Pages

Monday, September 27, 2010

Kesan Peninggalan Penjajah di Negara Islam.

salam alaikum..[buku Tanggungjawab pemuda hari ini:abu al a'la al maududi]

1. MEROSAKKAN AKHLAK UMMAT
Para penjajah tidak berjaya memesongkan majoriti orang Islam dari Islam sepanjang penaklukan mereka keatas negara-negara itu. Walaupun mereka mencurahkan
tenaga mereka habisaan untuk tujuan ini, ianya tetap tidak berjaya. Oleh kerana itu penjajah telah mengekalkan mereka (anak2 negeri yang dijajah) supaya mereka tetap hidup dalam kejahilan dan dengan merosakkan akhlak mereka. Penjajah memguat kuasakan undang-undang mereka yang diekspot ke negara-negara Ummat Islam sebagai ganti perundangan dan Syariat Islam. Seterusnya mereka membiasakan anak tempatan hidup di atas dasar dan cara hidup yang bukan Islam. Walaupun begitu penjajah masih tidak mampu menarik ummat Islam untuk menentang Islam dan tradisi Islam. Buktinya ialah umat Islam masih tetap cinta kepada Islam
hingga sekarang ini, sama dengan umat Islam di zaman silam. Saudara-saudara akan dapati mereka itu beriman dengan Islam dari lubuk hati mereka. Niat mereka jujur,azam mereka benar, mereka tidak akan redha menganut sistem hidup yang bukan Islam, walaupun mereka tidak memahami Islam secara mendalam dan tidak terdidik dalam perundangan dan pengetahuan Islam. Tidak diragukan lagi bahawa akhlak mereka telah runtuh, adat resam mereka telah musnah dan perasaan-perasaan mereka telah rosak, tetapi pengukuran atau neraca nilai-nilai akhlak tetap tidak berubah.

Ya, kemungkinan mereka akan bermuamalat dengan riba, melakukan zina, meminum arak bahkan memang itu telah berlaku, tetapi saudara-saudara tidak dapati di kalangan mereka ada yang menyatakan halal sesuatu yang diharam oleh Allah kecuali sedikit dari mereka. Ada yang memang benar-benar berhaluan barat yang menghalalkan perkara yang diharam oleh Allah dan mengharamkan perkara yang dihalalkan oleh Allah.
Orang-orang Islam secara umumnya tidak mengangap tarian, nyanyian, permainan siasia dan pelbagai maksiat yang memenuhi malam itu adalah kebudayaan dan dasar cara hidup mereka, sekalipun mereka sendiri terlibat dan berat kaki tangan ketika diajak beribadat untuk menyuci jiwa mereka. Walaupun mereka masih mewarisi cara hidup di bawah undang-undang barat, namun fikiran mereka belum diresapi oleh fahaman yang menyatakan bahawa undang-undang
barat ini adalah lebih betul dan lebih sesuai. Mereka masih tidak dapat menerima katakata undang-undang Islam telah ditelan zaman atau tidak sesuai lagi dengan peredaran
zaman sekarang. Hanya segolongan kecil sahaja yang benar-benar terperdaya dengan tamaddun barat tertarik dengan lahiriah tamaddun ini yakin dengan perundangan dan
sistem rekaan barat itu. Kebanyakan orang Islam umumnya masih beriman teguh dengan perundangan Islam. Mereka menuntut supaya undang-undang Islam dikuat kuasakan didalam negeri mereka.

2. MENJAUHKAN ULAMAK DARI MEMIMPIN MASYARAKAT DAN TERAJU
POLITIK
Para ulama dalam negara-negara Islam dulunya mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan orang Islam secara berterusan, di waktu senang dan susah . Mereka tidak pernah bercakap atau membayangkan kecuali apa yang diyakini bahawa perkara itu daripada agama.

Malangnya alim ulama itu akhirnya menjauhkan diri dari teraju pemerintahan negara dan tidak mencebur diri dalam masalah politik dan sosial, hingga lama kelamaan mereka tidak lagi mampu dan layak untuk membimbing umat dalam bidang politik. Dengan sebab inilah mereka tidak mampu memimpin gerakan perjuangan dan pembebasan yang telah bangkit diakhir-akhir ini di negara Islam yang jatuh dibawah penjajah. Begitu juga mereka tidak dibenarkan menyertai secara langsung didalam pentadbiran negara di zaman selepas kemerdekaan. Tugas mereka dari sudut sosial hari ini tidak lebih dari tugas brek pada enjin kereta. Mereka hanya dapat mempertahankan sedikit sebanyak kelajuan perjalanan hidup sosial. Dalam hal itu pun brek ini telah pecahberkecai di setengah negara Islam. Ada pun pemandu kereta, iaitu golongan pemerintah yang terpengaruh dengan barat terus terjun dengan keretanya itu ke jurang yang dalam dengan dahsyatnya. Mereka menyangka sedang mendaki kemuncak yang tinggi dan
sedang menuju kehebatan.

3. MEMBENTUK SERTA MENYOKONG GERAKAN PERJUANGAN
KEMERDEKAAN YANG PALSU

Gerakan-gerakan kemerdekaan yang lahir di negara-negara Islam yang dipimpin oleh
golongan barat tahu bahawa mereka tidak dapat menggerakkan orang-orang Islam dan berhujjah untuk membangkit semangat orang ramai untuk menyokong gerakan mereka
tanpa digerakkan di atas nama Agama. Ianya perlu mempergunakan slogan 'mengembalikan keagungan Islam' dll. Mereka menyeru orang ramai dengan nama Allah dan Rasulnya. Untuk lebih meyakinkan, mereka mempertentangkan antara Islam dengan kufur. Ini membuat hati orang ramai bertambah cenderung kepada seruan dan laungan mereka dan dapat menggerakkan supaya rakyat mencurahkan tenaga dan jiwa untuk tujuan ini. Mereka bertindak demikian bukan agar orang-orang Islam mengikut jejak langkah mereka dan bergabung dibawah panji dan parti mereka.

0 comments: