Friday, July 10, 2009
DuHaI aKhie
Akhie..
Saya sayang akhi kerana allah..
saya manusia, akhi juga manusia. Mana ada yang terlepas dari salah dan silap.
Akhi,
akhi seorang yang jujur.
Selama saya berkenalan dengan akhi, saya rasa seronok. Seronok dengan kejujuran. Walaupun kita hanya duduk bersebelahan. Tidak sepatah pon yang terungkap. Tapi cukup buat saya rasa hangat ukhuwah bersama akhi.
Akhi, mungkin sebab lama kita tak jumpa. Saya tak tahu apa terjadi pada akhi. sedih. suka. gundah. lapang. Doa buat akhi semoga dipermudahkan.
Akhi,
Terus kuat ya! Tabah dalam dakwah! Ada rezeki kita jumpa lagi...
Teringat satu sms yang saya beri kepada sahabat-sahabat yg lain.
"Sahabat, walau wajah tidak bertatap, tangan tidak berjabat,
badan tidak didakap, mohon maaf dipinta.
Kerna pasti selama kita bersama ada hati yang terluka,
jauh mana kita berada, lama mana kita tak berjumpa,
kita tetap sahabat. Selagi ruh belum tercabut,
selagi nyawa belum terputus, selagi itulah perjuangan perlu
diteruskan. Andai perjumpaan kita tak sama
seperti sekarang. Bicara tak semesra dahulu, tingkah
laku menjadi kaku, andai kita tidak sehaluan,
Maaf sekali lagi dipinta. Semoga ukhuwwah
kita diredhai Allah. Akhie~ Uhibbuka Fillah..."
Imam al-banna berkata:
"Saudara yang jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. Sedangkan mereka, jika tidak bersamanya akan bersama dengan orang lain. Serigala akan hanya menerkam kambing yang bersendirian. Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain."
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain. (Al-Taubah: 71)
Uhibbuka Fillah Ya Akhie!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
rindu.
Post a Comment