya serta meninggalkan semua yang dilarang oleh Allah, seperti memulakan peperangan dan penegasan terhadap perintah menjauhi perkara yang diharamkan ..." (Tafsir Ibnu Katsir)


Allah Ta'ala berfirman:


"Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat (peribadatan dan urusan dunia) bagi manusia, dan (demikian pula) bulan Haram ..." (QS. Al Ma'idah: 97)


Al-Baghawi rahimahullah menuturkan, "Maksudnya bahawa Allah menjadikan bulan-bulan Haram ini sebagai penunaian kewajipan kepada manusia untuk menstabilkan keadaan pada bulan-bulan ini dari peperangan." (Tafsir Al-Baghawi dan Zaadul Masiir). Di dalam ash Shahihahin terdapat hadis dari Abu Bakrah rahimahullah dari Nabi Shalallahu 'Alaihi Wassalam Banwa beliau bersabda:


"Sesungguhnya zaman telah berputar seperti keadaannya ketika Allah mencipta langit dan bumi, dalam setahun itu terdapat dua belas bulan. Empat di antaranya adalah bulan haram (disucikan). Tiga daripada empat bulan itu, (jatuh secara) berturut-turut iaitu Dzulqa'dah, Dzulhijah, Muharram. Sedangkan Rejab (yang disebut juga sebagai) syahru Mudhar, terletak di antara Jumada (ats Tsaniyah) dan Sya'ban. "(QS. Bukhari)


Sekumpulan orang dari generasi salaf berpandangan bahawa undang-undang diharamkannya peperangan pada bulan-bulan haram ini, adalah tetap dan berlangsung terus-menerus hingga saat ini, kerana dalil-dalil terdahulu. Sedangkan yang lain berpendapat bahawa sesungguhnya larangan memerangi kaum musyrikin pada bulan-bulan haram ini telah dipadam (mansukh) dengan firman Allah Ta'ala:


"Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah menganiaya diri sendiri dalam bulan yang empat itu, dan perangilah musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka memerangi semuanya ... "(QS. At-Taubah: 36)


Imam Ibnu Jarir ath Thabari rahimahullah mentarjih (menguatkan) pendapat terakhir ini (lihat tafsir ath Thabari), sedangkan Ibnu Katsir rahimahullah mengatakan bahawa pendapat yang terakhir ini lebih masyhur.

0 comments: