WARTAWAN Iraq melemparkan kasut kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush ketika sidang media bersama Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki, bagaimanapun balingan itu tidak menepati sasaran. -fotoAP
BAGHDAD: Kunjungan Presiden George W. Bush semalam sepatutnya menjadi lawatan terakhir ke Iraq sebelum meninggalkan White House bulan depan.
Beliau tidak menerima “cenderamata penghargaan” daripada rakyat Iraq, sebaliknya menerima balingan kasut ketika mengadakan sidang media bersama Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki.
Seorang wartawan Iraq melemparkan dua kasut terhadap Bush tetapi tidak menepati sasaran kerana beliau sempat mengelak balingan.
Kasut itu kemudian mengenai dinding belakang.
Nouri bagaimanapun cuba menyelamatkan Bush walapun balingan itu tidak mengena.
“Ini ciuman perpisahan untuk anda, anda anjing!” jerit wartawan berkenaan dalam bahasa Arab.
Dia kemudian dikenali sebagai Muntadar al-Zeidi iaitu koresponden bagi saluran televisyen Iraq, Al-Baghdadia yang berpangkalan di Kaherah, Mesir.
Kemudian Bush bergurau: “Ia (kasut) bersaiz 10.”...................
PERSOALAN: adakah cara itu berhikmah? (bincangkan). apa pendapat anda?
wallahua'lam.
2 comments:
hikmah.hikmah..hikmah pule.....
Salam... hikmah atau tidak merupakan persoalan yg kedua... knapa? Pertama kita perlu tahu emosi seseorang ketika dia melakukan begitu... Kedua dia didorong oleh minda separa sedar utk melakukan begitu tanpa memikirkan akibatnya... Gimana pula dgn kita, seandainya ana berada ditempatnya ana mungkin melakukan perkara yg sama.... Diam tidak bererti suka atau tak...
please remember that..
Post a Comment