Pages

Saturday, January 09, 2010

PeRbAhArUi LaNgKaHMu..




Bismillahirrahmanirrahim

Ku biarkan kalam berbicara..
Ku biarkan pena merungkai kata-kata..

Ku biarkan minda mentafsir segalanya..


Alhamdulillah...Baru sahaja penulis melihat blog kawan-kawan R2J4..kelihatan mereka semua makin hebat dan mantop(
jealous jugak dengan diorang ni)..tapi penulis rasa itu semua mungkin bahagian untuk diorang dan masing-masing ada bahagian masing-masing.Tidak lupa juga kepada adik-adik yang kelihatan bersemangat bagi menyemarakkan dakwah di bumi HIDAYAH.Justeru,kani abang-abanng dan kakak mengucapkan tahniah kepada PRS yang baru dilantik bagi sesi 2010.Semoga kehadiran antum menyemarakkan lagi biah islamiyah di sekolah dengan suasana amar ma'ruf nahi mungkar Perlulah juga diingat disini bahawasanya tujuan kita hidup adalah untuk akhirat sebagaimana firman Allah:

"Barang siapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya,pasti kami berikan balasan penuh atas pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia tidak akan dirugikan.Itulah orang-orang yang tidak memperoleh sesuatu di akhirat di akhirat kelak kecuali neraka,dan sia-sialah di sana apa yang telah mereka usahakan di dunia dan terhapuslah apa yang telah mereka kerjakan" (Hud:15-16)


Apa yang anda faham dari ayat diatas wahai saudaraku??


Mungkin pelbagai tafsiran boleh dinyatakan akan tetapi apa yang penulis ingin tekankan adalah lumrah kehidupan sebagai pendakwah yang kekadang terleka dan terlena dengan kehidupan yang fana..ayat ini memberikan satu teguran buat kita semua khususnya para duat agar jangan sampai kehidupan dunia masuk kedalam diri kita (al-Wahnu)


Sebaliknya kita hendaklah sentiasa berwaspada dan sentiasa mengevaluasi diri dari terjerumus dengan keseronokan dunia kerana tugas dakwah itu wajib dan memerlukan pendukung yang bersih dan jernih hatinya demi menggalas risalah yang cukup suci ini. Sesunggunhya jika diperhatikan kita tidak akan hanyut dengan dunia apabila kita sibuk dengan tugas mengembalikan kegemilangan Islam di muka bumi Allah dan persoalan perjuangan ini kecuali jika dia bohong dalam berdakwah


Proses tarbiah yang dimulai dengan pembinaan individu muslim dan akhirnya sampai kepada ustaziyatul alam memerlukan pendukung yang bersungguh-sungguh kerana kita tidak mahu jumlah yang ramai tetapi tiada kualiti dari setiap mereka umpama buih di lautan..Moga Allah sntiasa memelihara diri kita dari menyimpang dari jalan ini dan membimbing kita disepanjang perjalanan yang kita sedang harungi ini..




Umat kini diibaratkan
buih yang terapung dilautan
dihanyut terhempas
dipukul gelombang
dan lenyap bila dihembus oh angin

Pada siapa nak diharapkan
yang tinggal cuma sebatang tubuh
mulakan dari langkah yang pertama
biar putih tulang jangan putih mata

Gunalah falsafah si cengal emas
simbol tiang seri utama
gagah berjuang ditengah ummah
cahayamu pasti gemilang

Islam pasti bangkit lambat laun
janji Tuhan pasti terlaksana
waktu jangan lagi dibuang sia-sia
obor semangat ayuh kita nyalakan

1 comments:

Anonymous said...

lagu nie sape yg nyanyi?
bleh tlg bg tau x?