Pages

Wednesday, September 08, 2010

kisah ikramah abu jahal


Ikrimah Bin Abu Jahal

Salam alaikum..sekadar tatapan utk kita semua. ini di copy drpd org lain. moga bermanfaat.

...Abu Ishaw As-Ayabi’i meriwayatkan, ketika Rasulullah SAW berhasil menaklukkan kota Makkah, maka Ikrimah berkata: Aku tidak akan tinggal di tempat ini!” Setelah berkata demikian, dia pun pergi berlayar dan memerintahkan supaya isterinya membantunya. Akan tetapi isterinya berkata: “Hendak kemana kamu wahai pemimpin pemuda Quraisy?” Apakah kamu akan pergi kesuatu tempat yang tidak kamu ketahui?”

Ikrimah pun melangkahkan kakinya tanpa sedikitpun memperhatikan perkataan isterinya.

Ketika Rasulullah SAW bersama para sahabat lainnya telah berhasil menaklukkan kota Makkah, maka kepada Rasulullah isteri Ikrimah berkata: “Ya Rasulullah, sesungguhnya Ikrimah telah melarikan diri ke negeri Yaman kerana ia takut kalau-kalau kamu akan membunuhnya. Justeru itu aku memohon kepadamu supaya engkau berkenan menjamin keselamatannya.”

Rasulullah SAW menjawab: “Dia akan berada dalam keadaan aman!” Mendengar jawapan itu, maka isteri Ikrimah memohon diri dan pergi untuk mencari suaminya. Akhirnya dia berhasil menemukannya di tepi pantai yang berada di Tihamah. Ketika Ikrimah menaiki kapal, maka orang yang mengemudikan kapal tersebut berkata kepadanya: “Wahai Ikrimah, ikhlaskanlah saja!”

Ikrimah bertanya: “Apakah yang harus aku ikhlaskan?”

“Ikhlaskanlah bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan akuilah bahawa Muhammad adalah utusan Allah!” Kata pengemudi kapal itu.

Ikrimah menjawab: “Tidak, jesteru aku melarikan diri adalah kerana ucapan itu.”

Selepas itu datanglah isterinya dan berkata: “Wahai Ikrimah putera bapa saudaraku, aku datang menemuimu membawa pesan dari orang yang paling utama, dari manusia yang paling mulia dan manusia yang paling baik. Aku memohon supaya engkau jangan menghancurkan dirimu sendiri. Aku telah memohonkan jaminan keselamatan untukmu kepada Rasulullah SAW.”

Kepada isterinya Ikrimah bertanya: “Benarkah apa yang telah engkau lakukan itu?”

Isterinya menjawab: “Benar, aku telah berbicara dengan baginda dan baginda pun akan memberikan jaminan keselamatan atas dirimu.”

Begitu saja mendengar berita gembira dari isterinya itu, pada malam harinya Ikrimah bermaksud untuk melakukan persetubuhan dengan isterinya, akan tetapi isterinya menolaknya sambil berkata: “Engkau orang kafir, sedangkan aku orang Muslim.”

Kepada isterinya Ikrimah berkata: “Penolakan kamu itu adalah merupakan suatu masalah besar bagi diriku.”

Tidak lama selepas Ikrimah bertemu dengan isterinya itu, mereka pun pulang kembali, setelah mendengar berita bahawa Ikrimah sudah pulang, maka Rasulullah SAW segera ingin menemuinya. Kerana rasa kegembiraan yang tidak terkira, sehingga membuatkan Rasulullah SAW terlupa memakai serbannya.

Setelah bertemu dengan Ikrimah, baginda pun duduk. Ketika itu Ikrimah berserta dengan isterinya berada di hadapan Rasulullah SAW Ikrimah lalu berkata: “Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah.”

Mendengar ucapan Ikrimah itu, Rasulullah SAW sangat merasa gembira, selanjutnya Ikrimah kembali berkata: “Wahai Rasulullah, ajarkanlah sesuatu yang baik yang harus aku ucapkan.”

Rasulullah SAW menjawab: “Ucapkanlah bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya. Ikrimah kembali bertanya: “Selepas itu apa lagi?” Rasulullah menjawab: “Ucapkanlah sekali lagi, aku bersaksi bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa sesungguhnya Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya.” Ikrimah pun mengucapkan apa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW selepas itu baginda bersabda: “Jika sekiranya pada hari ini kamu meminta kepadaku sesuatu sebagaimana yang telah aku berikan kepada orang lain, nescaya aku akan mengabulkannya.”

Ikrimah berkata: “Aku memohon kepadamu ya Rasulullah, supaya engkau berkenan memohonkan ampunan untukku kepada Allah atas setiap permusuhan yang pernah aku lakukan terhadap dirimu, setiap perjalanan yang aku lalui untuk menyerangmu, setiap yang aku gunakan untuk melawanmu dan setiap perkataan kotor yang aku katakan di hadapan atau di belakangmu.”

Maka Rasulullah SAW pun berdoa: “Ya Allah, ampunilah dosanya atas setiap permusuhan yang pernah dilakukannya untuk bermusuh denganku, setiap langkah perjalanan yang dilaluinya untuk menyerangku yang tujuannya untuk memadamkan cahaya-Mu dan ampunilah dosanya atas segala sesuatu yang pernah dilakukannya baik secara langsung berhadapan denganku mahupun tidak.”

Mendengar doa yang dipohon oleh Rasulullah SAW itu, alangkah senangnya hati Ikrimah, maka ketika itu juga ia berkata: “Ya Rasulullah! Aku bersumpah demi Allah, aku tidak akan membiarkan satu dinar pun biaya yang pernah aku gunakan untuk melawan agama Allah, melainkan akan aku ganti berlipat ganda demi membela agama-Nya. Begitu juga setiap perjuangan yang dahulu aku lakukan untuk melawan agama Allah, akan aku ganti dengan perjuangan yang berlipat ganda demi membela agama-Nya, aku akan ikut berperang dan berjuang sampai ke titisan darah yang terakhir.”

Demikianlah keadaan Ikrimah, setelah ia memeluk Islam, ia sentiasa ikut dalam peperangan hingga akhirnya ia terbunuh sebagai syahid. Semoga Allah berkenan melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya kepada Ikrimah.

Dalam riwayat yang lain pula diceritakan, bahawa ketika terjadinya Perang Yarmuk, Ikrimah juga ikut serta berperang sebagai pasukan perang yang berjalan kaki, pada waktu itu Khalid bin Walid mengatakan: “Jangan kamu lakukan hal itu, kerana bahaya yang akan menimpamu adalah lebih besar!”

Ikrimah menjawab: “Kerana kamu wahai Khalid telah terlebih dahulu ikut berperang bersama Rasalullah SAW, maka biarlah hal ini aku lakukan!”

Ikrimah tetap meneruskan niatnya itu, hingga akhirnya ia gugur di medan perang. Pada waktu Ikrimah gugur, ternyata di tubuhnya terdapat lebih kurang tujuh puluh luka bekas tikaman pedang, tombak dan anak panah. Abdullah bin Mas’ud pula berkata: Di antara orang-orang yang termasuk dalam barisan Perang Yarmuk adalah Haris bin Hisyam, Ikrimah bin Abu Jahal dan Suhail bin Amar. Di saat-saat kematian mereka, ada seorang sahabat yang memberinya air minum, akan tetapi mereka menolaknya. Setiap kali air itu akan diberikan kepada salah seorang dari mereka yang bertiga orang itu, maka masing-masing mereka berkata: “Berikan saja air itu kepada sahabat di sebelahku.” Demikianlah keadaan mereka seterusnya, sehingga akhirnya mereka bertiga menghembuskan nafas yang terakhir dalam keadaan belum sempat meminum air itu.

Dalam riwayat yang lain pula ditambahkan: “Sebenarnya Ikrimah bermaksud untuk meminum air tersebut, akan tetapi pada waktu ia akan meminumnya, ia melihat ke arah Suhail dan Suhail pun melihat ke arahnya pula, maka Ikrimah berkata: “Berikanlah saja air minum ini kepadanya, barangkali ia lebih memerlukannya daripadaku.” Suhail pula melihat kepada Haris, begitu juga Haris melihat kepadanya. Akhirnya Suhail berkata: “Berikanlah air minum ini kepada siapa saja, barangkali sahabat-sahabatku itu lebih memerlukannya daripadaku.” Begitulah keadaan mereka, sehingga air tersebut tidak seorangpun di antara mereka yang dapat meminumnya, sehingga mati syahid semuanya. Semoga Allah melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya kepada mereka bertiga. Amin.”

Sunday, August 29, 2010

Kisah2


Kisah benar ini berlaku di Amerika. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di Amerika. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang baik.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia.

Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Friday, August 13, 2010

Monday, July 26, 2010

cili digigit, lidah terasa 'nikmatnya'

Assalamualaikum....
Apa khabar adik2 ku sekalin..? harapnya dalam keadaan yg positif dan terbaik.

Nama blog nuqaba hidayah... alhamdulillah masih mengekalkan ciri2 sebagai nuqaba hidayah walaupun nampak baru kulitnya, harap2 isi pun baru dan lagi mantap. Cumanya hati ini tertanya2 kebanyakan post disini bolehlah dikatakan terlalu formal. Adakah menjadi sebab kenapa tarbiyah di sekolah tidak 'menjadi' kerana ke'formal'an ataupun bahasa mudahnya 'nerd'. Lain orang lain pandangannya tetapi inilah apa yg ana nampak dari segi zahirnya.

Sebagai manusia kita tidak dapat lari dari kekurangan. Seandainya kita menyalahkan bahan tarbiyah tak cukup atau tak up to date, itu memang tak masuk akal sebabnya masalah bukan pada bahan tetapi diri sendiri. Kita kekurangan beberapa perkara antaranya 'communication skill'. Selalu kita baca dalam novel2 cinta, bagaimana seorang kekasih memujuk kekasihnya. Kita kekurangan cara untuk berkomunikasi. Mungkin kita dah tahu tetapi tidak amalkan ataupun tanpa disedari kita melupakannya.

Secara fitrahnya manusia ingin melihat hasil bukan usahanya. Sebab itulah kadang2 bahkan sering kali kita terburu-buru dalam dakwah dengan hanya sekadar untuk melihat berapa ramai mad'u yg kita perolehi.

Ini bukanlah topik utama tetapi sekadar iklan sahaja. Sebenarnya nak cadangkan agar topik2 yg ditulis dalam blog perlulah diperluaskan bukan diperkecilkan skopnya. Kalau nak buat tazkirah, ok silakan tetapi biarlah menarik dan tidak terlalu 'nerd'. Kalau boleh biarlah blog ini menjadi medium untuk pelajar mencari maklumat. Bukan sekadar menekankan apa itu tarbiyah dan bla bla bla. Sebab, alah bisa tegal biasa.

P/S: Maaflah andai bahasa yg digunakan tidak berapa sesuai dan agak mengguris kerana jujur itu lebih baik dr berselindung. Komunikasi banyak gaya dan cara. Andai cara baik dan memujuk tidak ada 'effect' dan 'feedback' maka sindir dan sinis juga cara komunikasi.

Maaf andai ada terguris hati dan lesapkanlah perasaan marah kerana cili yg digigit, lidah yg terasa 'nikmatnya'.

Tegurlah jika ada yg salah... nak marah pun ok juga kerana perasaan marah itu menunjukkan anda buat kerja.

Tuesday, June 29, 2010

StiCK WiTH TaRBiYaH...




Bismillahirrahmanirrahim...

Ku biarkan kalam berbicara..
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menerangi hati yang buta

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana masih terus diberi nikmat dan antara nikmat yang paling besar ialah kita terus dapat merasai nikmat tarbiah yang merupakan salah satu nikmat dan asbab untuk kita terus berada di jalan yang lurus sepertimana firman Allah :

"Wahai orang-orang yang beriman,carilah jalan yang dapat mendekatkan diri kamu kepada Allah dan bersungguh-sungguhlah dalam jalannya moga-moga kamu beroleh kejayaan" (al Maidah:35)

Namun pernah diberitahu padaku buat mereka yang sudah merasai nikmat ini seharusnya tidak berseronok-seronok dengan nikmat ini kerana dia digelar sebagai "PENIKMAT TARBIAH" dan itu bukan hadaf yang sebenar kita berada dalam sistem tarbiah ini dan orang-orang seperti ini boleh merugikan dakwah dan tarbiah kita

Seharusnya kita sedar tanggungjawab kita adalah untuk membina manusia yang memahami hakikat Islam adalah suatu cara hidup yang syumul(menyeluruh) dalam seluruh kehidupan yang kita lalui yang merangkumi dari hal yang terkecil hinggalah yang terbesar


Sebagaimana kita ketahui tujuan kita berada dalam usrah adalah untuk membina 10 muwassofat tarbiah yang telah digariskan oleh al -Banna tidak dapat tidak adalah dengan melalui proses-proses dalam tarbiah yang tunjangnya adalah usrah@halaqah@study circle(di uia) dan OASIS (di um,nilam puri)..tidak kisahlah atas nama apapun namanya diberi yang penting komited dan komitmen yang kita berikan dalam setiap baramij(program-program ) yang dijalankan adalah sangat penting sebagai asas untuk kita beralih kepada marhalah yang lebih tinggi


kenangan bersama ikhwah LKD


Tidak boleh kita mengatakan kita hendak menegakkan panji Islam dengan terus memerintah kerajaan sedangkan rakyat jelata berada dalam keadaan rosak akhlaknya..disini segalanya perlu bermula dari bawah iaitu daripada membentuk individu muslim yang faham Islam dan seterusnya melahirkan individu yang beramal dengan amal-amal Islam dan seterusnya melahirkan individu yang rela bekerja untuk Islam

Justeru pernah kah kita tanya pada diri kita atas dasar apa kita berada dalam usrah dan mengapa kita ikut semua program-program yang dirancang...adakah kerana peraturan sekolah atau mana-mana institut pengajian?ataupun kerana kita ini adalah anak-anak ikhwah dan akhawat?ataupun mungkin atas sebab-sebab yang lain Justeru disinilah hadaf(tujuan kita) kena jelas...kalau mereka yang tak jelas perlulah segera dapatkan penjelasan dari naqib/naqibah masing-masing supaya kita istiqamah dan mendapat pengakhiran yang baik dan bermakna dalam hidup kita...

Seseorang al-akh pernah berkata padaku berkenaan individu2 yg berada dalam usrah ini ibarat seseorang yang berjalan dibelakangnya ada kala jengking tanpa menyedarinya dan kawan-kawannya yang lain nampak kala jengking itu dan semestinya kawan2nya yang lain akn cuba sedaya upaya untuk bunuh kala jengking itu supaya ia tidak memberi apa2 mudharat kepadanya...


Saudaraku perlambangan itu cukup indah...begitula kehidupan kita yang tidak lari dari salah dan silap yang boleh menyebabkan kita terpesong dari jalan yang benar dimana kita memerlukan insan lain untuk membimbing dan membawa diri kita ke jalan yang diredaiNya...semestinya kaedah yang paling efektif itu kita ketemui dalam usrah yang kita laui selama ini...
pernahkah anda terfikir????

Wallahua'lam moga post ini memmberi manfaat dan ia menjadikan kita terus istiqamah dan tidak jemu untuk berkhidmat dan bekerja untuk Islam

p/s:tengah tak sabar menanti siapa yg akan menerajui kepimpinan PRS bg sesi 11/12

Thursday, May 20, 2010

MENANTI SAAT-SAAT MALAM PERTAMAKU

begin.with.HIS.name
BISMILLAH

Menanti saat-saat malam pertamaku... 
Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.