Saturday, December 27, 2008
TeRaSa DiRi iNi LeMaH...
Assalamualikum ana ucapkan kepada semua ikhwah, para da’i, para pemuda dan pemudi yang semangat untuk Islam, semoga Allah membalas usaha yang dilakukan dengan ganjaran disisinya dan keredhaannya, hanya kepada Allah kita mengharapkan ganjaran. Alhamdulilah Allah telah menganugerahkan kita iman dan islam, memberi kita petunjuk dan bimbingan dalam menempuh jalan ini.
Sesungguhnya jalan ini terlalu panjang dan penuh dengan liku-liku dan rintangan yang perlu ditempuh. Sesungguhnya, hakikat jalan ini ialah untuk mengislah seluruh alam ini mengikut yang dikehendaki Allah dalam Alquran dan Assunnah rasulnya, mengikut islam ini sepenuhnya tanpa berbelah bagi. Hakikatnya kita nak mengislah dunia yang penuh dengan kejahilan, kezaliman, kekufuran, dunia yang penuh dengan maksiat. Hakikatnya kita sedang menentang segala kekufuran, yahudi, kristian, zionis, freemason, thoghut, syaitan yang direjam dan segala bentuk kekufuran yang dirancang dengan penuh teliti yang telah meresap masuk ke dalam jiwa manusia muslim dan kafir.
Diri ini tiada kekuatan untuk melawan semua kekufuran ini, kekuatan ekonomi, kekuatan senjata, kekuatan politik semuanya tiada. Diri ini terlalu lemah tiada apa-apa kekuatan melainkan:-
1.Kekuatan Allah
Tiada kekuatan melainkan Allah, diri ini terlalu lemah tak mampu untuk membuat apa-apa, untuk memegang hati manusia, untuk mengubah diri manusia, untuk mengubah dunia ini, mustahil dan mustahil. Kalaulah bukan kerana Allah diri ini tiada disini untuk teruskan perjuangan dan tak mampu untuk buat apa-apa. Ya Allah berilah kekuatan kepada kami untuk terus berjuang, untuk mengubah jiwa manusia mengikut petunjuk-Mu Ya Allah bantulah kami, Ya Allah sekiranya engkau tak membantu kami tiada siapa dapat menolong kami. Amat pentingnya untuk kita menjaga hubungan kita dengan Allah, munyucikan diri kita dari dosa, kerana kalau bukan kerana Allah kita tak mampu untuk buat apa-apa. Dengan izin Allah atas usaha kita sajalah ummat ini akan bangkit dan segala kekufuran akan jatuh.
2.Kekuatan ukhuwah
Diri ini terasa lemah, rasa seperti ingin putus asa dan tak mampu buat apa-apa. Tapi alhamdulillah diri ini mempunyai ikhwah yang berada disisi berjuang atas jalan yang penuh rintangan dan panjang. Ikhwah yang sentiasa memberi semangat, dorongan dan bimbingan. Ikhwah yang sentiasa berada disisi di kala susah dan senang, yang menziarah ketika sakit dan sihat, yang sentiasa ingat dalam doanya. Duduk dan hidup bersama ikhwah menjadi tazkirah dan taujih walau tak berkata apa-apa. Bergerak dalam satu saff dan jemaah menuju matlamat yang satu untuk mencapai keredhaan Allah. Ya Allah ampunilah dosa kami dan ikhwah yang telah beriman sebelum kami, jangan Engkau jadikan perasaan dengki dalam hati kami, Engkau satukanlah hati-hati kami. Ya ikhwah bersama kita menjaga ukhuwah antara kita sehingga kita mengalahkan musuh dan bertemu Allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment