Pages

Sunday, December 26, 2010

Pengumuman Terkini

Bismillah..

Salam perjuangan buat semua PRS @ Murobbi Hidayah. Di sini, kami sekadar mahu memperingatkan kembali agar bersedia untuk menghadiri Bengkel Perancangan PRS 2011. Harapnya, usaha dan pengorbanan kita ini mampu memantapkan biah solehah di SMIH.
Insya-Allah..

* Kepada PRS Tingkatan 4 (2011), antum dikehendaki menghadiri satu Sesi Perbincangan pada 28 Disember 2010 [ waktu : sepanjang kelas tambahan dijalankan ]. Makanan pada pagi 28 Disember tersebut disediakan. Sebarang soalan atau masalah, boleh hubungi Ustazah Norma atau Ustazah Zunainah.

Harap maklum. Wassalam..

PERUTUSAN MURSYID AM IM

Salam semua.

Post hari ini berkisar tentang sebuah perutusan dari orang yan hebat.

Selamat membaca.

^_^

DR MOHD BADIEK

MURSYID AM IKHWAN MUSLIMIN

(KEWAJIBAN KITA BERAMAL, NATIJAH DARI ALLAH)

3/12/2010

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas Rasulullah , keluarga dan para sahabat baginda, serta siapa yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari Akhirat.

Tidak syak lagi bahawa dakwah kepada Allah dalam setiap aspeknya berdiri atas beberapa perkara asasi yang diceduk dari kitab Allah dan sunnah RasulNya (s.a.w). Allah mentaklifkan kita dengan dakwah kepadaNya. Allah mentaklifkan tanggungjawab penting ini lalu Dia menegaskan bahawa Dia tidak akan membebankan seseorang itu melainkan apa yang mampu ditanggungnya. Jika begitu, dakwah kepada Allah adalah wajib dalam setiap jenis dan wasailnya yang pelbagai. Firman Allah bermaksud:

“Serulah ke jalan tuhan kamu dengan penuh hikmah, nasihat yang baik dan berdailoglah kamu dengan cara yang terbaik”. (An-Nahl: 125).

Kewajiban dakwah ini wajib dilaksanakan mengikut keupayaan setiap individu samaada lelaki ataupun perempuan, di mana setiap individu wajib melakukan dan tidak dikecualikan walaupun sesorang itu mempunyai keuzuran. Firman Allah yang maksudnya: “Tiada menjadi kesalahan kepada orang-orang yang lemah, orang yang sakit dan orang yang tiada apa yang boleh mereka sedekahkan (untuk tidak pergi berjihad di jalan Allah) sekiranya mereka melakukan nasihat kepada Allah dan RasulNya, dan orang Islam tiada mempunyai alasan dari jalan Allah ini, dan Allah Maha Mengampuni dan Penyayang.

Ini kerana taklif ini merupakan kesinambungan dari tanggungjawab kita memikul amanah Islam itu sendiri, sejak kita menyerah diri kepada Allah tuhan sekalian alam. Firman Allah yang bermaksud:Katakan (Wahai muhamad) inilah jalanku yang aku dan siapa yang mengikutku seru kepada Allah di atas cahaya yang terang , Maha suci Allah dan tidaklah aku tergolong dari kalangan orang yang syirik (Yusuf:108).

Malah golongan jin telah memahami hakikat taklif ini apabila mereka dibacakan al-Quran oleh Rasulullah s.a.w.. Mereka terus melaksanakan taklif ini serta merta selepas itu. Firman Allah yang bermaksud:Apabila mereka hadir (ke tempat Rasulullah membaca al-Quran ini) mereka berkata (sesama mereka) : Diamlah. Apabila baginda selesai, mereka pulang memberi amaran kepada kaum mereka (berdakwah). (Al-Ahqaaf:29)

Kekasih Agung ini telah melaksanakan taklif ilahi dalam setiap keadaan dan suasana, mengambil peluang dari setiap peluang yang ada, hatta ketika baginda dan kaum muslimin berada di Mekah dalam keadaan dizalimi dan tertekan. Baginda bersabda yang bermaksud: Siapakah diantara kamu yang sanggup melindungi aku sehinggakan aku dapat menyampaikan dakwah tuhanku? Selepas itu baginda masuk ke Mekah di bawah perlindungan Mut’eim bin Adi, seorang musyrik.

Baginda mengambil peluang dari salah satu adat masyarakat jahiliah yang positif, yang menyatakan bahawa perlindungan seperti ini perlu dihormati. Malah baginda juga pernah bersekutu dengan pembesar-pembesar masyarakat walaupun ada perbezaan, demi matlamat yang baginda, iaitu untuk menghindar kezaliman dari setiap orang yang dizalimi. Dengan itu baginda masuk dalam satu Hilf (mamorandum) di mana setiap pihak akan komitmen dengan nilai-nilai mulia ini dalam Hilful Fudhul di rumah Uthman bin Jad’aan.

Baginda juga mengambil faedah dari perhimpunan seluruh qabilah arab di sekitar Baitullah yang mulia. Begitu juga perhimpunan di pasar-pasar samada pasar barangan ataupun pasar sastera dan syair. Perkara ini telah dilakukan oleh nabi-nabi terdahulu seperti Nabi Nuh yang disebut contohnya dalam al-Quran. Baginda menggunakan setiap wasilah dakwah dalam setiap suasana walaupun berhadapan dengan segala tekanan yang ada. Firman Allah:

Wahai tuhan, aku terlah menyeru kaumku siang dan malam (5) kemudian aku menyeru meraka secara terang-terangan (8), kemudian aku menjelaskan dakwahku lalu selepas itu aku berdakwah secara rahsia pula (9: Nuh)

Generasi muslimin terdahulu telah melaksanakan amanah risalah ini dan menyampaikannya kepada generasi demi generasi, sebagaimana yang diberitahu oleh Rasulullah: Ilmu ini akan dipikul oleh setiap generasi khalaf kepada kelompok yang selepasnya, dengannya dapat menafikan penyelewengan orang yang melampau, kesesatan orang kafir dan pentakwilan orang yang jahil. Baginda juga memberikan berita gembira bahawa contoh ikutan ini akan sentiasa memikul amanah dan risalah ini sehingga hari qiamat, walau apapun kesusahan , tekanan dan juga halangan dari syaitan jin dan manusia. Sabda baginda yang bermaksud:Sentiasalah ada kelompok dari umatku ini orang yang menzahirkan kebenaran , tidak merasa mudarat dengan orang yang menentang mereka danmengecewakan mereka sehinggalah datang keputusan Allah dalam keadaan mereka sedemikian.

Terdapat dua kalimah yang disebut oleh hadis Rasulullah yang mulia ini. Kedua-duanya bukannya sinonim bahkan setiap satu daripadanya memberikan maksud berbeza yang kita perlukan dalam jalan dakwah ini, dapat menyimpulkan masalah yang amat penting dihadapi oleh amal jamaie ini.

Kalimah pertama (khalafahum = bermaksud : orang yang menentang mereka) iaitu orang yang sedari awal tidak bersama mereka, melakukan penentangan terhadap jalan untuk menyampaikan dakwah tuhan mereka. Manakala perkataan kedua, (man khazalahum bermaksud orang yang mengecewakan mereka). Kalimahmemberi maksud bahawa ada orang yang bersama mereka beberapa ketika di jalan dakwah kepada Allah, kemudian menyeleweng dari meneruskan perjalanan ini samada kerana suasana tertindas yang amat kronik ataupun kerana fitnah kemewahan.

Ternyata apa yang diberitahu oleh Rasul yang benar dan dibenarkan ini telah benar-benar berlaku kepada jamaah yang diberkati ini , sepanjang jalan dan usianya yang panjang, samaada secara menegak atau melintang dan samada dari aspek geografi atau sejarah.

Ustaz al-Banna rhm telah mengikuti sumber yang mulia ini, lalu beliau memimpin pengikutnya ketika menjadi mursyid pertama jamaah ini, untuk mengikut manhaj Rasulullah. Beliau berusaha sedaya upaya bersama keikhlasan dan pengorbanan serta ikatan yang kukuh dengan setiap peribadi jamaah, sehinggalah mereka menjadi umpama satu bangunan yang tersusun , amat sukar untuk dirobohkan dan dibinasakan.

Namun perkara yang mesti kita fahami ialah: Allah ‘Azzawajalla tidak mentaklifkan kita untuk mendapatkan natijah kerana dalam banyak ketika, amal kita tidak mendapat natijah yang diingini walaupun selepas memberikan seluruh daya dan usaha. Justeru jiwa manusia akan merasa putus asa. Namun contoh sepatutnya telah ditunjukkan oleh Rasul Qudwah, ketika berhadapan dengan tekanan bahkan penindasan yang paling perit ketika di Taif. Walaupun baginda pergi ke Taif hanya untuk menyeru mereka kepada Allah dan redhaNya tanpa upah/ganjaran.

Baginda hanya menginginkan hidayah kepada mereka seperti dalam doanya: Ya Allah , berikan hidayah kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui. Juga sepertimana firman Allah yang bermaksud: Wahai kaumku, kenapa kertika aku menyeru kamu kepada kejayaan, kamu pula menyeru aku kepada neraka? (Ghafir 41) Juga firmanNya: Aku tidak meminta ganjaran (dengan dakwahku ini) kerana ganjaranku hanyalah dari Allah (Yunus 72).

Allah berfirman kepada baginda: Kami telah ketahui bahawa kata-kata mereka telah menyakiti kamu, tetapi mereka sebenarnya tidak mendustaimu sahaja bahkan mereka yang zalim ini ingkar dengan ayat-ayat Allah. ( Al-Anaam 33). Firmannya Juga:Sesungguhnya kewajiban kamu hanyalah menyampaikan (As-Syuraa:48)

Kita bersaksi bahawa baginda s.a.w telah menyampaikan risalah dan menunaikan amanah sebaik mungkin sepertimana yang ditaklifkan oleh Allah, moga-moga Allah memberikan ganjaran dengan sebab kita dengan ganjaran terbaik yang diberikan kepada seorang nabi kerana umatnya (yang mendapat hidayah). Rasulullah telah menceritakan kepada kita bahawa ada nabi a.s. yang dibangkitkan pada hari qiamat dalam keadaan tiada seorang pun yang menyahut seruannya. Lihatlah nabi Nuh, nabi Allah yang paling panjang umurnya dan seorang nabi Ulul Azmi. Baginda berdakwah dalam kaumnya selama 950 tahun dengan hanya segelintir sahaja yang menyahut seruannya.

Allah juga telah membezakan antara mengambil inisiatif dan sebab dengan mendapat natijah dalam firmannya yang bermaksud: Maka berjalanlah dipenjuru-penjuru (bumi untuk berusaha) dan makanlah dari rezeki-rezekinya (al-Mulk:15). Rasulullah dan para sahabatnya telah menggali parit ketika baginda tidak menguasai situasi pertembungan yang berlaku sekitarnya. Namun datang kemenangan Allah dengan bantuan angin dan itu bukan dalam jangkaan mereka. Rasulullah juga telah membuat strategi yang terperinci dan mengambil segala sebab musabab yang terdaya dalam peristiwa hijrah namun akhirnya pihak kafir sampai juga ke muka gua persembunyian baginda. Selepas itu datang kemenangan kepadanya dan sahabatnya itu diluar lakaran strategi baginda dengan pengaburan pandangan mata orang-orang kafir ketika itu.

Saudara mujahidin kita di Palestin dan seumpamanya di setiap tempat, menanggung kesusahan yang amat perit, namun pertolongan dan kemenangan dari Allah datang dalam apa yang mereka tidak jangkakan. Kemenangan ini datang selepas mereka mengambil seluruh sebab musabab yang patut. Banyak contoh-contoh dalam perkara ini, namun kesimpulannya kita mohon dari Allah agar memanfaatkan kita dengannya di dalam agama dan dunia kita dalam perkara berikut:

1. Ikhlas niat kepada Allah kerana dengannya kita diberikan ganjaran, kita mendapat kejayaan dan kemenangan

2. Jika kita mencapai apa yang kita inginkan, kita akan memuji Allah kerana kurniaan dan taufiqNya

3. Jika tidak, sesungguhnya pahala kita telah ada di sisi Allah, kita memohon kepadaNya agar mentaqdirkan kebaikan kepada dan meredhai kita.

4. Penerusan dalam menunaikan kewajiban dalam setiap keadaan selepas yakin dengan kelancaran sebab yang kita ambil, dan usaha sedaya mungkin . Ini menegaskan bahawa amal adalah kerana Allah kerana apa yang dilakukan kerana Allah akan berpanjangan dan berterusan.

5. Kita sentiasa mengingati pendirian ibu kita Hajar yang mengambil inisiatif dan asbab, dengan berlari-lari sebanyak tujuh pusingan untuk mencari air. Dalam setiap pusingan, apa yang dihajatinya masih tidak berlaku. Namun beliau terus berlari sehingga kehendak Allah iaitu kebajikan yang melimpah berlaku kepadanya.

6. Kita juga sentiasa mengingati wasiat Rasulullah s.a.w. kepada kita dalam sabdanya: Jika berlaku qiamat dan ditangan seorang dari kamu ada semaian, makatanamkanlah ia... Lihatlah, ketika dunia berada di penghujung, sementara semaian yang disemai hanya akan mendatangkan hasil selepas beberapa tahun yang panjang. Sememangnya tiada hasil yang dapat dijangkakan dari perintah baginda itu, kecuali meneruskan sikap positif, melaksanakan kewajiban dan mendapatkan pahala.

Wahai muslimin di segenap tempat, wahai anak-anak dakwah dari ikhwah dan akhawat! Allah telah memberi rezeki kepada kami dan kamu dengan keikhlasan dan amal yang berterusan sertaketekunan, pengharapan serta penerimaan yang berpanjangan. Berjalanlah dengan keberkatan dari Allah. Allah akan memberikan taufiq kepada kamu dan tidak akan mencuaikan amal-amal kamu. Allah akan beri ganjaran kepada kamu dengan izinNya dengan perkara yang lebih baik dari apa yang kamu ketahui.

Allahuakbar wa lillahil Hamd. Wassalamualaikum wrh wbh.

Friday, December 24, 2010

CHANGE your parameteres, their reaction will CHANGE

egin.with.HIS.name BISMILLAH...
and ALHAMDULILLAH too! Its been so long since I wrote an entry. Ok, as the title suggests, here are two situations; both happening at the same place, a surau at R&R.

*note: both characters didn't know each other and they just happen to meet in a praying room. the parentheses (...) are what they said/thought for themselves.



SITUATION A:
A: (ah lantak lah dia nak sembahyang apa)
B: (lantaklah budak ni nak buat apa)
A: (silap2 sembahyang mamat ni sah ke tidak)
both parties started praying and thought bad things for each other. the list monologue continues until they finished their own prayers, individually.
A: assalamualaikum warahmatullah [leaving the praying room]
B: assalamualaikum warahmatullah [leaving the praying room]

*******************************************************
WHAT IF......SITUATION B:
A: assalamualaikum brader! [shaking hands]
B: waalaikumusalam. [shaking his hands too]
A: are you going to do solat asr?
B: yeah.
A: shall we do it in jamaah?
B: well, sure. of course!
both parties started praying in jamaah.
After prayers,...
B: adik ni dari mana ni? terer semacam je cakap omputih dengan abang?
A: heheh saje je. sekarang kan semua nak kena cakap omputih. belajar bahasa inggeris kat sekolah pon kena cakap omputih. ye lah, nak maju la kononnya kan? kenalah cakap omputih. oh ya, saya dari Muar. nak ke JB jap, ada urusan dengan tabung haji. abang ni dari mana? nak ke mana?
B: abang dari JB nak balik Kota Tinggi.
A: abang asal Kota Tinggi?
B: ye, ha'a. kenapa?
A: hahaha, saya pon asal sana jugak.
B: oh ye ke? dekat mana?
A: Kota Kechil
B: ye ke? saya pon asal sana. eh, kenal tak....

....and the dialogue continues as they leave the praying room....

A: ok lah bang, saya nak kena gerak dulu.
B: ok. bawak kereta elok-elok. Assalamualaikum!
A: Waalaikummussalam...


suppose you were character A,
See the differences? >>>>>When you just give people a warm greeting of peace and a firm handshake?
SO....when you change the situation, the conditions, the parameters, other's reaction will change
What are the conditions?
1. choosing to be silent and just minding our own business
2. choosing to greet and get to know others, whoever they are.

again, when you CHANGE the parameters, people's reaction will CHANGE!
trust me, it does affect your dakwah as other people will be judgmental of you.

Sunday, December 19, 2010

"The REDS"


Dalam Liga Perdana Inggeris, ada sekurang-kurangnya dua pasukan yang teramat sinonim dengan warna merah. Satu adalah Manchester United, yang satu lagi adalah Liverpool F.C. Man U –begitulah mereka lebih sering dipanggil- terkenal dengan gelaran “The Red Devils” manakala Liverpool pula dijoloki dengan panggilan “The Reds”. Ertinya, MERAH adalah sebahagian daripada wujudnya pasukan-pasukan tersebut.

Namun, Man U, untuk sekurang-kurangnya sekali dalam setahun, pasti akan hadir dengan jersi PUTIH, atau HITAM, atau BIRU –bergantung kepada jersi kedua mereka untuk musim itu- setidak-tidaknya ketika mereka bertandang ke Anfield untuk bertembung dengan pasukan Liverpool. Sebegitu jugalah dengan “The Reds”, setidak-tidaknya mereka tidak lagi menjadi RED tatkala bertemu “buku dengan ruas” dengan tuan rumah, Man U, ketika perlawanan diadakan di Staidum Old Trafford.

Hal yang sama turut dialami oleh Naib Juara Piala Dunia, pasukan Belanda, yang sinonim dengan panggilan “Orange”. Biarpun jersi warna oren sudah sebati dengan mereka sekian lama, ada ketikanya mereka hadir dengan jersi warna lain –biasanya biru atau putih- dalam sebahagian perlawanan Piala Dunia, biarpun pasukan lawan tidak memakai jersi warna Oren kebanggaan mereka. Ertinya, biar pun warna jersi yang menjadi “sebahagian” pasukan-pasukan ini, itu tidak menghalang mereka daripada bermain dengan jersi warna lain. Tidak ada tahyul-mahyul betapa kaler jersi yang berbeza akan membawa nasib malang kepada mereka, lantaran mereka semua sedar bahawa yang namanya pasukan Man U, Liverpool atau Belanda, bukan terletak pada warna jersi yang dipakai, tetapi “siapa di balik jersi” yang berada di atas padang.

Begitu jugalah dengan gerakan Islam contoh bernama Ikhwanul Muslimin. Ketika terjadinya perselisihan di antara sesama aktivis gerakan Ikhwan cawangan Iraq berhubung nama rasmi yang ingin diguna pakai oleh mereka –ada yang mahu memberi nama yang sesuai dengan keadaan setempat, sementara yang lain berkeras mengekalkan nama “Ikhwanul Muslimin”- Syeikh Muhammad Mahmud Ash-Shawaf mengadukan perselisihan ini kepada pengasas sekaligus Mursyidul Am gerakan Ikhwan, iaitu Imam Hasan Al-Banna. Apa kata Al-Banna?

“Kita tidak terlalu mementingkan sebuah nama, kerana yang terpenting pada kita adalah dakwah Islam, apa pun nama dan bajunya.”

Saudaraku,

Mungkin inilah rahsia pada perkataan Al-Banna tatkala ia menyebut‘berapa ramai di kalangan kami, tetapi dia bukannya daripada kami. Dan berapa ramai yang bukan berada di kalangan kami, tetapi justeru ia adalah sebahagian daripada kami.” Kerana mungkin Al-Banna sudah menjangkakan episode hitam yang kelak bakal terjadi di kemudian hari: yang “Ikhwan”nya meninggalkan perkara asas yang sepatutnya mereka perjuangkan, iaitu tarbiyah, sedang yang bukan “Ikhwan”nya pula hadir dengan akhlak dan etika seorang Muslim.

Mereka bergaduh dan bertengkar di relung-relung masjid, seakan-akan berbeza jemaah dan gerakan Islam, seakan pemutus hubungan persaudaraan. Sedang dengan non-Muslim sahaja kita diseru untuk bergaul dan muayasyah dalam keadaan yang baik, apa-apaan anda senantiasa mencari ruang perbezaan tatkala bertemu dan bertembung dengan saudaramu yang berasal dari lain gerakan?

Ingatlah, anda bukanlah pemain Man U walaupun anda memakai jersi berwarna merah yang tertera nombor 10 dan nama Wayne Rooney, tetapi manusia bernama Wayne Rooney tetap seorang pemain Man U biar pun ia memakai jeans, sandal dan baju ranggi. Maka ; “yang penting Islamnya, walau apa pun “baju” yang ia pakai!”

Saturday, December 11, 2010

PENGUMUMAN PENTING: Bengkel Perancangan PRS 2011

Salam ukhuwah buat semua PRS @ murabbi yang ustazah kasihi. Moga dalam peningkatan iman dan amal. Di sini, ustazah ingin memaklumkan bahawa semua PRS baru dan lama dikehendaki menghadiri program berikut:-

Program : Bengkel Perancangan PRS 2011

Tarikh : 27 - 29 Disember 2010
Masa : Setiap hari hanya akan bermula jam 5.00 ptg hingga 7.00 pagi keesokan harinya.
Tempat : Dewan Al-Qadisiyah

Sila bawa kelengkapan peribadi masing-masing. Jangan lupa juga untuk bawa bersama-sama idea-idea bernas bagi memantapkan gerak kerja tanzim dan dakwah kita di SMIH. Tolong sebarkan kepada sahabat-sahabat PRS yang mungkin tidak membuka blog ini. Pendetailan tentatif program akan diberikan kemudian. Jazakumullah khairan kathira.

Daripada:
Ustazah Zunainah

Sunday, December 05, 2010

peNyakiT Al-wAhnu

Bismillah..Assalamualaikum.. setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah. masih lagi memberi nyawa kepada kita, memberi nikmat yg teramat byk. sehingga kan pernah diceritakan bhw, klu nak bandingkan nikmat sebiji mata dgn segala amalan yg kita buat..berat lagi nikmat sebijik mata itu. betapa byk nya nikmat yg allah bagi kepada kita.

Ok..yg lepas telah diceritakan tntg penyakit Al-ain. Jadi kali ni kita berkongsi tentang.. penyakit al wahnu. sebuah hadis rasul..:

عن الامام أحمد في مسنده وابو داود في سننه وابو نعيم في حليته من حديث ثوبان (رضي الله عنه) انه قال: قال رسول الله (صلى الله عليه وسلم) :(يوشك ان تتداعى عليكم الامم كما تتداعى الاكلة على قصعتها، قالوا: اومن قلة يارسول الله؟ قال (صلى الله عليه وسلم): بل انتم كثير، ولكنكم غثاء كغثاء السيل، ولينزعن الله المهابة من قلوب اعدائكم منكم، وليقذفن الله في قلوبكم الوهن، قالوا: وما الوهن يا رسول الله؟ قال (صلى الله عليه وسلم) : حب الدنيا وكراهية الموت).

Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang kelaparan mengerumuni hidangan mereka.” Maka salah seorang sahabat bertanya,” Apakah karena jumlah kami yang sedikit pada hari itu?” Nabi saw, menjawab,”Bahkan, pada hari itu jumlah kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut ‘rasa gentar’ terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahnu.”Seorang sahabat bertanya, ‘Apakah itu al-wahnu itu, ya Rasulullah?’ Rasulullah saw, menjawab, “Cinta dunia dan takut mati.” (Hr Abu Dawud dan Ahmad)



Umat islam akhir zaman ni ramai..bahkan waktu skrg pon ramai. tapi seperti hadis rasul, umat islam ibarat buih di lautan. banyak tapi tak ada function...sampaikan org kafir dah tak takut kpd umat islam.

Juga rasulallah menyebut tentang penyakit Al-wahnu.. Cintakan dunia dan takutkan mati. Maknanya org islam ketika itu teramat cintakan dunia, segala-galanya utk dunia, hanya fikir dunia, dah tak ingat akhirat.
dan dalam masa yang sama mereka teramat takut kan mati. tak nak pergi berjihad, bekorban, dan takut utk berjuang di jalan Allah.

moga kita terhindar drpd penyakit al wahnu ini..dan semoga kita mendapat rahmat Allah disamping sentiasa diberi hidayah dan taufiq drpd Allah.
Sekian, Wassalam..

Wednesday, December 01, 2010

Penyakit Al-'Ain

Penyakit Ain, Penyakit Akibat Mata

Penyakit kerana pandangan mata ini adalah penyakit yang sukar dijelaskan oleh dunia perubatan moden. Maka itu, sekiranya terdapat tanda-tanda seperti terkena 'ain, pesakit digalakkan mendapatkan rawatan ruqyah daripada 'ain serta tidak mengabaikan perubatan moden. Apabila seseorang kagum melihat kecantikan sesuatu dan memuji2 kecantikannya, kemudian tidak mengucapkan ‘masya-Allah’, maka benda yang dilihat itu akan rosak/musnah/hancur. atau apabila seseorg lelaki melihat kecantikan seseorang wanita, dan menjadi asyik kpdnya, kemudian tidak mengatakan masyaAllah, kemungkinan perempuan itu akan jatuh sakit atau mati. benarkah adanya penyakit ini? tidakkah kepercayaan ini berunsur syirik? kalau benar adanya penyakit ini, bagaimana nak ubati mangsa penyakit ain spt wanita di atas? apa punca berlakunya penyakit ain?

Sumber Hadits

Disampaikan oleh ‘Abdullah bin ‘Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“’Ain itu benar adanya. Seandainya ada sesuatu yang dapat mendahului takdir, tentu akan didahului oleh ‘ain. Apabila kalian diminta untuk mandi, maka mandilah.” (Shahih, HR. Muslim no. 2188, Fatawa Al-Mar’ah Al-Muslimah, 1/164-165)

"Al-'Ain adalah benar yang didatangkan oleh syaitan, dan oleh kehasadan anak adam"-Imam Ahmad

Ain ialah: Pandangan pada sesuatu dengan perasaan kagum, dicampur dengan rasa hasad, yang menyebabkan terjadi kemudaratan terhadap yang dilihat itu.
dalam hadis Musnad Ahmad “Al-Ain adalah benar yang didatangkan oleh syaitan, dan oleh kehasadan anak Adam”. (no: 9668)

Beza 'ain dengan sihir

1. 'ain boleh ditimpakan oleh jin dan manusia sendiri.
2. 'ain boleh berlaku hanya dengan rasa takjub tanpa berserta iri hati ataupun berserta iri hati.
3. Sihir memerlukan syarat penyihir itu melakukan suatu perbuatan kufur / syirik untuk membolehkan ianya berkesan.

Jenis Manusia Yang Berpotensi Memberikan Ain kepada sesorang

1. Penyakit hati yang sangat kritikal (suka mengumpat, mencarut, mengeji, menghina)
2. Mereka yang sikapnya suka memuji dalam masa yang sama juga suka mengeji.
3. Potensi 'perempuan' lebih tinggi dari 'lelaki', namun banyak kes hanya melibatkan lelaki kerana sifat perempuan yang tidak menonjol dan muka adanya 'MALU' dalam diri berbanding lelaki.
4. Seorang yang pendiam
5. Jin yang jahat

Makhluk Yang Berpotensi Terkena Ain

1. Anak dara tua (tidak bernikah walaupun sudah mencecah umur 30)
2. Bayi
3. Cacat terutama sekali di bahagian muka/yang ternampak.
4. Terlalu tampan atau jelita.
5. Haiwan
6. Tumbuh-tumbuhan

Panduan Mengelak Terkena Ain

Nasihat saya, janganlah terlalu takjub dengan ciptaan Allah SWT. Seandainya timbul perasaan itu, cepat-cepatlah meminta perlindungan daripada Allah SWT. Sebutlah "MassyaAllaah, laa quwwata illaa billaah.(مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ)" seperti dalam firman Allah SWT dalam surah Al-Kahfi ayat 39 dan 40
وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ إِنْ تَرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنْكَ مَالًا وَوَلَدًا
maksudnya: Dan mengapa kamu tidak mengatakan waktu kamu memasuki kebunmu "maasyaallaah, laa quwwata illaa billaah (sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud, tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah). Sekiranya kamu anggap aku lebih sedikit darimu dalam hal harta dan keturunan. Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus.

(Maksud surah Al-Kahfi ayat 39 dan 40)

Atau baca saja isti`azah atau ta`awwudz:
أَعُوْذُ باِللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ
(Aku berlindung dari Allah dari syaitan yang direjam.)

Allah SWT ada beri sedikit panduan. Di dalam Al-Qur’an, Surah Al-A'raaf, ayat 200 yang maksudnya:

"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."


RAWATAN ASAS AIN

Cara 1: al-Ain itu adalah penyakit, dan diubati dengan cara yang diajar oleh Nabi, sebagaimana disebut dalam hadis spt kisah Sahl bin Hunaif , dan lain2 iaitu memandikan si mangsa Ain dengan air basuhan atau air wudhu si pengena Ain itu.

“‘Amir bin Rabi’ah pernah melewati Sahl bin Hunaif yang sedang mandi, lalu ia berkata, ‘Aku tidak pernah melihat seperti hari ini dan aku tak pernah melihat kulit seperti kulit wanita yang dipingit.’ Tidak berapa lama, Sahl terjatuh. Kemudian dia didatangkan ke hadapan Nabi. Orang-orang pun mengatakan kepada beliau, ‘(Wahai Rasulullah), segera selamatkan Sahl, ia telah terbaring.’ Nabi bertanya, ‘Siapa yang kalian tuduh dalam hal ini?’ Mereka menjawab, ‘Amir bin Rabi’ah.’ Beliau pun berkata, ‘Atas dasar apa salah seorang di antara kalian hendak membunuh saudaranya? Apabila seseorang melihat sesuatu yang menakjubkan dari diri saudaranya, hendaknya ia mendoakan kebaikan padanya.’ Kemudian beliau meminta air dan memerintahkan ‘Amir untuk berwudhu’, maka ‘Amir pun membasuh wajahnya, kedua tangan hingga sikunya, kedua kaki hingga lututnya, serta bagian dalam sarungnya. Lalu beliau memerintahkan untuk menuangkan air itu pada Sahl.”

(HR. Ibnu Majah no. 3500, dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahihul Jami’ no. 3908/4020 dan Al-Misykah no. 4562)

Cara 2: Boleh juga diubati dengan cara RUQYAH, sebagaimana Nabi memerintahkan Aisyah supaya mengambil ruqyah untuk penyakit Ain. -Sahih bukhari dan Muslim.
dan dalam hadis lain “Tiada ruqyah melainkan untuk penyakit Ain dan sengatan binatang bisa”. Bukhari (no: 5378) dan Muslim (no: 220).

Antara ruqyah pilihan antaranya:

1) Fatihah,
2) Ayat Kursi,
3) Surah An-Nur:35
4) Surah Al-Mulk (1-4)
5) ...dan akhir sekali 4 Qul.