Bismillah..
Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menyinari hati yang buta
Alhamdulillah..rasa sudah lama tidak post disini..tahniah kepada adik-adik atas usaha antum menghidupkan blog ini..
sekadar perkongsian bersama:
1) Ayat diatas boleh rujuk surah Yusuf:108, yang mana sebagai
ayat yang menguatkan lagi kita untuk menjadikan D n T ni adalah segala2nya
melebihi apapun dan menjadikan segala paksi kehidupan kita adalah bertujuankan
D n T.
2) Ayat ini juga lebih menjelaskan lagi pada kita tentang
halatju dakwah kita serta konsep 3 T
3) “ Hazihi sabili “ - inilah jalanku, (blh juga rujuk srh
al-Anaam:153) dimana kita meyakini bahawa jalan ini adalah tak lain dan tak bukan
adalah jalan dakwah dimana jika kita lihat dalam buku “Toriqud-Dakwah”, Syeikh
Mustafa Masyhur menyebutkan bahawa “ jalan dakwah ini merupakan jalan yang satu”
4) “ad’uu ila Allah “
- Dapat difahami bahawa dakwah yang kita serukan ini merupakan dakwah kepada
manusia,mengajak manusia kepada Allah bukan pada nama,jemaah,individu dan yang
selain daripada Allah
5) “ala basiratin” – ayat ini membawa kita kepada perlunya
kejelasan kita terhadap jalan yang kita lalui ini supaya kita tidak menjadi
golongan yang gugur dan tercicir serta ragu-ragu dalam
melangkah..wanauzubillah..
Ia juga menekankan beberapa kefahaman kita tentang dakwah (fiqh
dakwah),(boleh baca buku Fiqh Dakwah oleh Mustafa Masyhur) dimana antaranya menekankan
tentang tertibnya maratib amal, tertibnya marhalah dakwah dan tertibnya wasilah
umum dakwah
Maratib Amal :
1)
Individu Muslim
2)
Rumahtangga Muslim
3)
Masyarakat Muslim
4)
Kerajaan Islam
5)
Negara Islam
6)
Khilafah Islamiyah
7)
Ustaziatul Alam
Marhalah Dakwah :
1)
Taarif (pengenalan)
2)
Takwin (pembentukan)
3)
Tanfiz (perlaksanaan)
Wasilah Umum Dakwah :
1)
Iman yang mendalam
2)
Pembentukan yang rapid dan
kemas
3)
Usaha dan amal yang
berterusan
Seterusnya perkongsian tentang kata2 oleh Syeikh Hassan
al-Hudhaibi (Mursyid Am Ikhwanul Muslimin ke-2)
Nahdu Duat Qabla Kulli Syai’
Kita ada dai(penyeru) sebelum segala sesuatu
-
Bila diri kita telah kita
infaqkan sepenuhnya untuk D n T, maka kita akan memastikan kesemua aturan hidup
kita yang pertama sekali adalah untuk D n T..Semuanya adalah atas dasar
kepentingan D n T bukan atas dasar kepentingan peribadi..Semua yang kita
lakukan semua atas nilaian dan neraca D n T
-
Oleh itu bilamana hidup
kita memang secara total untuk D n T maka setiap pemandangan kita,setiap cara
pemikiran kita, setiap pendengaran kita, setiap apa yang lahir dari kata-kata
kita dan setiap yang terzahir dari perbuatan kita kesemuanya melambangkan imej
seorang dai sehingga mungkin boleh disimpulkan dengan sebuah kata2 “ al- Hayah
ad-Daiyah” dimana tiada kehidupannya melainkan kesemuanya kehidupan untuk
D n T
p/s : Allahuakbar..inilah peranan kita,tugas kita yang
sebenar..Sungguh mendalam,besar dan bermakna ayat Allah dan sepotong kata-kata
ini..Moga Allah beri kekuatan pada kita untuk mengaplikasikannya dalam segenap
kehidupan kita..
0 comments:
Post a Comment