Pages

Wednesday, December 30, 2009

SeRuAn iTu..



Bismillahirrahmanirrahim

Ku biarkan pena menulis

Ku biarkan kalam berbicara

Ku biarkan minda berfikir
Firman Allah:
"Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan diatas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka,mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan.Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.(al-Furqan : 63-64)

Alhamdulillah bersyukur kita sekalian kepada Tuhan yang tidak henti-henti memberikan kita kesempatan dan nikmat untuk teru hidup di atas muka bumiNya
Dalam ayat diatas dapat kita simpulkan bahawa sifat seorang dai ada 3 perkara :

1)Tawadhu'(rendah diri)
Ramai mungkin dikalangan dai yang asyik menceritakan kelebihan diri dan menganggap dirinya terbaik berbanding yang lain tanpa menyedari hakikat dirinya

2)Balasan yang baik
Sifat seorang dai itu apabila dicerca,dihina,dimaki hendaklah bersabar dan membalasnya dengan mengucapkan kata-kata yang hasanah dan mendoakan yang terbaik untuk madu'nya
"Apabila kita dibaling dengan batu,hendaklah kita membalasnya dengan buah" (al-Banna)

Begitu juga dengan kisah ketika di Taif diimana Baginda Ar-Rasul dibaling batu hingga berdarah sehingga datang malaikat bertanyakan kepada Nabi adakah Baginda mahu bumi Taif itu diterbalikkan,Namun Baginda menyatakan jika tidak mereke beriman dan menerima ajaran ini anak cucu mereka mungkin satu hari nanti kan menerimanya dan Baginda berdoa:
"Ya Allah berilah hidayah kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui"

3)Bangun munajat di malam hari
Perkara yang mungkin sukar bagi kita untuk melazimkan diri bangun bertahajjud di tengah malam.Namun persepsi ini perlu diubah khususnya bagi para duat kerana tahajud itu sendiri merupakan kekuatan bagi merapatkan lagi hubungan dengan Allah dan meneruskan perjuangan membawa amanah dan risalah yang berat ini.

Firman Allah :
"Sesungguhnya kami akan menurunkan perkataan(amanah) yang berat kepada kamu"
(al-Muzzammil:5)

Disini juga penulis menitipkan sebuah lirik nasyid perjuangan sebagai renungan untuk kita terus bersemangat dalam membawa risalah agung ini di lembaran yang baru bagi 1430 H/2010M..Selamat Tahun Baru ye semua...

Munsyid : Izzatul Islam
bersama ikhwah dalam LKD
Hai Mujahid Muda
Maju kehadapan
Sibakkan penghalang
Satukan tujuan
Kibarkan panji Islam dalam satu barisan
Bersama berjuang kita junjung keadilan
Jangan bimbang ragu
Tetaplah melaju
Hapus bayang semu
Di lubuk hatimu
Bergerak kedepan bagai gelombang samudra
Lantakkan tirani runtuhkan angkara murka
MAjulah wahai mujahid muda
Dalam satu cita tegak keadilan
Singkarkan batas satukan kata
Kebangkitan ISlam telah datang

Tuesday, December 29, 2009

AKU XX, ENGKAU XY




Kita takkan pernah sama
Baik sekepala, mahupun satu rasa.
Apatah lagi untuk punya satu hati, satu jiwa.

Sebab sudah terbukti kita telah berbeza dari segi jenis kromosom nya

Aku XX manakala engkau XY.
Masakan kita boleh sama?

Aku dikatakan kuno,
Hanya kerana diriku mempertahankan apa yang kufahami dari agama aku.
Aku diperlakukan olehmu seolah-olah aku sudah ketinggalan zaman,
hanya semata apa yang aku perjuangkan selama ini.

Engkau katakan aku tidak matang, perlakuanku seperti anak kecil,
hanya kerana bila aku tidak mahu menuruti kemahuanmu.

Aku diperkatakan oleh engkau sebagai seorang perempuan yang berfikiran tertutup,
tidak 'world' dan kononnya aku ini perempuan berlagak baik
kononnya aku ini 'jual mahal'

Namun, aku tidak akan boleh menghalangmu dari berfikiran sebegitu,
kerana ku tahu engkau mungkin tidak tahu
kerana aku tahu engkau mungkin belum faham.

Aku mahu engkau ketahui tentang keadaan diriku
Diriku telah dididik oleh Tuhanku dengan pendidikan tak terkira hebatnya
Diriku yang telah dijaga seperti menatang minyak yang penuh oleh emak dan ayah,
ditarbiyah oleh para guru tercinta
supaya menjaga maruahku
Supaya memelihara kehormatan diriku.
Supaya aku dapat menjadi wanita yang tegas dalam mempertahankan prinsipnya

Prinsip tetap prinsip
Syariat tetap syariat

Bahawa lelaki dan perempuan itu takkan punya alasan untuk ada perkaitan
melainkan bila ada urusan, melainkan keadaan sangat-sangat darurat
melainkan keadaan sangat-sangat memerlukan untuk kita berhubungan.

Antara aku dan engkau, tidak akan punya ikatan
takkan boleh ada hubungan antara hati-hati
melainkan bila takdir Tuhan menetapkan bahawa kita bakal disatukan.

Benar, hanya itu yang benar-benar halal
buat diriku dan dirimu jua.


Oh ya, aku telah lama menetapkan bahawa antara kita punya jurang yang sangat luas
antara kita punya hijab fizikal yang sudah aku tanam sejak sekian lama
Dan bila ku dapati hijab luaran ini semakin teguh berdiri,
maka hatiku juga sudah terhijab dengan sendirinya

Benar, hatiku telah terhijab agar tidak punya sebarang hubungan dengan dirimu

Kerana aku sudah faham,
maka ku harap suatu hari nanti engkau dapat memahaminya juga

Kerana aku mahu mencintai Dia dahulu, utamakan Dia dahulu
Kerana aku lebih mahu mendahulukan Tuhanku melebihi yang lain.


p.s: Semua ini adalah untuk cik XX(baca=CIK bukan ENCIK) Sila tabahkan hati. Sila jadi kuat dalam mempertahankan prinsipmu.


dicopy-paste dari sister Cairo;
http://fathiyyah.blogspot.com/2009/12/aku-xx-engkau-xy.html

Sunday, December 20, 2009

Why UsRaH no SuCCeSs???


Bismillahirrahmanirrahim

Mungkin post kali ini penulis ingin mengutarakan beberapa persoalan untuk kita renungkan
Sejak kebelakangan ini pelajar-pelajar HIDAYAH dilihat semakin mencabar dan pening kepala dibuatnya untuk mencari solusi yang terbaik untuk mengatasi masalah pelajar yang kian meruncing..Namun kita dapat lihat salah satu faktor utama kenapa pelajar-pelajar menjadi demikian adalah kerana usrah yang dijalankan adalah kurang muntijah(kurang berkesan)

Berikut adalah faktor-faktor kenapa usrah yang dijalankan kurang berkesan :

1)Naqib/naqibah tak ikhlas bawa usrah(bawa kerana sekolah suruh..tak de ruh)

2)Isu yang dibawa dalam usrah
(isu lapuk..dah lai n bosan dgn topik yg dibincangkan)

3)communication skill nuqaba' lemah

4)Tak faham lagi konsep urah yang sebenar adalah bermula selepas tasbih kafarah


5)Tak pandai buka hati anak usrah


6)Kurang mengenali anak usrah


7)Biarkan anak usrah masa cuti
(tak de follow up)

8)Anak usrah tak rasa macam dalam usrah


9)Naqib/ah tak yakin bawa usrah


10)Cuba tiru gaya naqib/ah lain tapi tak sesuai dgn diri sendiri

11)Anak usrah tak respect sebab:


-naqib/ah nampak tak bersedia

-naqib/ah jumud (sempit)fikiran

-naqib/ah tak tahu isu terkini

-naqib/ah tak dapat jawab banyak soalan yang ditanya

12)perangai/peribadi di luar usrah teruk
(tak cerminkan diri sebagai naqib/ah)