Pages

Tuesday, August 04, 2009

H1N1 sUaTu EvALUaSi

Bismillahirrahmanirrahim

Bersyukur kepada Allah kerana memberikan kepadaku nikmat kesihatan supaya terus istiqamah dalam beramal soleh demi meningkatkan lagi ketaqwaan kepada Allah

Minggu ini sekolah Hidayah dicutikan kerana penyakit influenza H1N1 yang semakin merebak di negara kita sehingga tempiasnya sampai kepada kita semua

Sebelum melangkah lebih jauh ana nak kongsikan sedikit pengalaman ana tentang wabak ini.Untuk pengetahuan semua pada hari ahad yang lepas,jiran taman ana seorang kanak-kanak berumur 12 tahun meninggal dunia disebabkan penyakit H1N1 ini.Pada mulanya ana hanya mahu pergi majlis perkahwinan di rumah jiran ana tapi ana naik pelik sebab selalunya bila pergi rumah kahwin ini orang akan pasang lagu macam-macam tapi hari tu tuan rumah pasang lagu berzanji dan hampir semua orang pakai tudung walaupun ada sebelum ni yang tak pakai tudung

Jadi ana cuba memerhatikan keadaan sekeliling dan ana nampak van jenazah masuk ke dalam rumah kanak-kanak tersebut.Mayatnya diusung masuk kedalam rumah untuk disolatkan.Alhamdulillah dapat bersama sembahyangkan jenazah adik ini.Selesai solat ana jumpa kawan ana(abang dia) dan mengucapkan takziah kepadanya.Dia menceritakan bahawa adiknya telah masuk hospital sejak hari rabu lepas disebabkan demam panas dan akhirnya suspek H1N1.Berita ini masuk kedalam suratkhabar dan kenak-kanak ini merupakan mangsa yang ke-6 dalam Malaysia meninggal dunia akibat penyakit H1N1.



Kesimpulan yang ana dapat buat setelah merenung dan berfikir kenapa penyakit ini begitu cepat merebak sehingga kesannya dapat dirasai oleh warga HIDAYAH sehingga sekolah tutup selama semingguSecara zahirnya boleh kita katakan bahawa ia merupakan faktor cuaca dan persekitaran yang kurang sihat.




Namun hakikatnya Allah mahu kita semua kembali kepadaNya..kembali kepada fitrah insani..Allah mahu kita segera bertaubat kepada Allah atas segala dosa yang kita lakukan..kembali mendaulatkan syiar Allah..kembali mengagungkan kebenaran risalah yang dibawa Rasulullah

Ini semua sebagi satu peringatan dari Allah supaya kita perhebatkan kembali tanggungjawab amar ma'ruf nahi mungkar yang semakin hilang dan pudar dalam masyarakat SMIH DAN SRIH.Memang tahun ini adalah tahun yang sangat mencabar dimana setiap batch ada masalah dan fiil tersendiri.Memang sebelum ini banyak kemungkaran dan kebathilan telah melata di sekolah Hidayah akibat kita menolak kebenaran ajaran Islam dan mengabaikan tugas dakwah dan tarbiah di sekolah kita yang tercinta ini

Mungkin ini adalah sebagai satu pembersihan dari segi rohani yang Allah datangkan kepada kita semua kepada kita dan juga sebagai titik permulaan kepada kita semua untuk menghancurkan dan meninggalkan segala kemungkaran dan sifat jahiliah yang telah lama bertaak dalam hati warga HIDAYAH

fIRMAN ALLAH :

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga kaum itu sendiri yang mengubahnya "

Oleh itu masih ada ruang dan waktu untuk kita perbaiki keadaan sahsiah diri dan hati kita kerana bala Allah tidak datang kepada orang yang berbuat maksit sahaja namun ia datang kepada semua meskipun didalamnya ada golongan orang soleh.Ingatlah bahawasanya Islam dan dakwah itu tidak memerlukan kita tapi kita yang memerlukan Islam dan Dakwah itu sendiri. ISLAH NAFSAKA WAD'U GHAIRAKA







Akhir kalam mari kita renungkan kata pujangga yang indah ini :
"Alangkah indahnya jika Islam itu letaknya di hati bukan disisi"

0 comments: