Saturday, April 07, 2012
Rindu 8#
12 Julai 2016.
Petang itu begitu hening. Angin bertiup lembut. Kelihatan dua orang
pelajar sedang tekun mengulangkaji pelajaran di taman . Maklumlah, PMR hanya
tinggal dua bulan.
“ Aah!! Husna, jom lah, kita jalan-jalan kejap keliling sekolah. Ana
mengantuklah.. Dari pagi asyik belajar saja.. Penat!”
“ Okey, Ayu. Jom.”
Husna dan Ayu berjalan-jalan sambil menikmati panaroma indah
persekitaran sekolah. Burung berkicau riang. Pokok bunga segar menghiasi laman.
Kucing tidur di kaki lima. Semuanya seakan tenang.
“ Alhamdulillah.. Cantiknya persekitaran sekolah kita, “ ujar Ayu.
“ Kita perlu berterima kasih kepada pekebun sekolah. Banyak yang telah
mereka bantu. Ana rasa, kalau tiada mereka, kita terpaksa melakukan tugas
kebersihan itu sendiri, macam pelajar-pelajar di Jepun. Tapi, ana tak faham,
kenapa sedikit sahaja di kalangan kita yang memberi salam atau bertegur sapa
dengan pekebun-pekebun sekolah. Majoritinya, kita akan lalu dengan muka penuh
selamba, “ balas Husna.
“ Betul. Perbuatan tu menggambarkan kita ini orang yang sombong dan
bongkak. Apa salahnya kalau kita menyapa pekebun itu. Kalau tak berbual panjang
pun, cukup dengan hanya salam.”
“ Betul tu. Ana teringat, satu hadis riwayat Abu Hurairah ra.; ia berkata:Rasulullah saw. bersabda: Seorang yang
berkenderaan hendaknya mengucapkan salam kepada pejalan kaki dan pejalan kaki
mengucapkan salam kepada orang yang duduk dan kumpulan yang kecil mengucapkan
salam kepada kumpulan yang besar.”
“ Budaya salam dah semakin hilang. Ana bimbang.” Ayu mengerutkan dahi.
Riak cemas tergambar jelas di wajah.
“ Jangan bimbang, Ayu. Kalau dah makin pupus, ertinya, kita perlu
hidupkan semula. Kalau kita nak budaya tu hidup semula, kita tak boleh
mangharapkan orang lain. Sebaliknya, biarlah kita yang memulakannya. “
Ayu sedikit terpujuk. Ya, kalau mahukan perubahan, kita tak boleh
mengharapkan orang lain yang lakukan untuk kita. Tapi, kita sendiri yang
sepatutnya terlebih dahulu menyinsing lengan, turun padang dan menuju medan
juang.
“ Terima kasih, Husna.”
Ayu menguntum senyuman. Sedikit sebanyak, dia kagum dengan Husna.
Sahabatnya yang seorang itu begitu positif menjalani hidupnya. Dia masih ingat,
kata-kata Husna sewaktu dia gagal meraih keputusan yang cemerlang dalam PMR.
“ Tiada istilah masalah dalam hidup ini. Yang ada hanya cabaran dan
ujian. Hadapi dengan tenang. Allah kan ada? Yakin, Dia lebih mengetahui yang
terbaik buat hambaNya. Yang penting, kita usaha. Natijahnya, kita serahkan
kepada Allah. “
Kata-kata itu nampak mudah, tetapi, ia menusuk ke qalbu tanpa sebarang
hijab. Kata-kata itulah yang memberinya semangat untuk bangkit selepas
kekalahan. Benar, yang ada hanya cabaran dan ujian.
“ Ayu..”
Ayu tersedar dari lamunan. Dilihatnya Husna sedang menghidu sesuatu.
Aneh.
“ Husna, kenapa?”
“ Bau rokok.”
Ayu terdiam. Seketika kemudian, receptor
di hidungnya seakan dirangsang stimuli.
Bau asap rokok menusuk hidung.
“ Bau. Rasanya, dari arah makmal itu.”
Ayu menundingkan jari ke arah bilik yang jaraknya tiga meter dari
mereka. Mereka menapak perlahan-lahan.
Setapak demi setapak. Tatkala tiba di muka pintu, alangkah terkejutnya
mereka apabila melihat sekumpulan pelajar sedang merokok. Namun,kehadiran
mereka berdua belum disedari.
“ Ayu!Husna! ”
Ayu dan Husna menoleh. Ustaz Zahazan mendekati mereka berdua.
“ Ustaz nak maklumkan.. Eh, bau rokok!”
Serentak, Ustaz Zahazan mengalihkan pandangan ke dalam makmal dengan
riak mukanya yang serius.
“ Antum buat apa kat sini? “
Suara tegas itu bagai halalintar membelah langit. Semua yang ada di
situ kaget. Husna dan Ayu berpandangan sesama sendiri.
“ Merokok? Dari mana antum dapat rokok? “ suara Ustaz Zahazan perisis
guruh yang berdentum. Semua yang berada di situ kecut perut.
“ Er.. Dari.. Abang Munawar,” jawab salah seorang daripada mereka.
“Hah? Munawar?!”
Pelajar itu mengangguk. Ustaz Zahazan seakan tidak percaya. Husna dan
Ayu juga kelihatan kaget. Bukankah Munawar itu ialah seorang yang
berkepimpinan, tampak kemas, begitu sederhana peribadi. Pendek kata, dia begitu
disenangi semua!
“ Ayu, Husna, panggil Ustazah Zalilah, guru disiplin. Dan minta sesiapa
panggilkan Munawar. Yang lain, ikut Ustaz ke bilik kounseling, sekarang! “
Serta-merta, arahan itu dipatuhi. Bermula detik itu, terbongkarlah
seribu satu rahsia! Siapa sangka, Munawar selama ini menjadi mastermind dan ketua dalam agenda
penyebaran rokok di sekolah!
bersambung..
Labels:
Karya
Rindu 7#
Suasana
musolla sunyi, tidak seperti hari-hari biasa. Yang kelihatan hanya dua orang
gadis, berteleku, bertafakur sejenak. Husna dan Ayu baru selesai mengerjakan
solat dhuha. Maka, masing-masing mengambil masa untuk manadah tangan, berdoa,
bermunajat.
“..
Ya Allah, kabulkan.. Amin..” Husna meraup wajah. Terasa tenang menyelimuti
diri. Husna yakin dengan firmanNya;
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka
dengan "zikrullah".
Ketahuilah dengan "zikrullah" itu,
tenang tenteramlah hati manusia. (28)
Husna
menoleh, memandang Ayu yang sedang khusyuk berdoa. Wajahnya yang mulus sedikit
terlindung. Namun, tudungnya kelihatan basah. Ada suatu yang tidak kena pada Ayu, detik hati Husna.
Ayu
meraup wajahnya yang basah dengan air mata. Matanya agak sembam kerana asyik
menangis sebulan dua ini. Ujian yang datang bertimpa-timpa membuatkan dirinya
letih. Adakalanya, rasa putus asa hadir. Namun, cepat-cepat diubati dengan
zikir. Dia tetap yakin, Allah menguji mengikut kadar kemampuan. Cuma, dia hanya
manusia biasa, yang punya kelemahan.
“
Ayu, okey? “
Husna
menyentuh lembut bahu sahabatnya yang seorang itu.
“
Okey,” balas Ayu, cuba untuk melemparkan senyuman manis kepada Husna. Dia tidak
senang untuk berkongsi masalahnya dengan orang. Baginya, itu hanya membuatkan
orang lain susah hati. Pastinya, dia tidak suka menyusahkan orang.
“
Betul okey?” Husna menyoal, penuh lemah lembut.
Ayu
terdiam, menunduk. Air mata menitis, membasahi pipi.
“
Enti, Allah dah tak sayang ana,ke?” aju Ayu. Nadanya sedikit sebak, seolah
menahan tangisan.
“
Kenapa enti cakap macam tu?” begitu lembut Husna membalas.
“
Macam-macam ujian menimpa ana, Husna. Mak ayah ana bercerai semasa ana
Tingkatan 1, masing-masing pergi membawa haluan masing-masing dan meninggalkan
ana dengan nenek. Sekali setahun sahaja mereka menjenguk ana, Husna. Itu pun
masa raya. Neneklah tempat ana bergantung kasih, mengharap sayang. Tapi,
sekarang nenek ana dah tiada. Sekarang, ana nak tinggal dengan siapa? Bila
bercuti, ana menumpang di rumah saudara. Segan, Husna. Ana segan menyusahkan
orang. Yuran sekolah pun ditanggung Pak Su. Kasihan Pak Su, terpaksa menanggung
yuran pengajian ana yang tinggi, sedangkan gajinya sebagai pemandu teksi itu
tidaklah seberapa. SPM pun makin hampir. Tapi, banyak lagi silibus yang ana tak
boleh catch up. Periksa hari tu,
banyak yang fail. Entahlah, ana rasa
sia-sia ana ambil SPM. Result cemerlang pun, tak boleh nak ke mana-mana IPT
untuk sambung belajar. Pembiayaan sekarang bukannya murah. Adik-adik QC ana pun
entah kenapa… Ana rasa, apa yang ana sampaikan dalam QC sedikit pun tak sampai
ke hati adik-adik. Entahlah, Husna.. Ana rasa, ana hidup ni untuk menyusahkan
orang saja. Baik ana tak payah hidup.”
Ayu
kembali menangis. Husna sedikit terkejut. Dia tidak pernah menyangka sahabatnya
yang selama ini dilihat begitu kuat dan ceria, sebenarnya ditimpa
bermacam-macam masalah. Sebenarnya, dia tidak pernah tahu bahawa Ayu tinggal
bersama neneknya. Dia sedikit kesal dengan dirinya yang tidak begitu prihatin
dengan keadaan sahabatnya. Sedangkan, selama ini, dia bersungguh-sungguh
menghidupkan suasana ukhuwwah fillah di sekolah. Apa guna kesungguhannya itu jika dengan
sahabat sendiri pun ukhuwwahnya masih renggang. Husna beristighfar panjang,
kesal.
“
Ayu, Allah uji ikut kemampuan, kan? “
“
Ya. Ana tahu itu. Tapi, ini berat, Husna. Berat.”
“
Ayu, ada orang yang ujiannya lagi berat. Enti masih ada mak ayah dan enti kenal
mereka. Ada orang yang ditinggalkan mak ayah sejak kecil. Mereka tak kenal pun
erti kasih sayang. Enti masih ada nenek, Pak Su, keluarga yang menyayangi enti.
Malah, enti juga ada kawan-kawan dan guru yang sedia membantu. Enti beruntung,
Ayu. Enti beruntung sebenarnya..”
“
Apa yang untungnya ana, Husna? Ana tak beruntung..”
“ Enti
beruntung sebab sekurang-kurangnya, enti pernah merasai kasih sayang mak ayah
enti. Ana tak. Sejak kecil, ana duduk dengan keluarga Zul. Parents ana orang
sibuk, Ayu. Bila balik cuti, mereka selalu tiada di rumah. Ana sunyi duduk kat
rumah sorang-sorang. Adik-beradik pun tiada. Sebab itulah, ana lagi suka duduk
di asrama, walaupun rumah ana dekat. Apapun, ana tetap bersyukur, walaupun
hakikat itu terpaksa kita telan. Sebab ujian itu nikmat. Getir itu menyebabkan
kita tabah. Tapi, ana yakin satu hakikat. Rahmat Allah itu sangat luas, Ayu,
sangat luas.”
Suasana
duha itu hening. Matahari bersinar terang, tidak begitu terik. Husna dan Ayu
diam, larut dalam emosi dan memori masing-masing. Ya, semua manusia itu diuji
dan pernah merasa detik kegelapan dan kegagalan dalam hidupnya. Tanpa derita,
bagaimana mungkin seseorang itu memperbaiki dirinya.
“
Ayu, ana nak kongsi dengan enti satu sajak yang ana suka. Ana simpan dalam
dompet. Ke mana-mana ana pergi, ana bawa. Sebab baitnya memujuk ana untuk terus
kuat. Nah, cuba tengok ni, “ ujar Husna, menghulurkan sekeping kertas kepada
Ayu.
Dalam
esak tangisnya, Ayu mula membaca.
Puisi Warna Bahagia
Adakala
kita perlu kepada derita
Biar
dihargai erti bahagia
Bukanlah
senang seperti disangka
Adakala
jatuh itu adalah perlu
Biar
nanti terasa manisnya erti bangun itu,
Untuk
engkau terus usaha tanpa jemu.
Dunia
sepi tanpa itu semua,
Hidup
kaku hilangnya warna,
Kalau
yang wujud hanyalah warna bahagia.
Sedih,
jatuh, derita dan terluka,
Adalah
juzuk warna hidup kita,
Yang
dengannya,
Kita
belajar mensyukuri harga bahagia,
Yang
dengannya,
Kita
belajar untuk terus bangun mengejar syurga.
~[051211]~
Afdholul
Rahman CA
Irbid
Puisi
Warna Bahagia
1508
Langit
Illahi.
Ayu tersentuh. Dia terdiam sejenak. Tidak
semena-mena, dia bangkit menghadap kiblat, lalu mengerjakan sujud syukur. Husna
terpaku, bingung dengan tindakan sahabatnya yang seorang itu. Seketika
kemudian, Ayu bangkit dari sujudnya lalu menadah tangan berdoa. Husna turut
mengangkat tangan, meng-amin-kan doa sahabatnya itu.
“ Husna, terima kasih, “ ujar Ayu, menatap wajah Husna.
Matanya masih sembam. Tetapi, kelihatan ada sinar di situ. Bibirnya
juga mula mengukir senyuman.
“ Sama-sama. Maaf kalau ana tak menjadi sahabat yang baik buat enti.”
“ Tak. Patutnya, ana yang ucap terima kasih kepada enti. Sebab enti adalah
sahabat terbaik ana.”
“ Apa yang enti doa tadi?” soal Husna.
“ Nak tahu? Hm.. Ana doa, supaya Allah kabulkan semua permintaan enti.
Enti doa apa?”
“ Ana doa, supaya Allah izinkan kita sama-sama beriringan masuk ke
syurga nanti.”
Air mata Ayu menitik. Dia begitu terharu dengan sahabatnya yang
seorang itu. Husna hanya tersenyum. Matanya berkaca, namun, tidak tumpah.
“ Husna,” ujar Ayu.
“ Hm?” Husna menoleh. Pandangan mereka bersatu.
“ Uhibbukifillah.”
“ Uhibbukifillah aidhan.”
Sinar duha itu menyaksikan dua sahabat yang berukhuwah kerana Allah,
memperbaharui dan memperteguh hubungan mereka. Mereka berpelukan erat. Rasa
sayang itu mengalir, seolah memancarkan cahaya di segenap penjuru alam.
Burung-burung berkicau riang, menyanyikan lagu irama kehidupan. Ukhuwah, bukan
untuk diperjuangkan, tetapi, ia adalah natijah daripada iman. Jika ukhuwah itu
lemah, maka, yang perlu dikuatkan itu ialah iman. Ya, iman itu menjadi paksi!
***
Sudah hampir tiga bulan aku
menjadi adik angkat Abang. Selama itu jugalah, aku berasa hidupku sangat
bahagia. Senang kata, aku merasakan dunia ini aku yang punya! Segala
keinginanku dipenuhi. Pernah suatu ketika, Abang menurut apabila aku
mengajaknya menemani aku membeli-belah di Mall. Sebenarnya, Kak Ayu pernah
menegur tindakanku yang satu ini, entah mengapa, nasihat itu sekadar bermain di
cuping telinga. Ia tidak tembus ke hati.
“ Zul, isu abang angkat adik angkat ini sebenarnya tidak dibolehkan.
Ia jalan menuju zina. Sebenarnya, konsepnya sama dengan couple. Namanya saja
yang lain. Hubungan antara lelaki dan perempuan ajnabi, tetap tidak dibolehkan,
melainkan melalui perkahwinan yang sah. Ana pesan sekarang, supaya enti tak
menyesal nanti. Sebab bila seorang tu betul-betul sayang pada kita, dia akan
hormat kita. Lelaki yang gentleman takkan berani sentuh perempuan. Tapi lelaki
yang lebih gentleman takkan berani sentuh hati perempuan. ”
Begitulah pesanan Kak Ayu. Tetapi, bagiku, selagi aku tidak
bersentuhan, membuka aurat atau berzina, menjadi adik angkat Abang itu masih okey.
“ Assalamualaikum. Jauh menung, Zul.”
Aku tersentak. Kuangkat sedikit wajah. Setentang denganku, Munawar
sedang berdiri tegak, persis sedang berkawad. Di tangannya, ada satu bungkusan
berbalut kemas.
“ Waalaikumussalam. Eh, tak ada lah.. Bungkusan untuk siapa? Apa di
dalamnya?”
“ Hm.. Agak-agak?”
“ Ntah,” ujarku, mengangkat kening.
“ Rahsia.”
“ Hish, abang adik pun main rahsia-rahsia,ek?”
“ Ya.”
“ Sampai hati.”
“ Nak tahu?”
Aku mengangguk.
“ Isinya jubah. Abang nak bagi pada someone yang special buat Abang.”
Aku sedikit teruja. Jubah? Someone special? Aku mula merasa ada
sesuatu yang tidak kena.
“ Tapi, Abang memerlukan bantuan Zul,” sambung Munawar lagi, sedikit
tersenyum.
“ Huh?”
“Abang nak Zul bagi ni pada kakak Zul.”
“ Kakak?”
“ Ya, kakak angkat Zul.”
Aku semakin bingung. Setakat yang aku tahu, aku hanya ada abang
angkat. Tak pernah ada kakak angkat. Eh, melainkan…
“ Kak Husna? ”jawapanku membuatkan Munawar tersengih lebar.
“ Ya. Kalau Zul nak tahu, Abang dah lama jatuh hati pada dia.
Macam-macam Abang try untuk dekati dia. Tapi, satu haprak pun dia tak layan.
Dia hebat, macam mawar. Cantik, tapi, penuh dengan duri. Abang pernah ajak dia
untuk berjumpa, tapi, dia tetap enggan. Segala surat dan hadiah yang Abang
beri, dia pulangkan semula. Katanya,hatinya sudah dicuri dia. Tapi, Abang tahu
yang Abang tak boleh berputus asa. Masih ada peluang. Jadi, Abang perlukan Zul
untuk dapatkan Husna.”
Lidahku seakan terkunci. Rasa kecewa yang teramat sangat. Paling
utama, rasa dikhianati dan diperbodoh-bodohkan. Mataku mula berkaca.
“ Eh, kenapa nangis?” aju Munawar.
Aku masih membisu. Terasa kesal kerana tidak mengendahkan nasihat Kak
Ayu. Abang bukanlah lelaki gentlemen. Hakikatnya, dari segi zahir, semuanya
hebat. Tetapi, cuba ditanya soal iman, hm…
“ Zul minta maaf. Zul tak nak jadi adik angkat Abang dah. ”
Munawar resah. Dia sedar yang dia sudah terlepas cakap. Namun, apakah
daya? Terlajak kapal boleh diundur, terlajak kata, badan binasa. Cepat-cepat
dia memujuk.
“ Ala.. Abang gurau saja tadi. Nak tengok Zul cemburu ke tak. Cemburu
kan tanda sayang? Sebenarnya..”
“ Sebenarnya Abang nak gunakan Zul untuk rapat dengan Kak Husna ,kan?
No way, Abang, or I should say Mr M! Not even once! Enta mungkin boleh tipu ana
tentang adik angkat lah, abang angkat lah, terangkat-angkat lah. Tapi, tentang
Kak Husna, enta tak akan dapat dekat dengan dia walau setapak!”luah aku,
menggenggam penumbuk.
“ Hey.. Relax lah.. Ana tak buat apa-apa pada enti, okey? Ana tak
pernah pun cakap ana sayang enti sebagai adik. Enti yang berlebih-lebih anggap
ana sebagai Abang..”
“ Heh, wait a minute , sir. Bukan ke enta yang beria-ia memujuk ana
supaya jadi adik angkat enta?”
“ Bila masa ana beria-ia? Bukan
enti yang pilih untuk jadi adik angkat ana?”
“ Hish, dasar lelaki tak gentlemen langsung!”
“ Ana lelaki gentlemen,okey?”
“ Ya? Kak Ayu kata, lelaki yang gentleman takkan berani sentuh
perempuan. Tapi lelaki yang lebih gentleman takkan berani sentuh hati
perempuan.”
Munawar mendengus benci. Dia sedar bahawa dia di ambang kegagalan. Dia
gagal mengawal emosi dan amarah. Panas baran, itulah tabiatnya sejak kecil.
“ Ana sekadar berusaha untuk dekati Husna. Itu saja. Salah ke
berusaha? Allah sendiri suruh berusaha, “ ucap Munawar.
“ Ya, tapi, matlamat tak menghalalkan cara.”
Aku dan Munawar sama-sama menoleh ke arah pintu. Ustaz Zahazan
tercegat di situ. Perlahan-lahan, beliau melangkah masuk. Riak mukanya serius.
“ Er.. Ustaz, buat apa kat sini? “ aju Munawar, terketar-ketar.
“ Hm.. Sepatutnya Ustaz yang tanya enta Munawar, apa yang enta buat di
sini? ”
“ Er..”
“ Nak mengulang sejarah tahun lepas, kah? Tak serik lagi? “
Ustaz Zahazan merenung Munawar tajam. Aku terpinga-pinga. Apa kisah
tahun lepas? Ada sesuatu yang berlaku melibatkan Munawar kah?
***
Labels:
Karya
Rindu 6#
Zul, ana
rasa enti ini ada secret admire la..” ujar Qamarina, suatu hari. Ketika itu, kami berada di kantin,
bersarapan.
“ Ish,
enti ni.. Apa pulak? Enti demam,ek?” balasku, yang sememangnya malas melayan
perkara berkaitan isu cinta ini.
“ Enti
ni.. Tiap-tiap pagi, enti dapat hadiah atau note di bawah meja. Ertinya, mesti
ada orang bagi.”
“ Ana
biarkan sahaja hadiah tu. Pasal note tu, ish, ana geli nak baca.. Ayatnya macam
suami isteri. Sayang la, abang la.. Ish, geli ana.”
Ya,
ana akui, seminggu dua ini, ana seringkali didatangi beberapa hadiah dan note,
atau lebih tepatnya surat cinta daripada seseorang yang menggelarkan dirinya
sebagai M. Sebenarnya, aku agak
gembira dengan kehadiran surat itu. Rasa mahu disayangi dan dicintai itu hakikatnya
fitrah, tak mampu ditolak atau dibuang. Lebih-lebih lagi sewaktu zaman remaja
ini. Namun, kucuba kawal semaksima mungkin. Kata-kata Kak Ayu suatu ketika
dahulu aku jadikan pegangan. Kata-katanya begini;
“
Wanita solehah itu tidak suka mengenali dan dikenali, tidak suka memandang dan
dipandang. DI bibirnya tiada meniti nama-nama lelaki, dan di bibir lelaki,
tidak meniti namanya. (Saidatina Fatimah r.a.)..”
Berbekalkan
kata-kata itulah, aku punya semangat dan kekuatan untuk menghadapi cabaran ini.
Jauh di sudut hati, aku bimbang jika aku larut dalam perasaan ini. Apakah ini dinamakan cinta sejati
anugerah Illahi? Atau, ia sekadar cinta monyet yang berasaskan nafsu, penuh
fantasi? Hm..
“ Dah
lah, Qamarina .. Ana malas nak fikir tentang tu. Lagi serabut ada lah.. Lebih
baik ana fokus pada Peperiksaan Semester 1 yang bakal menjelang dua minggu
lagi, “ ujarku.
“ Eh,
betul juga! Eh, nak teman ana ke bilik guru tak? Ana nak jumpa Ustazah
Shuhaida, “ balas Qamarina pula.
Aku
mengangguk. Lalu, kami bingkas bangkit dari kerusi. Sebentar lagi, loceng
sekolah akan dibunyikan menandakan waktu perhimpunan. Maka, kami perlu
bersegera.
Di
satu penjuru kantin, kelihatan dua orang insan yang berkemeja kemas sedang rancak
berbual.
“ Ish,
dia tu jual mahal lah.. Ana try beri hadiah, bagi surat, satu haprak pun dia
tak layan. Buat don’t know..”
“ Ala,
Munawar.. Relax lah.. Ada harapan
lagi.. Cuba bungakan lagi ayat enta.. Perempuan kan mudah cair dengan ayat
manis..”
“ Ya,
ana tahu. Tapi, dia ini spesies lain lah, Zaid ..”
“
Maksud anta, dia menjaga diri dan maruahnya? Ala.. pujuk sikit-sikit,
lama-lama, dia tunduklah pada enta..”
“
Tapi, susah lah..” ujar Munawar , menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“
Kalau susah, baik enta cari yang lain! Siapa tak nak pada enta Munawar? Banat
tengok sekali, terus cair. Rupa ada, otak ada, suara ada, semuanya lengkap satu
pakej. Buat apa enta terhegeh-hegeh mengejar dia?”
“
Entahlah.. Dia ni special sikit..”
“
Huh?” Zaid mengerutkan dahi.
“
Sebenarnya.. “
“ Yes?
“
***
Suasana
kelas 4 Ibn Sina sunyi sepi. Masing-masing menunduk, tekun menjawab soalan
Sejarah yang diberikan Ustaz Zahazan. Sesekali, kedengaran suara bisikan. Di
hadapan, Ustaz Zahazan sibuk menaip. Sesekali, beliau menjeling, melihat
keadaan pelajar.
Tuk,tuk,tuk.
Bunyi ketukan pintu memecah kesunyian. Semua mengangkat muka, memandang ke arah
pintu. Kelihatan seorang pelajar tercegat di muka pintu.
“
Assalamualaikum, Ustaz. Maaf mengganggu. Boleh ana berjumpa dengan Kak
Zulaiqa?”
“
Waalaikummussalam. Kenapa enti nak jumpa dengan Zulaiqa?” soal Ustaz Zahazan,
tegas. Sememangnya, beliau kurang senang dengan tindakan pelajar yang suka
mengetuk pintu kelas atas urusan tidak penting,terutamanya ketika sesi
pembelajaran.
“ Er..
Nak beri barang, Ustaz, “ balas pelajar itu,tergagap-gagap.
“ Hm.
Cepat. 30 saat saja. Zulaiqa!”
Aku
tersentak. Cepat-cepat aku bangkit dari kerusi lalu mendapatkan pelajar itu.
“
Kenapa?” ajuku.
“ Nah,
Kak. Ada orang bagi, “ ujar pelajar itu, menghulurkan sekeping note.
“ Huh?
Okey, apa pun, terima kasih, “ balasku, mencapai note itu lalu dimasukkan ke
dalam kocek. Lantas, aku masuk ke kelas kembali.
“
Kenapa banat tu?” Qamarina menyoal, perlahan.
“ Dia
bagi note. Dia kata ada orang bagi.”
“ Apa
note tu tulis?”
“
Entah, ana tak tengok lagi. Malaslah..”
“ Ish,
dia ni.. Cepatlah..”
Oleh
kerana tidak tahan mendengar desakan dan rungutan Qamarina, aku pun mencapai
note itu lalu kubuka berhati-hati. Bimbang andai Ustaz Zahazan nampak. Kalau
Ustaz nampak, alamatnya, habislah aku…
‘
Salam.. Zulaiqa, hope you’re in tip top condition. By the way, I just want to
ask you to meet me at 1 alHawarizmi, today, 5 pm. I just want to have a talk
with you. I really do.. Please, after this, I will never disturb you, I
promise. - by : M ‘
“ Dari
Mr M yang sangat annoying tu. Ish, dia ni tak faham ke, kita nak beraman-aman
sendirian ? ” bentakku, perlahan.
“ Kenapa Zul?”
“ Mr M
ajak jumpa. Hari ni. ”
“
Habis tu, enti nak jumpa ke?”
“ Dia
cakap, dia tak akan kacau ana lagi kalau ana jumpa dia. Itulah, aku pun
confused. Lagipun, aku teringin tahu siapa Mr
M ni. Rasanya..”
“
Zulaiqa! Qamarina! Berbual saja dari tadi. Kerja dah siap? Kalau dah siap, ada
lagi soalan yang Ustaz nak beri.”
Aku
kaget ditegur Ustaz Zahazan. Qamarina juga begitu.
“
Be..lum, Ustaz..” jawab Qamarina, sedikit gagap.
“
Jadi, kenapa berbual? Cepat, siapkan. Siapa yang tak siap, tak boleh rehat. ”
“
Baik, Ustaz.”
***
Jam di
tangan menunjukkan tepat pukul lima. Aku dan Qamarina sedang menanti kedatangan
Mr M
1 alHarizmi. Rasa serba salah bertamu. Adakah benar apa yang aku buat
sekarang? Tapi, aku berjumpa supaya dia tak kacau aku lagi. Tapi, boleh ke?
Atau.. itu sekadar kata-kata manis dia untuk memancing aku?
“
Assalamualaikum.”
Aku
sedikit terkejut. Kelihatan Munawar tercegat di muka pintu. Munawar, pelajar
tingkatan lima yang menjadi kegilaan pelajar banat. Wajahnya yang kacak,
suaranya yang merdu, pandai berbicara dan pencapaian akademik yang tidak kurang
hebatnya. Pendek kata, dia ini boleh dikategorikan sebagai lelaki idaman
wanita.
“ Mr
M?” ajuku, sedikit cuak. Qamarina yang berada di sisi juga terpinga-pinga.
“ Ya,
Zulaiqa. Kot ye pun, jawablah salam dulu, “ balas Munawar, melangkah masuk ke
kelas dan menghampiri kami.
“
Waalaikummussalam. Ya, ada apa-apa ana boleh bantu?” tegasku.
Munawar
menarik sebuah kerusi lalu duduk setentang denganku. Pantas, aku menjarakkan
sedikit. Rasa tidak selesa terbit di hati. Qamarina pula seakan bisu, terus
menatap wajah Munawar.
“
Okey, apa anta nak?” ujarku, sedikit terketar.
“ Ana
nak enti pulangkan semula apa yang enti curi dari ana, Zulaiqa. Kalau enti tak
nak pulangkan, enti kena ganti semula, “ ujar Munawar, tersenyum.
“ Mana
ada ana curi dari enta apa-apa. Kenal enta pun tak pernah, “ balasku, jengkel.
“ Heh?
Enti nak tahu apa yang enti curi?”
Aku
diam, menanti jawapan.
“
Hati.”
“
Hati?”
“ Ya,
enti curi hati ana. Jadi, ana nak, enti ganti semula hati ana dengan..”
Aku
semakin keliru. Bingung dengan kerenah mamat yang seorang ini.
“ Ana
nak hati enti, “ ujar Munawar, merenungku tajam.
Aku
semakin tidak senang duduk. Qamarina yang berada di sisi seolah-olah tiada
berfungsi. Dia seakan dipukau panahan asmara.
“ Ana
nak, enti jadi adik angkat ana, “ sambung Munawar lagi.
Suasana
petang itu begitu hening, cukup menenangkan. Namun, berlainan pula dengan cuaca
hati aku ketika itu. Rasanya seperti Perang Dunia Kedua sedang tercetus! Nafsu
seakan membuak-buak untuk berkata ‘ya’. Almaklumlah, menjadi adik angkat kepada
seorang lelaki idaman wanita, siapa yang tak mahu! Di satu sudut lain, iman
seakan memaksa untuk berkata ‘tidak’. Pergelutan yang sangat rumit. Argh!
“ Adik
angkat ni lain dengan couple. Couple yang haram. Adik angkat-abang angkat ni
boleh.. Ala.. kita anggap macam kita ni satu family, gitu? Lagipun, ana
teringin nak rasa ada adik perempuan.. Adik beradik ana semuanya lelaki. ”
Kata-kata
Munawar membuatkan aku lebih keliru.
“
Okey. Tapi, sekadar adik angkat, bukan couple, “ akhirnya aku bersetuju.
Munawar
tersengih.
“
Untuk jadi adik ana, yang pertama, jangan panggil ana ‘Mr M’. Tapi, panggil
‘abang’.”
“
Abang?”
“ Ya.
Dan abang pula akan panggil Zulaiqa sebagai Zul, boleh? Macam abang dengan
adik..”
“
Hm..”
“
Okey, Abang pergi dulu, Zul. By the way, ni nombor telefon abang. Kalau
apa-apa, jumpa je.. I’ll always free for you.. Assalamualaikum..”
Munawar
berlalu. Aku menarik nafas lega. Qamarina masih beku di situ. Semuanya seakan
berlalu perlahan petang itu. Entah mengapa, jauh di sudut hati, aku merasakan
suatu yang tidak kena.
***
Khabar
aku menjadi adik angkat Munawar, atau lebih tepatnya, Abang, menjadi buah mulut
seluruh warga sekolah, terutamanya pelajar banat. Ada yang cemburu, ada yang
mengusik, ada yang memuji, ada yang datang kepadaku meminta berkongsi rahsia
bagaimana ia boleh terjadi dan tidak kurang juga yang mencaci. Aku? Seperti
biasa, tetap tenang walau apa pun yang berlaku kerana aku yakin, apa yang aku
lakukan ini tidak salah. Aku bukan couple, aku hanya menjadi adik angkat Abang.
Menurut Abang, perkara itu tidak salah kerana ia bertujuan merapatkan ukhuwwah.
Hubungan
aku dengan Abang semakin erat. Hampir setiap hari, kami bertemu, saling
berkongsi cerita. Jika dahulu, aku mengajak Qamarina untuk menemani, namun,
kini tidak lagi. Abang dengan adik, kalau nak berjumpa, tak perlu berteman,
kan? Sungguh, aku terasa disayangi dan dilindungi. Lebih membuatkan aku terasa
dihargai ialah apabila dia membelikan iPad sempena hari ulang tahunku.
Pastinya, aku sangat gembira kerana itulah alat yang paling kuinginkan! Aku
pernah memintanya pada ayah, namun, ayah meletakkan syarat bahawa aku perlu mencapai
straight A’s untuk peperiksaan kelak. Hanya dengan itu, ayah akan membelikan
aku iPad.
Tetapi,
Abang telah menghadiahkannya kepada aku terlebih dahulu. Abang juga selalu
membantuku menyiapkan kerja sekolah. Malah, dia selalu memotivasikan aku untuk
bergiat aktif dalam aktiviti sekolah. Sedikit sebanyak, aku berasa bangga dan
bersyukur kerana memilih untuk bersetuju menjadi adik angkatnya.
***
bersambung....
Labels:
Karya
Subscribe to:
Comments (Atom)






