Pages

Monday, April 04, 2011

BeNiH itu....TaNaMLaH !!!

banin+ikhwah+ustaz..
banat+akhawat+ustazah..

اءن قامت الساعة وبيد أحدكم فسيلة فاستطاع ألا تقوم حتى يغرسها فله بذالك أجر

Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan salah seorang kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum berlaku kiamat,maka hendaklah dia menanamnya dengan itu dia mendapat pahala” (hadis Nabi)

Beberapa Prasangka

¡Maka bersegeralah kamu semua meminta ampun terhadap dosa yang telah kamu lakukan agar Dia mematikan kamu dalam keadaan beriman dan menerim taubat serta membangkitkan kamu diatas petunjuk
¡Bersegeralah,bersihkan tangan kamu daripada kotoran tanah dan bersihkanlah jiwa kamu.Tinggalkanlah semua urusan dunia dan hadapkanlah hatimu kepada akhirat
Gambaran Kiamat
¡Mereka takut kepada berlakunya hari yang boleh melucutkan anak daripada ibu yang menyusukannya dan menggugurkan kandungan ibu yang mengandung serta manusia dalam keadaan mabuk
Suatu Ke ' pelik ' an
¡Rasulullah tidak bersabda kpd mereka dengan apa yang disangkakan bahkan bersabda dengan perkara yang menghairankan yang tidak terlintas di hati
manusia

¡Ya Allah!

Dia hendaklah menanamnya?!

Benih tamar yang tidak akan berbuah kecuali setelah beberapa tahun!

Sedangkan hari kiamat sudah hampir berlaku?

Ya Allah apakah ini semua?!!

¡Inilah dia manhaj hidup..manhaj hidup islam

¡Inilah dia istimewanya islam..tidak ada disana jalan akhirat yang bernama ibadah dan jalan dunia yang namanya kerja..

¡Jalan yang tidak pernah memisahkan diantara kerja dan ibadah dan tidak juga antara ibadah dan kerja..Jalan akhirat itu jugalah jalan dunia tanpa ada pemisahan dan persimpangan

¡Konsep pemisahan antara dua ini telah menguasai dunia dan manusia dalam jangka masa yang lama
¡Mereka yakin bahawa beramal untuk akhirat bermakna kita putuskan hubungan dengan dunia dan bekerja untuk dunia bererti korbankan waktu kita untuk akhirat
¡Ketika manusia menjalani kehidupan berdasarkan fikrah ini,mereka akan mengalami pertarungan yang berterusan yang menyesat & menghairankan.Hidup penuh dengan jiwa yang bercelaru dan perasaan yg tertekan
¡Matlamat kehidupan mereka hanyalah meraih kepuasan nafsu tapi kita lain..
Ket.Nuqaba'@PRS dari b10-b13..
dari kiri: akh saifullah(b13),akh Syihan(b12),akh Syafiq(b11),akh Baihaqi(b10)

¡Allahu Ghayatuna
¡Ar-Rasul Qudwatuna
¡Al-Quran Dusturuna
¡Al-Jihad Sabiluna
¡Al-Maut Fisabilillah Asma Amanina

¡Dunia tidak menyibukkan mereka dari ingat akhirat dan mereka tidak disibukkan oleh akhirat dari ingat dunia kerna keduanya adalah satu jalan
Beberapa Tamthilan..
¡Kisah 1
¡Ketika Baginda hendak wafat..Baginda masih lagi disibukkan dgn urusan dunia & manusia, pengislahan muka bumi, memberikan petunjuk kpd manusia, menggariskan manhaj yg perlu mereka lalui dan meneguhkan tiang-tiang agama..

¡Berikan kepadaku kitab supaya aku catatkan sesuatu yg mana selamanya tidak sesat selepasnya” (hadis Nabi)
¡Kisah 2
¡Ketika Salahuddin menang perang Salib ke atas musuh agamanya yg mencabuli perjanjian,menyembelih muslimin didalam Baitul Maqdis dan mencabul kehormatan manusia dgn ganas & menjijikkan,beliau tak pernah ikut hawa nafsunya,tak berdendam,tak bunuh mereka bahkan beliau telah memberikan keampunan & kemaafan-(cnth kganasan israel)

¡Inilah dia ajaibnya islam yang menjadikan Salahuddin terus bekerja tanpa lupa Allah dan tak pisahkan kedua jalan..
barisan fasi ikhwah b10-b12..

Say 'NO' to 'PUTUS ASA'

¡Kadang2 sorang peniaga putus asa drpd berusaha tapi keuntungan akn mendorongnya sekali lagi utk berusaha
¡Sesungguhnya du’ah adalah org yg paling banyak terdedah kpd penyakit putus asa & amat perlu kpd istiqamah dlm dakwah(mgkn blum rasa skrg)
¡Racun yg merosakkan hati para du’ah ialah manusia menolak dakwah..ketika itu para du’ah akn putus asa &merasa lemah dlm dakwah kec. Ruh orang2 yg berupaya menanam benih itu..never give up
fAHAMiLAH..
¡Kita tak berinteraksi dgn alat & jentera tapi kita berinteraksi dgn jiwa..ia lebih keras dr alat&jentera
¡Kamu tidak dipertanggungjawabkan dengan hasil sesuatu kerja tetapi kamu hanyalah disuruh bekerja.Curahkan segala tenagamu dan jangan fikirkan hasilnya"
(sabda ar-Rasul)
manhaj taghyir & prospek amal kita...
¡Bekerja didunia untuk mengejar akhirat & beramal untuk akhirat dengan bekerja di dunia
¡Ya Allah jadikanlah dunia ditanganku bukan dihatiku

Saturday, March 19, 2011

Mustahilkah untuk melakukan perubahan???

Mustahilkah? Susahkah? Pasti jawapannya tidak mustahil.

Tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah).

Tiba-tiba terfikir satu persoalan.

Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?

Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?

"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" - [Surah Az-Zukhruf 43 : 37]

"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - [Surah Az-Zukhruf 43 : 62]

Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak.

Yang mana lebih kita kejarkan? Perbuahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya?

Pastinya yang lebih baik.

Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang peuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.

Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia:

"Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!"

"Alhamdulillah, A dah mula berubah insya Allah sentiasa dirahmatinya"

Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya.

Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri.

Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - [Surah Al-Ankabut 29:2]

Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu?

Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya.

Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu.

Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah.

Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.

Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun. Jangan biar jalan kita dihiasi dengan futur

Wednesday, March 02, 2011

refleksi


Bismillahirrahmaanirrahiim,

Assalamualaikum w.b.t.

Pernah satu ketika kita membincangkan bersama mengenai perjalanan tarbiah adik-adik kita (akhir 2009). Saya melangkah masuk ke dewan melihat adik-adik yang beremangat untuk membuat dakwah dan tarbiyah. Di akhir pertemuan, saya mengatkan membantu apa yang terdaya setelah sekian lama, maaf. Semoga tulisan ini menjadi nasihat untuk saya dan anda semua.


Adik-adik nuqaba' yang dikasihi,


Paling kurang, kita akan berjumpa dengan mad'u/mutarabbi sekali seminggu. Itupun yang telah diprogramkan. Tapi kita mengetahui bahawa sangat tidak cukup dengan hanya sekadar pertemuan sekali itu. Tidak cukup untuk bertaaruf dengan mereka sedangkan itu merupakan salah satu rukun MDP yang kita semua maklum. Lalu, apakah tindakan kita? Ya, berusahalah untuk bertemu, bertegur sapa dan bermuayashah dengan mereka diluar pertemuan sekali seminggu itu, kerana dengan selalunya kita bersama, hati-hati akan lebih mudah terpaut.

Membuka persoalan hati, kita beriman bahawa Allah lah yang memegang hati-hati kita. Kerana itu dalam bacaan doa rabithah kita setiap pagi dan petang kita memohon kepada Allah agar mempertautkan hati kita semua. Sudahkah kita mendoakan mad'u'mad'u kita?

Pernah sekali ketika saya berada di tempat adik-adik. Dalam sebuah pertemuan, seorang murabbiah menanyakan kami, "Apakah persiapan yang paling penting sebelum kita membawa adik-adik?" Lalu saya menjawab, "Persiapan bahan yang hendak dibentang...." Ternyata jawapan itu tidak tepat kerana yang paling penting ialah doa kita kepada Allah agar ditautkan hati-hati mad'u-madu kita. Jangan sesekali melupakan Allah dalam kita bekerja.

Adik-adik yang moga Allah mempermudahkan urusan,

Pasti kita akan menemui masalah dan halangan dalam usaha kita. Lalu kita mengharakan petunjuk. Sedarlah, Allah akan menunjukkannya melalui cara apa sekalipun. Kadangkala kita tidak sedar. Mungkin sekali melalui mad'u-mad'u kita. Mereka boleh menjadi refleksi kepada diri kita kerana selalunya masalah-masalah yang dihadapi berunca dari diri kita. Sifat orang yang ditarbiyah akan selalu mengintrospeksi diri bak sang khalifah Umar al-Khattab. Kadangkala kita melihat mad'u kita yang bermasalah. Tapi, cuba lihat jauh ke dalam diri. Apakah kita menjadi sebahagian daripada masalah tersebut?

Mungkin dalam pertemuan mingguan, seringkali kita menekankan kepada mad'u-mad'u kita mengenai prestasi mutabaah amal mereka. Bacaan quran, puasa sunat, solat fardhu, solat dhuha dan amal-amal fardi lain semuannya kita nilai. Tapi, di sebalik itu, adakah kita sendiri mengambil berat terhadap mutabaah amal kita? Kita menganjurkan kepada mad'u kita mengenai pengorbanan tapi kita sendiri kurang berkorban. Mungkinkah begitu? Sedar atau tidak kita menjadi qudwah dan perhatian mad'u-mad'u kita. Paling penting, Allah memerhati kita.

Adik-adik yang dikasihi,

Anggaplah ini sebagai anjuran dan motivasi kita bersama. Untuk kita sama-sama merasai kebersamaan dalam usaha meraih redha Allah. Semoga pengorbanan dan usaha adik-adik akan diredhai dan diberkati Allah. Semoga Allah mengampunkan diri ini yang penuh dosa.

Semoga tarbiah tumbuh mekar membasahi bumi hidayah yang kita cintai bersama.

insan biasa penuh dosa,
sudi membantu.

amma