Pages

Sunday, May 09, 2010

refresh


Salamullahi ‘alaikum wa barakaatuh.

bismillahirahmanirrahim,

al HAQQ


(mari berdoa dgn hati yg tulus dan bersungguh2…)

“Ya Allah Engkau bukalah mata hatiku, tunjukkanlah aku yang BENAR itu BENAR dan yang BATIL itu BATIL, pandulah aku mengikuti kebenaran yang Engkau redhai, pimpinlah aku ke arahnya, kuatkan aku ketika melaluinya, jadikan aku tergolong dalam saf2 pejuangmu yang ikhlas..

Hanya Engkau yang BERHAK dan BERKUASA atas segala sesuatu..” (amiiin..)

adik-adik dan sahabat sekalian,

ingin ku persoalkan sesuatu untuk difikirkan & ditingkatkan,

adakah kita malu membawa kebenaran?

malu menyebarkannya?

malu menegakkannya?

malu menyerunya kepada orang lain?

malu mengamalkan akhlaq Islam?


Jika tidak, perteguhkanlah prinsip. Buktikanlah melalui peribadi.

masih ingat? kisah2 sahabat Rasulullah yang TETAP bepegang teguh dgn keislamannya, keyaqinannya kepada Allah dan Rasul. syahadah mereka...

(Bilal,Sumayyah,Ammar Yasir,dll)

walaupun ada disikat dengan besi panas sekalipun,

tetap menegakkannya..Betapa bangganya mereka memiliki Islam..

Syahadah kita... (bagaimana?) Ayuh perkasakannya!!


Dengan Islamlah kita menjadi mulia.

Mengapa perlu malu dengan apa yang dibawa?

walaupun hanya satu ayat, sampaikanlah ilmu itu.

walaupun orang lain sudah tahu, peringatkanlah bila terlupa.


Berikanlah kebenaran kepada semua kerana setiap diri manusia itu BERHAK menerimanya.

Kelak akan disoal, ”kamu gelar dirimu du’at,khalifah.... hanya berdiam diri?”

mana mungkin Islam akan dimiliki,

mana mungkin Islam akan difahami,

dihayati,dijunjung tinggi,dihormati

jika penyampainya tidak bersungguh2 melakukannya..


YA! katakanlah A’iddu! (saya bersedia!!)


Memang tidak dinafikan,setiap diri ada kelemahan,kekurangan.. lumrah manusia yang diciptakan itu lemah. Tetapi,sampai bila ianya menjadi sebuah alasan kita?

bila dikurniakan kelebihan dan kekuatan,

Tutuplah kekurangan sahabat dengan kelebihan kita,

Tampunglah kelemahan sahabat dengan kekuatan kita.


Tetapi, perlu ingat kelebihan dan kekuatan yang kita miliki adalah milik mutlak Allah,

yang Allah amanahkan untuk kita...dan bagaimana kita mensyukurinya?


Bukan untuk dibanggakan,

malah meremehkan kelemahan dan kekurangan orang lain..


jiwa mu’min itu dasar persaudaraannya adalah iman dan kasih sayang..

apabila melihat kekurangan sahabatnya adalah kekurangan dirinya sendiri,

bukan peluang merendahkan/ menjatuhkan satu sama lain.


perkuatkan thiqoh dalam ukhuwwah yang terbina.

keep hammasah in dakwah!!

Hanya Allah yang MAMPU memudahkan segalanya..


’alallahi tawakkalna, hasbunallahu wa ni’mal wakiil

wa La haula wala Quwwata illa billah

3 comments:

taqwaforever said...

a'udzubillaahi minasy syaithonir rajiim..

bismillahirrahmaanirrahiim..

"sentiasa akn ada sekelompok umatku yang sentiasa memperjuangkan kebenaran, mencabar & menentang musuh2 mereka. Musuh2 mereka tidak dapat memeberi mudharat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusan. Mereka tetap dlm keadaan sedemikian..


jadilah antara golongan yang memperjuangkan kebenaran..

wallahua'lam.

~[Wardah al-Farafishah]~ said...

salam'alaikum warahmatullah

subhanallah walhamdulillah wallahuakbar!
post yg memberi teguran dan tarbiyah yg sgt baik.

insyaAllah,akn menjadi golongan yg mmperjuangkn haq

p/s: dah lama x cntct kak rufaidah [rindu]

kak rufaidah said...

salam, ukht nailah..hehe jom kita pindah site (msg/mel). agak terbuka di sini. :D