Thursday, February 05, 2009

>>MuRiD GaZa GuNa AbjAd LuaH DeRitA<<


FATMA Zidane El-Banneh, 8, mangsa bom fosforus ditemani ibunya Azza, kembali ke sekolah Beit Lahiya, Gaza yang musnah dibedil Israel.

ABC rujuk kepada perang

GAZA: Bagi kanak-kanak yang menjadi mangsa kegilaan Israel mengebom Gaza, perkataan baru untuk disesuaikan dengan abjad semakin biasa dengan mereka dan semuanya menggambarkan apa yang diharungi selama 22 hari.

"A bagi Apache (helikopter tempur), B bagi blood (darah). A untuk apple (epal) dan B bagi ball (bola) tidak sesuai lagi sekarang. C untuk coffin (keranda) dan D bagi destruction (kemusnahan)," kata Shaimaa, 10, pelajar sekolah rendah.


Dalam buku notanya, Shaimaa menulis koleksi sempurna abjad, semuanya berdasarkan serangan besar-besaran rejim Zionis yang meragut lebih 1,350 nyawa termasuk 437 kanak-kanak dan mencederakan 5,450 yang lain.


Menegaskan koleksinya lebih sesuai dengan perbendaharaan kata yang digunakan rakan sekelasnya dalam kehidupan seharian mereka, Shaimaa berkata, abjad baru itu perlu dimasukkan dalam kurikulum sekolah.

Ramai kanak-kanak di Gaza seperti Shaimaa, menghasilkan perbendaharaan kata baru berdasarkan kekejaman yang mereka saksikan sepanjang serangan Israel.

Amal Yunis, seorang guru, tidak melihat koleksi abjad Shaimaa, tetapi berkata ramai kanak-kanak dalam kelas tadika menggunakan perkataan sama.


Dia mengingatkan kembali ketika memasuki kelas sambil memegang gambar epal, bunga dan arnab, dengan harapan warna terang gambar itu dapat menggembirakan pelajarnya.

"Anak-anak, siapa tahu perkataan apa bermula dengan F," tanya Yunis dan dengan pantas dijawab oleh Amgad: "Saya tahu. Ia adalah 'F-16' (pesawat tempur)."

Yunis sedaya upaya meyakinkan Amgad jawapan betul ialah flower (bunga) tetapi sebaliknya terkejut apabila perkataan lain yang dikeluarkan kanak-kanak itu ialah fear (ketakutan), flee (melarikan diri) dan fire (api).

Di seluruh Gaza, kanak-kanak bercakap bahasa baru yang membayangkan pengalaman menakutkan selama 22 hari. - Agensi (Sumber:www.bharian.com.my)

Sekadar renungan buat mereka yg lupa akan nikmat keamanan yg sdg dirasainya dlm menuntut ILMU..


0 comments: