Wednesday, March 02, 2011

refleksi


Bismillahirrahmaanirrahiim,

Assalamualaikum w.b.t.

Pernah satu ketika kita membincangkan bersama mengenai perjalanan tarbiah adik-adik kita (akhir 2009). Saya melangkah masuk ke dewan melihat adik-adik yang beremangat untuk membuat dakwah dan tarbiyah. Di akhir pertemuan, saya mengatkan membantu apa yang terdaya setelah sekian lama, maaf. Semoga tulisan ini menjadi nasihat untuk saya dan anda semua.


Adik-adik nuqaba' yang dikasihi,


Paling kurang, kita akan berjumpa dengan mad'u/mutarabbi sekali seminggu. Itupun yang telah diprogramkan. Tapi kita mengetahui bahawa sangat tidak cukup dengan hanya sekadar pertemuan sekali itu. Tidak cukup untuk bertaaruf dengan mereka sedangkan itu merupakan salah satu rukun MDP yang kita semua maklum. Lalu, apakah tindakan kita? Ya, berusahalah untuk bertemu, bertegur sapa dan bermuayashah dengan mereka diluar pertemuan sekali seminggu itu, kerana dengan selalunya kita bersama, hati-hati akan lebih mudah terpaut.

Membuka persoalan hati, kita beriman bahawa Allah lah yang memegang hati-hati kita. Kerana itu dalam bacaan doa rabithah kita setiap pagi dan petang kita memohon kepada Allah agar mempertautkan hati kita semua. Sudahkah kita mendoakan mad'u'mad'u kita?

Pernah sekali ketika saya berada di tempat adik-adik. Dalam sebuah pertemuan, seorang murabbiah menanyakan kami, "Apakah persiapan yang paling penting sebelum kita membawa adik-adik?" Lalu saya menjawab, "Persiapan bahan yang hendak dibentang...." Ternyata jawapan itu tidak tepat kerana yang paling penting ialah doa kita kepada Allah agar ditautkan hati-hati mad'u-madu kita. Jangan sesekali melupakan Allah dalam kita bekerja.

Adik-adik yang moga Allah mempermudahkan urusan,

Pasti kita akan menemui masalah dan halangan dalam usaha kita. Lalu kita mengharakan petunjuk. Sedarlah, Allah akan menunjukkannya melalui cara apa sekalipun. Kadangkala kita tidak sedar. Mungkin sekali melalui mad'u-mad'u kita. Mereka boleh menjadi refleksi kepada diri kita kerana selalunya masalah-masalah yang dihadapi berunca dari diri kita. Sifat orang yang ditarbiyah akan selalu mengintrospeksi diri bak sang khalifah Umar al-Khattab. Kadangkala kita melihat mad'u kita yang bermasalah. Tapi, cuba lihat jauh ke dalam diri. Apakah kita menjadi sebahagian daripada masalah tersebut?

Mungkin dalam pertemuan mingguan, seringkali kita menekankan kepada mad'u-mad'u kita mengenai prestasi mutabaah amal mereka. Bacaan quran, puasa sunat, solat fardhu, solat dhuha dan amal-amal fardi lain semuannya kita nilai. Tapi, di sebalik itu, adakah kita sendiri mengambil berat terhadap mutabaah amal kita? Kita menganjurkan kepada mad'u kita mengenai pengorbanan tapi kita sendiri kurang berkorban. Mungkinkah begitu? Sedar atau tidak kita menjadi qudwah dan perhatian mad'u-mad'u kita. Paling penting, Allah memerhati kita.

Adik-adik yang dikasihi,

Anggaplah ini sebagai anjuran dan motivasi kita bersama. Untuk kita sama-sama merasai kebersamaan dalam usaha meraih redha Allah. Semoga pengorbanan dan usaha adik-adik akan diredhai dan diberkati Allah. Semoga Allah mengampunkan diri ini yang penuh dosa.

Semoga tarbiah tumbuh mekar membasahi bumi hidayah yang kita cintai bersama.

insan biasa penuh dosa,
sudi membantu.

amma