Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,
sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan,
belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,
berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,
hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan...
Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya.
Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi...
Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani =)
semoga kata2 diatas menaikkan semangat kita untuk terus berkerja..
jom senyum.
1 comments:
ya.semua semangat.semua gembira buat kerja masingmasing.semua suka buat kerja masingmasing.semua nak lagi buat kerja lain sebab kerja masingmasing da siap.semangat nak buat banyakbanyak kerja.sampai lupa nak fikirkan pasal penat.sebab semua suka buat kerja ni.suka.DIA pun suka korang.DIA tetap beri kekuatan supaya korang terus kuat+semangat untuk buat kerja ni.korang pun lagi suka+korang tak nak tinggalkan jalan ni.semoga DIA menjaga hatihati korang supaya riak+takabbur tak datang jumpa korang lepas tu cuba mainmain dengan hatihati korang.ameen/
Post a Comment