Pages

Thursday, May 20, 2010

TeRuS MeLaNGKaH....


Bismillahirrahmanirrahim

InsyaAllah buat adik-adik kami sekalian..kini tibalah masa untuk kami berangkat ke medan yg baru yang sudah tentu lebih menguji keimanan kami semua di samping menguji apa yg telah kami pelajari di bangku sekolah dahulu..

Disini kami titipkan sedikit maklumat tentang kemana arah tuju kami...
semoga menjadi pembakar semangat buat adik-adik sekalian untuk terus hammasah dan jiddiyah dalam menyebarkan dan mempelajari dakwah dan tarbiah....

IKHWAH(BANIN)

akh Imran : UITM SHAH ALAM
akh Ahmad : USIM NILAI
akh Ammar : UIA NILAI

akh Irfan M. : Yaman

akh Izzat : UITM SHAH ALAM

akh Fateh : Sunway College,PJ (bulan 7 ke Australia)

akh Zubayr : INTEC Shah Alam (Kewangan ke USA)

akh Daeng : UIA PJ (masih menunggu)
akh Naqib : KM NILAI
akh Ahnaf : UIA PJ

akh Amirul : foundation ke German
akh Zulhilmi : STAM (akan ke Mesir)

akh Haneef : Yaman (dah lama pergi)

akh Syafiq : UM NILAM PURI



ukht HANAN : USIM NILAI

ukht MARYAM RUFAIDAH : UIA NILAI Bold

ukht NIK AQILAH : INTEC JORDAN

ukht NURHAZIRAH : USIM NILAI


ukht NUR SAKINAH RAZALI : UITM PUNCAK ALAM

ukht NUR TASNIM : INTEC JORDAN

ukht NURUL AFIQAH : USIM

ukht NURUL NADHIRAH : UIA PJ

ukht NURUL SAKINAH AZMI : to-Mesir

ukht RADEN QURRATU 'AINI : DARUL QURAN

ukht SARAH NAQIYYAH : INTEC MESIR

ukht SITI NAJIHAH : UIA PJ

ukht WAN 'ATIKAH : UIA NILAI
ukht FARAH FARHANA :UITM SHAH ALAM



INGATLAH!! dakwah nombor satu tapi pelajaran bukan nombor dua dakwah juga bukan penghalang untuk kita menempa kecemerlangan dalam bidang akademik SELAMAT BERJUANG!!!
Doakan kami agar terus istiqamah dan thabat di atas jalan yang benar ini walau dimana sahaja kami dicampakkan..

Sunday, May 09, 2010

refresh


Salamullahi ‘alaikum wa barakaatuh.

bismillahirahmanirrahim,

al HAQQ


(mari berdoa dgn hati yg tulus dan bersungguh2…)

“Ya Allah Engkau bukalah mata hatiku, tunjukkanlah aku yang BENAR itu BENAR dan yang BATIL itu BATIL, pandulah aku mengikuti kebenaran yang Engkau redhai, pimpinlah aku ke arahnya, kuatkan aku ketika melaluinya, jadikan aku tergolong dalam saf2 pejuangmu yang ikhlas..

Hanya Engkau yang BERHAK dan BERKUASA atas segala sesuatu..” (amiiin..)

adik-adik dan sahabat sekalian,

ingin ku persoalkan sesuatu untuk difikirkan & ditingkatkan,

adakah kita malu membawa kebenaran?

malu menyebarkannya?

malu menegakkannya?

malu menyerunya kepada orang lain?

malu mengamalkan akhlaq Islam?


Jika tidak, perteguhkanlah prinsip. Buktikanlah melalui peribadi.

masih ingat? kisah2 sahabat Rasulullah yang TETAP bepegang teguh dgn keislamannya, keyaqinannya kepada Allah dan Rasul. syahadah mereka...

(Bilal,Sumayyah,Ammar Yasir,dll)

walaupun ada disikat dengan besi panas sekalipun,

tetap menegakkannya..Betapa bangganya mereka memiliki Islam..

Syahadah kita... (bagaimana?) Ayuh perkasakannya!!


Dengan Islamlah kita menjadi mulia.

Mengapa perlu malu dengan apa yang dibawa?

walaupun hanya satu ayat, sampaikanlah ilmu itu.

walaupun orang lain sudah tahu, peringatkanlah bila terlupa.


Berikanlah kebenaran kepada semua kerana setiap diri manusia itu BERHAK menerimanya.

Kelak akan disoal, ”kamu gelar dirimu du’at,khalifah.... hanya berdiam diri?”

mana mungkin Islam akan dimiliki,

mana mungkin Islam akan difahami,

dihayati,dijunjung tinggi,dihormati

jika penyampainya tidak bersungguh2 melakukannya..


YA! katakanlah A’iddu! (saya bersedia!!)


Memang tidak dinafikan,setiap diri ada kelemahan,kekurangan.. lumrah manusia yang diciptakan itu lemah. Tetapi,sampai bila ianya menjadi sebuah alasan kita?

bila dikurniakan kelebihan dan kekuatan,

Tutuplah kekurangan sahabat dengan kelebihan kita,

Tampunglah kelemahan sahabat dengan kekuatan kita.


Tetapi, perlu ingat kelebihan dan kekuatan yang kita miliki adalah milik mutlak Allah,

yang Allah amanahkan untuk kita...dan bagaimana kita mensyukurinya?


Bukan untuk dibanggakan,

malah meremehkan kelemahan dan kekurangan orang lain..


jiwa mu’min itu dasar persaudaraannya adalah iman dan kasih sayang..

apabila melihat kekurangan sahabatnya adalah kekurangan dirinya sendiri,

bukan peluang merendahkan/ menjatuhkan satu sama lain.


perkuatkan thiqoh dalam ukhuwwah yang terbina.

keep hammasah in dakwah!!

Hanya Allah yang MAMPU memudahkan segalanya..


’alallahi tawakkalna, hasbunallahu wa ni’mal wakiil

wa La haula wala Quwwata illa billah

Wednesday, May 05, 2010

RiJaL yang DiNaNTi....


Rijal engkau tunggak perjuangan
Bersiaplah menuju medan
Rijal tenaga mu kerahkan
Bersatu menegakkan islam

Rijal ummah kini ternoda
Kedaulatan islam tiada
Pada mu harapan agama
Kembalikan kemegahannya

Rijal sejati tidak pernah jemu
Untuk berusaha mencari ilmu
Juga sentiasa bekerja
Ilmu tanpa amal tak guna

Kini sudah tiada masa
Kerja lagho tiada berguna
Tugas mu rijal membina ummah
Sebarkan Islam agama rahmat

Di dalam perjuangan ini
Dengan cubaan kau kan diuji
Tiada guna takutkan mati
Di dalam menuju ilahi


Read more: http://narawastuilmu.blogspot.com/#ixzz0n0m6TjxM

Friday, April 30, 2010

Jalan Dakwah....


"Jalan dakwah adalah jalan yang satu. Di atas jalan inilah Rasulullah SAW dan para sahabat baginda (r.a) berjalan demikian juga kita dan para pendukung dakwah berjalan dengan taufik dari ALLAH SWT. Kita dan mereka berjalan berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah. Rasulullah SAW menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar cinta dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman dan kekuatan aqidah dengan kekuatan persatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah contoh dan tauladan. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya mesti menang walaupun ditentang oleh semua penghuni muka bumi ini." Petikan daripada buku 'Jalan Dakwah' ~ Mustafa Masyhur


Sunday, March 21, 2010

UKHuuWWaH FiLLaH...



Kau titipkan cahaya
tika ku dalam kegelapan
Kau sinarkan harapan
tika ku hampir putus asa

Tika ini
baru ku sedar
akan nikmatnya bersahabat
kau anugerahkan paling Agung
dari Tuhan untukku
Kau hanya satu dalam seribu
di manakah kan ku cari teman setia sepertimu



Teman
ku masih ingat saat penting itu
tika diriku hampir tenggelam dalam lembah kehinaan
tika ku lihat tiada harapan untukku bertaubat
tika ku lihat hidayah Tuhan tertutup rapat untukku




Teman
kehadiranmu cukup bermakna
kehadiranmu tepat pada masanya
kehadiranmu memberkas jiwaku

Kaulah insan pertama
menghulurkan tangan
memanggilku untuk kembali pada Tuhan
Namun ku tetap berkeras
jemu dan putus asa tiada dalam kamus hidupmu
Kau tetap berusaha untuk itu
tidak ubah seperti badai menarik pepasir di lautan

Ku bersyukur ya Tuhan
kerana mengurniakan teman sepertimu
andai kau saat tiada itu
andai kau tidak bersungguh waktu itu
ku tidak dapat bayangkan
apa yang terjadi pada diriku

Pasti saat ini sudah tenggelam
dalam lembah kemaksiatan
dalam lembah kehinaan
Pastiku sudah hanyut
dengan dunia yang fana
Pastiku sudah alpa
dengan permainan dunia


Teman
kaulah sahabat sejatiku
baru saat ini ku memahami
erti persahabatan
erti persaudaraan
mungkin inilah yang dikatakan
mungkin inilah yang ditafsirkan
...UKHUWWAH FILLAH...

Friday, March 19, 2010

3 Golongan Awal ke Neraka..

Sufyan Ash-Ashbahiny bercerita kepada 'Uqah ibn Muslim bahawa semasa memasuki Madinah, dia melihat orang sedang mengerumuni Abu Hurairah r.a. Sufyan pun menghampirinya, lalu dia duduk di hadapan Abu Hurairah yang sedang menyampaikan hadis kepada jemaah itu. Ketika Abu Hurairah berdiam diri seketika, Sufyan meminta agar dia menyampaikan hadis yang benar-benar difahami untuk dihayati. Abu Hurairah pun bersetuju seraya berkata. "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH S.A.W kepadaku" Selepas berkata begitu,tiba-tiba ABU HURAIRAH menangis tersedu-sedu hingga hampir pengsan.

Kemudian dia diam sebentar dan setelah kembali tersedar dia berkata, "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH s.a.w kepadaku di rumah ini,tidak ada orang lain selain aku dan baginda." Tiba-tiba Abu Hurairah menangis kembali tersedu-sedu sehingga hampir pengsan. Ketika itu Abu Hurairah kembali sedar dan dia menceritakan, "Bahawa pada hari kiamat nanti, ALLAH S.W.T akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut. Golongan terawal yang akan dipanggil adalah "orang alim" , orang kaya dan orang yang berperang di jalan ALLAH S.W.T

ALLAH S.W.T bertanya kepada orang alim itu,"Bukankah AKU telah mengajarkanmu kitab yang telah AKU turunkan kepada rasul-KU?" Orang itu menjawab. "Benar,wahai Tuhan.'' ALLAH SWT kembali bertanya. ''Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?'' Orang tersebut menjawab, ''Dengannya aku beribadat kepada-MU di malam hari dan siang hari'' Malaikat berkata kepadanya, "engkau berdusta". ALLAH SWT berfirman "engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim''.

Kemudian dipanggil orang kaya. ALLAH SWT berfirman, ''Engkau telah AKU beri rezeki sehingga berkeadaan cukup". Orang itu menjawab, ''Benar wahai tuhan''. ALLAH SWT kemudian bertanya, ''Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?'', dia menjawab, ''Dengannya aku bersillaturrahim dan juga bersedekah.'' ALLAH SWT berfirman kepadanya, "Engkau dusta". Malaikat juga berkata begitu. ALLAH berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.''


Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan ALLAH SWT. Maka ALLAH SWT berfirman, ''Apa yang menyebabkanmu terbunuh?'' Dia menjawab, ''Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-MU, maka aku berperang sehingga terbunuh.'' Maka ALLAH SWT berfirman kepadanya ,''Engkau berdusta, malaikat juga berkata begitu." ALLAH SWT berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani''.

"Kemudian RASULULLAH S.A.W menepuk lututku sambil bersabda, ''Wahai Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.''"

Marilah bersama kita fikir-fikirkan dan renung-renungkan~