Thursday, October 01, 2009

Nadwah

Bismillahirrahmanirrahim [96:1]

Selamat Berangkat kepada sebahagian nuqaba' yang dipilih oleh Allah untuk menyertai :

Nadwah Kepimpinan Pelajar
Sekolah-Sekolah Islam Se-Malaysia 2009


Anjuran
Jawatankuasa Tarbiyah MUSLEH

2 - 4 Oktober 2009
Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ,
Sepang , Selangor.

Ikhlaskan diri, tajdid niat-

"Barangsiapa yang menyusuri pada jalan untuk menuntut ilmu itu, Allah akan susurkan pula baginya jalan ke syurga,dan sesunguhnya malaikat itu akan menghamparkan pula sayap-sayapnya kepada mereka kerana redha atas penuntut ilmu itu, dan segala yang ada di langit dan di bumi akan memohon ampun untuk orang yang berilmu itu,sehinggakan ikan yang berada di laut pun memohon ampun untuknya,dan keutamaan orang yang berilmu dengan seorang 'abid (ahli ibadah) itu bagaikan sinaran rembulan yang lebih menerangi daripada sekalian bebintang,dan para ulama’ itu pewaris para nabi,dan sesungguhnya para nabi itu tidaklah mereka mewariskan wang emas walau wang perak,sesungguhnya mereka mewariskan ilmu,barangsiapa yang mengambilnya, maka dia telah mengambil keuntungan yang banyak."
[HR At-Tirmizi]

Moga keberangkatan ini diredhai Allah dan pulangnya dengan ilmu yang diberkati.

WallahuA'lam.

1 comments:

Syihan Md Amir said...

alhamdulillah, semoga ape yang kita perolehi dapat diamalkan.... semoga kepimpinan sekolah semakin mantap pada tahun hadapan.....