Pages

Sunday, December 14, 2008

sucikan hati, bangkitkan jiwamu!


bismillahirrahmanirrahim,

salam kepada semua. macam mana hati dan iman kita sekarang? (*tanyalah soalan ini setiap masa dlm diri kita).

Hebatnya didikan Allah pada kita setiap hari, setiap masa, setiap detik. dan setiap didikan itu diajarnya pada kita melalui ujian-ujianNya mengikut kadar kesanggupan kita. kemampuan kita. Dalam Allah ingin mengajar kita sabar, itu juga melalui ujianNya. dan segala bentuk didikan secara kita tidak sedari banyak yang Dia ajar pd kita melalui ujianNya. Cuma kita manusia yg tidak menilai harga didikan yg Dia beri, akhirnya menjadi sia-sia dan menambah dosa kerna asyik menyalahkan ketentuan itu, sedangkan ianya TERBAIK buat kita. "kenapa mesti berlaku pada ana?" (*baru kudengar pg tadi), selalu mengeluh (*sedangkan kita mampu menghadapinya kerana Dia tidak pernah memberatkan hambaNya) dan berputus asa dalam meneruskan perjalanan bertemu dgnNya.

renungkan, hidup kita adalah sebuah perjalanan yang panjang dan penuh dengan duri di sana sini. dlm perjalanan ini juga ada penghalang kita untuk kita sampai ke destinasi (menuju Allah) bertemu dgnNya atau sesuatu tarikan supaya kita lupa untuk meneruskan perjalann ini. biarkan kita merasa keperitan dan kesakitan duri-duri itu ketika kita melalui perjalanan ini. hiraukan tarikan itu, pandangkan matamu di hadapan. Lihat! Allah di sana! Jangan putus asa. teruskan langkahmu. Dalam perjalanan ini, langkahlah dengan berhati-hati (inilah taqwa) kuatkan ketabahan hatimu, mohon Dia kekuatan dan kesabaran. supaya tidak diperdayakan dengan tarikan sementara itu dan diberi kekentalan dlm mengharungi duri dan tarikan ini. Ingat duri (ujian) yang pertama amat bermakna buat kita. ia yang akan menjadi panduan utk duri yang akan datang.dan kemungkinan duri yang kita kan temui di hadapan nanti lebih hebat berbanding yang pertama. Persiapkanlah dirimu (iman) sentiasa agar dapat melepasi duri dan tarikan seterusnya dgn baik.

" jika Allah tidak memberikan didikan melalui ujianNya, bagaimana kita mahu tahu apa itu sabar? bagaimana kita menggambarkan redha? syukur itu apa? apa hikmah tawakkal? taqwa pula bagaimana? bagaimana kemanisan iman itu? bila kita ber Ihsan? dan banyak lagi. Jangan sia-siakan didikanNya yg datang pada kita bila-bila masa pun ia datang. terimalah dengan hati yang terbuka. Diakan Maha Ar-Rahim. Maha Al-'Alim. Dia tahu apa yg terbaik buat hambanya. Usah menyalahkan setiap ketentuan yang diberikan pada kita. sebaliknya ambillah peluang didikan "special" yg Dia sediakan khas buat kita, supaya kita lebih dekat pd Dia. InsyaAllah jika kamu sabar, bertambah hebat hadiah, ganjaran yg Allah sediakan. Tapi, ganjaran ini jauh lebih hebat dr apa yang kita sangka- sangkakan. Dan bukan itu sahaja, secara tidak langsung kita dapat kuatkan diri, hati, jiwa dan iman juga dapat ditingkatkan Alhamdulillah!

Peliharalah kesucian hatimu agar ia mampu melahirkan amalan-amalan yg memberatkan mizan kita di akhirat kelak serta menyelamatkan kita dr dihumban ke nerkaNya kelak. Na'udzubillahiminzalik. Astaghfirullah. Melalui lisan (*lidah), adakah kita gunakannya utk selalu menyebut nama2Nya, melalui mata (*apakah yg kamu perlihat), melalui tangan (untuk apakah kamu gunakannya), melalui kaki (adakah ia membantumu di akhirat kelak). dan segala anggota yg Allah beri kita pinjam buat sementara. betapa miskinnya kita. Tapi kayakanlah dirimu dgn amalan-amalan yg menuju ke syurgaNya sementara pinjaman ini belum tamat tempoh. Gunakanlah sebaiknya. InsyaAllah, diganjari olehNya kelak. Yakinlah! Dia Maha 'Adil dan Teliti dlm setiap pekerjaan kita.

seperti ada satu anologi. perkongsian dr sahabat sebaya:

"Hidup ini umpama sebuah game. Untuk memenangi game ini kita perlukan banyak point (yaitu pahala). untuk dapatkan point tersebut memang mencabar. banyak cabaran-cabaran yang menduga tahap kekuatan hati dan jiwa. itulah ujian drNya. dan dalam masa yang sama kita tidak ditunjukkan berapa banyak point yang kita dah kumpul. Tapi, jika kita melanggar peraturan game ini, kita akan ditolak point-point yang telah dikumpul. dan ganjarannya adalah syurga. Berlumba-lumbalah untuk mengumpulkan point yang banyak kerana kita tidak tahu berapa banyak point yang telah kita kumpul. dan kemungkinan ketika kita syok mengumpul point-point tersebut, kita telah melanggar peraturan game ini (itulah perosak amalan spt tidak ikhlas, riya') menyebabkan point kita berkurang-dan berkurang. Tempoh permainan game ini tidak diberitahu tamatnya. tetapi sebelum ianya tamat secara tiba-tiba, kumpulkanlah sebanyak mungkin point-point itu. Semoga Berjaya!"

lakukanlah sebanyak mungkin kebaikan di dunia ini kerana dunia ini adalah kebun akhirat, tempat kita menanam sebanyak mungkin tanaman yang kita dapat hasilnya untuk kehidupan akhirat kelak. Di akhiratlah tempat kita menuai kembali tanaman2 tersebut. Bagaimana dengan tanaman-tanaman anda?

Dengan melakukan kebaikan, secara tidak langsung dapat menghapuskan dosa-dosa kita yang tak terkira banyaknya. dan dengan melakukan kejahatan juga dapat menghapuskan pahala kebaikan kita yang sedia ada. Apabila kita ingin melakukan sesuatu kebaikan, ajaklah, serulah orang disekelilingmu untuk bersama-sama melakukannya. kerana sekiranya apabila kita mengajak melakukan kebaikan dan ada orang yang melakukannya, pahala itu akan berterusan sehingga hari kiamat. Manakala jika kita mengajak orang lain melakukan kejahatan, dosa kejahatan itu akan berterusan sehingga hari kiamat. MasyaAllah, yang mana satu kita mahu, untuk keselesaan, kebahagiaan, dan kemewahan hidup kita kelak? terpulang..

keseluruhannya, kita lihat amat mudah untuk kita mendapat pahala, hanya niat sahaja pun sudah mendapat satu kebaikan. jika dbandingkan dengan dosa, ianya sukar untuk diperoleh berbanding pahala yang Allah sediakan. Tampunglah dosamu itu dengan pahala (amal kebajikan). Jom kita kumpul banyak2 point!

wallahua'lam.

0 comments: